Wednesday, April 24, 2013

PRU13 BLOG PEMBANGKANG KATA FITNAH NAH INI BUKTI : SERANGAN GANAS AHLI PAS PENYEBAB WARTAWAN RTM MENINGGAL

Idealismalaysia.blogspot.com dan rakan blogger seangkatan BUKAN macam blogger pembangkang yang TABUR FITNAH dan siar berita BOHONG, PALSU dan PENIPU... ada komen kata kejadian wartawan RTM diserang dan meninggal kemudiannya adalah BOHONG... nah di bawah ini BUKTI dari sumber  UTUSAN dan salinan report polis berkaitan kejadian ini...

Idealismalaysia.blogspot.com memetik sumber sahih yang benar bukan seperti blogger pembangkang yang sumber berita mereka dari HARAmKAH dan SUARA KEADILAN yang confirm terbukti TIDAK TEPAT dan berunsur FITNAH... 

Kepada RAKYAT MALAYSIA... inilah bukti PAS sebuah parti yang bersifat RADIKAL, MILITAN dan GANAS kerana pengikutnya dilatih dan ditanam semangat KEBENCIAN pada KERAJAAN sebagai alat memupuk kesetiaan... NATIJAHNYA mereka bersikap GANAS bila berhadapan persoalan perjuangan PARTI khususnya mereka yang TAKSUB...

Inikah barisan kepimpinan yang ANDA mahu berikan kepercayaan memerintah negara... JAHANAM, HANCUR dan KACAU BILAU negera jika mereka ini dibenarkan memerintah...

TOLAK PAKATAN RAKYAT - PAS DAP PKR
JOM SOKONG dan UNDI Barisan Nasional Demi Masa Depan Yang TERJAMIN!


Tuesday, April 23, 2013

PRU 13 TERBONGKAR!!! HADI AWANG SAHKAN Stalin, Komunis, Penjual Pil Kuda Jadi Calon Pakatan Rakyat


Kalau dah tahu ini lah kualiti calon Pakatan Rakyat kenapa kita mesti sokong dan undi calon pakatan rakyat. Tidak kiralah PAS, PKR atau DAP mengundi dan menyokong seterusnya memenangkan tidakkira calon pembangkang dari parti mana sekalipun bermakna kita bersyubahat menyumbang kepada naiknya pemimpin bersifat Stalin, Komunis, Penjual Pil Kuda INI... 

Hadi Awang sebagai Presiden PAS yang kata... kenapa kita tidak mahu percaya sumber dalaman ini...
.
Anda mahu Stalin, Komunis, Penjual Pil Kuda yang jadi Calon Pakatan MEMIMPIN ANDA????


TOLAK PAKATAN RAKYAT - PAS PKR DAP
UNDI DAN SOKONG BN Demi Masa Depan Yang Terjamin

BANGSAT! PENYOKONG PAS GANAS DAN GILA BELASAH WARTAWAN RTM HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN


Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

SUMBER : http://mediawangsamaju.blogspot.com/

PRU13 HADI AWANG PRESIDEN PAS MENGAKU CALON PKR TERDIRI DARI PENGEDAR DADAH, BERIDEOLOGI MAXISME DAN GANGSTER



MARANG, 22 April - PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'



"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.



"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenis methamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.



"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.



"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

BARISAN NASIONAL BAKAL LINGKUP CERAMAH PKR 30 RIBU HADIR DAN CERAMAH DAP 50 RIBU HADIR

 
TIADA SAMBUTAN... Hanya beberapa penyokong pakatan pembangkang hadir mendengar ceramah politik anjuran Parti Keadilan Rakyat di Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam tadi. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN
 
NIBONG TEBAL 23 April - Mungkin bosan dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang gemar menabur janji dan memburukkan orang lain berbanding bercerita tentang kebaikan yang boleh ditawarkan, menyebabkan ceramah anjuran parti itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Buktinya, dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Chenaam di sini malam tadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang.

Walaupun dengan kehadiran Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, ia masih belum cukup untuk menarik kehadiran orang ramai.

Sementara itu di Kampung Sri Penchala, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Selangor pula, DAP menghadapi masalah sama apabila ceramah calon Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hanya dihadiri kira-kira 50 orang penyokong tegar parti itu.

Lip Eng seolah-olah sudah kering modal untuk berceramah apabila sepanjang 45 minit ceramah tersebut dia hanya menghentam Barisan Nasional dan tidak ada satu perkara pun menyentuh tentang perjuangan parti untuk mensejahterakan rakyat. - UTUSAN ONLINE

PRU 13 PENDUDUK LEMBAH PANTAI SELAMA INI DIABAIKAN TOLAK NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM KERANA MUAK, BENCI DAN TERTIPU JANJI TIDAK DITUNAIKAN


muka tak malu IZZAH... tak perasan ke akak di mejatu meluat dengan kau!


Kalau cerita tanpa menyertakan bukti bergambar, mungkin tiada siapa yang percaya. Namun lihatlah kebenaran di atas. Ini adalah gambar kempen Nurul Izzah dinasti Anwar Ibrahim. Lihat muka wanita yang bertudung merah yang duduk di kiri dan wanita bertudung biru yang duduk di kanan. Seorang mencebikkan bibir dan seorang lagi buat tak hairan sahaja. Nampak gayanya dinasti Anwar Ibrahim akan berakhir di Lembah Pantai. 

Nampak sangat pengundi di Lembah Pantai sudah muak dan bosan dengan perangai Nurul Izzah yang berat tulang dan hanya mencari populariti. Sedangkan orang yang bertungkus lumus bekerja untuk Parlimen Lembah Pantai adalah Raja Nong Chik. Bye-bye Nurul Izzah. Selamat bertanding semula di PRU-14!

PRU 13 PERTEMUAN SULIT STRATEGIS PAP DENGAN LIM GUAN ENG DI WAR ROOM DAP PULAU PINANG

Gambar ini  dirakamkan di KOMTAR,Georgetown…

Betulkah baru baru ini berlaku pertemuan sulit 20 orang pemimpin dan operatif PAP bersama Lim Guan Eng?

Siapakah mereka ini? Kenapa pemimpin PAP dari Singapura hadir bertemu dengan Lim Guan Eng sebelum pengumuman nama calon calon DAP baru baru ini?

Apakah yang mereka bincangkan? Betulkah dana pilihanraya DAP sebahagiannya di sumbangkan oleh PAP? Berapa juta?Siapa yang menerima wang tersebut? Masuk ke akaun siapa?

Kenapa PAP menghantar ahlinya untuk membantu jentera ke setiap parlimen yang ditandingi DAP? Apa kepentingan Singapura hingga masuk campur dalam urusan politik Malaysia?

Sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik wajib tahu kenapa Singapura campur tangan dalam urusan politik negara? Lim Guan Eng dan DAP harus jawap!

Sebahagian dari 20 orang yang menemui Lim Guan Eng… Siapakah mereka?

PAP

Apa kaitan mereka ini dengan pendedahan Pisau sebelum ini? :KLIK SINI , Rahsia besar part 1 KLIK SINI , part 2 Klik Sini

Autonomy for Penang in National Interest-DAP Mahukan Autonomi :klik sini

Perancangan untuk mendapatkan autonomi turut dibuktikan dengan satu artikel bertajuk “Autonomy for Penang in National Interest”.yang di siarkan Malaysiakini dan kemudian di siarkan sekali lagi dalam Penang Economic Monthly, a publication of the Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) yang diterbitkan pada bulan September.:klik sini

Pisau kata ” cina Penang dah tak boleh cari makan sebab Guan Eng bagi cina Singapura sapu bersih?”

PRU13 SAH! PENDUDUK SHAH ALAM TOLAK KHALID GEREJA - PADAN MUKA! PENYOKONG PEMBANGKANG TAK SORAK PUN MASA NAMA KHALID GEREJA DIUMUMKAN

Itulah Sokong lagi KRISTIANISASI kan dan haru biru sekarang! Semenjak Zul Nordin diumumkan sebagai calon Parlimen Shah Alam mewakili BN , Khalid Samad menjadi bagaikan tak keruan.


Setiap hari kalau dia tak sebut nama Zul Nordin 10 kali di twitter nya tak sah... Semasa Penamaan Calon sekali lagi dia jadi gila meroyan dan hilang akal.... Pusat penamaan calon bagi Parlimen Shah Alam dan dua Dun dalam parlimen berkenaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.


Atas faktor keselamatan pihak SPR telah mengasingkan tempat berkumpul penyokong parti-parti yang bertanding dengan jarak 50 meter.  Penyokong BN disebelah kanan dewan dan penyokong pak-khatan rakyat di sebelah kiri. Peringkat awal semuanya ok dan tidak ada mana-mana pihak yang membuat bantahan.


KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.