Thursday, June 14, 2012

JANGAN KE LUAR NEGARA DALAM MASA TERDEKAT INI

Semasa tahun 2004 penulis mendengar kisah sedih dan kecewa BAKAL CALON Pilihanraya yang TIDAK DAPAT MENJADI CALON kerana Partinya tidak dapat mengesan dan menghubungi beliau kerana dipercayai berada di luar negara. 


Sehingga saat akhir BAKAL CALON ini tidak dapat pulang dari luar negara dan kerusi yang sepatutnya beliau tandingi diberikan kepada orang lain. Individu yang menggantikan beliau kini sudah maju jaya dan khabarnya sekarang menjadi TIMBALAN MENTERI. Sehingga kini BAKAL CALON itu menyesal tak sudah meratapi kesilapan beliau.

IRONIKNYA kejadian ini disebut oleh Dato' Seri Najib 2-3 minggu lepas kepada beberapa pemimpin dan menteri yang berjumpa beliau kerana  mahu meminta izin/kebenaran/memaklumkan mereka nak bercuti atau mempunyai urusan ke luar negara. DS Najib tidak menghalang atau membenarkan mereka ini pergi sebaliknya dengan ringkas menceritakan KISAH BAKAL CALON TAK JADI 2004 itu kepada mereka.


Sudah pasti pemimpin dan menteri berkenaan dapat MENGHIDU dan MENANGKAP maksud yang ingin disampaikan Perdana Menteri kita iaitu PILIHANRAYA KE 13 kini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Cuma tarikh yang pasti belum jelas namun AMAT HAMPIR SEKALI.

Jadi kalau pemimpin atau menteri nak ke luar negara dalam tempoh terdekat ini faham-faham sahaja lah kalau tak dapat jadi calon jangan nak merajuk atau bersedih nanti macam BAKAL CALON TAK JADI pada tahun 2004 tu....

Ahli PAS yang kunun-kununnya ISLAMIK dan BERIMAN boleh tangguhkan menunaikan RUKUN ISLAM FARDU HAJIi semata-mata pilihanraya takkan yang kita yang biasa-biasa tak boleh tangguh kut kalau setakat melancung, bercuti atau urusan lain di luar negara.

Tapi kalau tangguh RUKUN ISLAM FARDU HAJI semata-mata politik itu sudah rosak akidah tapi tak mengapa kuota Ahli PAS yang nak tangguh haji tu boleh bagi pada penulis kerana ALLAH dan ISLAM adalah yang utama dan pertama kerana kuasa dan politik hanyalah sementara di dunia yang fana ini... Akhirat jua dunia yang kekal ABADI....

Friday, June 8, 2012

DERMA BARANG ELAK PENYELEWENGAN SUMBANGAN BINA LEBUHRAYA KELANTAN

Semalam Rakyat Kelantan tiba-tiba menjadi begitu pemurah dan baik hati serta prihatin dengan sanggup bersusah payah menderma dan menyumbang alatan dan bahan pembinaan kepada Kerajaan PAS Kelantan walaupun Rakyat Kelantan tidaklah KAYA RAYA malah hidup daif, miskin dan kekurangan di bawah pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan.

Sumbangan ini diberikan ikhlas tanpa mengharap balasan walaupun mereka tahu MEREKA DIJANJIKAN TIKET SYURGA malah lebih pantas dengan menggunakan lebuhraya yang bakal dibina nanti.

Rakyat Kelantan berhimpun bagi menderma bermacam peralatan dan bahan binaan bukan sahaja untuk pembinaan Lebuhraya yang DILANCARKAN maru-baru ini malah dengan harapan derma ini dapat membantu Kerajaan PAS Kelantan menyiapkan semua janji projek-projek Kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat negeri ini sejak 22 tahun lalu hingga kini seperti berikut:

Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion

Bukan kah derma dan sumbangan digalakkan dalam ISLAM malah jika melakukan WAKAF pahalanya lebih besar lagi. Malah Kerajaan Kelantan tanpa segan dan malu minta sumbangan rakyat untuk pembinaan lebuhraya pula walaupun sudah acap kali sumbangan dan derma diminta dari rakyat tetapi satu pun projek berkenaan tidak dilaksanakan.
 
 
 
Namun begitu penulis myuskil tapi kenapa Nik Aziz dengan nada jauh hati dan juga berkecil hati menulis seperti berikut:
 

Nik Aziz jelas terpalit rasa malu apabila kononnya dihina oleh Rakyat Kelantan...
 
Sememangnya beliau memang mudah lupa. Beliau lupa bahawasanya orang yang menyarankan supaya Rakyat Kelantan menderma peralatan bagi membantu Kerajaan PAS Kelantan adalah EXCO beliau sendiri, yakni oleh Datuk Husam Musa. 
 
Husam kata, kalau tak dapat sumbang dalam bentuk kewangan, derma dalam bentuk barangan juga diterima. 
 
Sekarang apabila Rakyat Kelantan menderma dalam bentuk barangan, kenapa pula Menteri Besar Kelantan ingin berkecil hati?
 
APAKAH KERANA CANGKUL,PENYODOK DAN BAHAN BINAAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI DANA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI ???
 

UNISEL TAK PERLU PTPTN KERANA ADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PAKATAN RAKYAT


Tahniah PTPTN kerana "gentleman" dan berani mengikut kehendak Mahasiswa masa kini yang dizahirkan dalam DEMO PTPTN lalu. Jadi Mahasiswa perlu berterima kasih kepada PTPTN kerana sokong perjuangan mereka... beku tu tanda PTPTN nak di HAPUSKAN lah...

Tetapi sebelum tu kena lah usaha HAPUS PTPTN ini di mulakan dengan "membekukan" PTPTN di IPT milik Pakatan Rakyat iaitu UNISEL atau KUIS dalam kes ini TAHNIAH kerana UNISEL terpilih. Kepimpinan melalui tauladan so pemimpin Pembangkang yang sokong dan sibuk-sibuk berdemo mahu hapuskan PTPTN... sekarang PTPTN nak hapus dah... dengan dimulakan dengan dibekukan dahulu... so selesaikan dan uruskanlah universiti ANDA (UNISEL) tanpa PTPTN... seperti mana janji-janji manis Pakatan Rakyat semasa perhimpunan PTPTN lalu...

PELAJAR MAHU PTPTN DIHAPUSKAN

PEMIMPIN PAKATAN SOKONG HAPUS PTPTN

JANGAN RISAU PTPTN TAK ADA KERAJAAN SELANGOR DAN PAKATAN RAKYAT ADA

Mahasiswa di UNISEL jangan risau kalau pengurusan UNISEL buat bodoh je dan kau orang makin terdesak bawa MANIFESTO PAKATAN RAKYAT dan ramai-ramai berarak jumpa Khalid Ibrahim tuntut dia tunaikan manefesto dan janji jika mereka memerintah Selangor lepas... 

Juga minta UNISEL dan Kerajaan Selangor bagi PENDIDIKAN PERCUMA plus duit poket untuk makan... bukan kah mereka janji macam-macam dan menyokong untuk hapuskan PTPTN... sekarang mereka kena buktikan mereka mampu tampung yuran pengajian, makan minum dan penginapan mahasiswa UNISEL semuanya tanpa bergantung dengan PTPTN...

Kalau korang anak selangor boleh mintak yang korang harus tuntut ialah:

1. Hadiah RM 1,000 kepada anak selangor yang dapat masuk IPT
2. Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran kepada anak Selangor










PELANCARAN K-POP YANG HALAL OLEH PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah mengumumkan konsep persembahan K-POP HALAL yang lain semuanya jatuh HARAM waima yang datang dari korea sekalipun... lebih mengharamkan kalau K-POP itu sebahagian dalam penganjuran program oleh Kerajaan UMNO atau BN.

Tema pelancaram K-POP HALAL adalah "PASTI HARAM UNTUK MU TAPI BOLEH JADI HALAL KALAU UNTUNG BUATKU"

Tag Line K-POP HALAL pula adalah "Double Standard BIASALAH BRO!"


CONTOH K-POP HARAM

Himpunan Sejuta Belia PUTRAJAYA
Max247

PERSEMBAHAN K-POP HALAL

MTV World Stage Shah Alam

Bertam Night 2012














































Monday, June 4, 2012

KALAU DS NAJIB NAK KEKAL SOKONGAN RAKYAT SILA KAWAL DAN BERHENTI TONJOLKAN ROSMAH

Terima kasih lah kalau sebab teguran ikhlas ni penulis di cop pengkhianat dan penentang UMNO dan kerajaan ya sebab kami ni jelas bukannya penjilat dan pengikut bontot atau dibayar sesiapa kerana bagi kami kebenaran itu WAJIB diketengahkan walaupun PAHIT SEKALI! 

REALITINYA... Rosmah Mansur tidak langsung memberikan KELEBIHAN kepada DS Najib dan UMNO/BN sebaliknya Rosmah mendatangkan LIABILITI dan kerugian kerana penglibatan dan tindakan menonjolkan beliau hanya memberikan PELURU HIDUP berbentuk isu kepada pembangkang untuk menembak kerajaan dan UMNO/BN... 

Untuk pengetahuan DS Najib rakyat semuanya meluat dan bercakap mengutuk ROSMAH ni sebab macam "terlebih sudu dari kuah"... bukan rakyat biasa dan pembangkang sahaje malah ahli dan penyokong UMNO pun dah boring dengan Rosmah ni... siapa tak tahu lawak NKRA - Najib Kerja Rosmah Arah (NKRA)... sampai macam tu sekali lah rakyat sudah pandang serong pada Rosmah...

Sempena PRU ke 13 akan datang kami cadangkanlah KUARANTINKAN je Rosmah Mansor tu... tak payahlah bagi dia menyibuk-nyibuk konon menghadiri majlis rasmi ke tak rasmi ke atas kapasiti Isteri PM ke wakil PM ke atau apa sahaja alasan gila glamour Rosmah tu... siapa dia??? setakat BINI PM jerrr....tak ada Menteri lain kah nak wakil PM sampai Bini kena jadi wakil PM pulak...ada menteri atau "think tank" DS Najib tegur perkara ni or sampaikan masalah ROSMAH ni??? tak ada yang berani bukan... bukan apa DS... ini sebab mereka takut DS pinggirkan mereka... yelah mana tau adu domba ROSMAH ni boleh tahan power dia... sorry DS dari dulu ramai perasan...

Kepada DS Najib... Sila arahkan Media massa tutup coverage untuk Rosmah sehingga PRU tamat... ini akan memberikan UMNO/BN kelebihan yang amat dalam berdepan isu dan perancangan strategi PRU akan datang... Lepas ni tolonglah DS Najib kawal sikit Bini tu... tak payahlah biar Rosmah sibuk-sibuk pasal urusan PM... banyak lagi pegawai di JPM tu boleh fikir dan cadang keputusan dan bekerja dengan lebih baik disisi DS Najib... Rosmah boleh bekerja dan membantu tapi dari belakang tirailah... tak perlu glamour terlebih ya...

KEJADIAN TERKINI -
Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan YDP Agong.


ANTARA TETAMU YANG HADIR IALAH ISTERI PERDANA MENTERI,DATIN SERI ROSMAH MANSUR,TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN ISTERI PUAN SRI NORAINEE ABDUL RAHMAN,MENTERI MENTERI KABINET DAN ORANG KENAMAAN.
(Petikan Bernama 3/6/2012 http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=670596 )

Kita amat
BERTUAH kerana punya isteri Perdana Menteri  yang serba boleh yang boleh ketengah ketepi.Tenguk saja semalam bila Perdana Menteri kita sibuk berGAWAI maka 'terpaksalah' DS Rosmah Mansur menggantikan beliau di Majlis Jamuan Teh DiRaja sempena Hari Keputeraan baginda.Ini bukanlah kali pertama DS Rosmah 'terpaksa' menyelamatkan keadaan bila Perdana Menteri tidak dapat hadhir majlis majlis rasmi yang patut beliau hadhir.

Bukan senang nak cari isteri
Perdana Menteri yang boleh buat kerja rasmi Perdana Menteri dan Menteri Menteri saperti yang pernah dilakukan DS Rosmah sebelum ini.Bukan itu sahaja bahkan DS Rosmah handal berkaroake.PENDEKATA beliau memang seorang wanita yang versatile.

MAKA ELUK BENARLAH KALAU PERDANA MENTERI MEMPERTIMBANGKAN DS ROSMAH SEBAGAI SALAH SEORANG CALUN 'WINNABLE' UNTUK PRU13 NANTI AGAR TUGAS DS ROSMAH MENJADI BETUL BETUL RASMI.


http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/06/pelik-tapi-benarmalaysia-boleh.html 

HALAU SEDARA BEZA FAHAMAN POLITIK GAMBARAN KECIL KALAU PAKATAN PEMBANGKANG MENANG PILIHANRAYA

Kerajaan UMNO/BN memberikan bantuan sama adil kepada semua tidak kira penyokong dan pengundi BN, Pakatan, PAS, DAP atau UMNO semua akan dapat dengan syarat LAYAK menerima bantuan itu... tetapi lihat sahaja di negeri ditadbir Pembangkang seperti Kedah, Penang, Selangor, Kelantan dan Perak (dulu) perkara pertama selepas mereka mendapat kuasa adalah MENDAHULUKAN, MENGUTAMAKAN dan MEMASTIKAN penyokong, kroni, sanak saudara dan pengikut mereka mendapat HABUAN dan BANTUAN yang patut diagihkan dengan adil kepada semua...

Apa nasib kita rakyat biasa kalau Pakatan Rakyat MENANG dan MEMERINTAH Malaysia... alamat mereka akan MENGKRONIKAN SEGALANYA... bukan sahaja penyokong dan pengundi UMNO/BN akan disisihkan malahan Rakyat BIASA turut disisihkan demi mengutamakan KRONI mereka...


Realitinya dari pemimpin sampai penyokong mereka "taksub" dan bersikap "asobiyyah". Buktinya mereka (pengikut pembangkang) sanggup guna walau sekelumit kuasa dan hak yang ada untuk HALAU dan USIR saudara yang MISKIN, SUSAH dan DAIF kerana perbezaan fahaman politik... sikap tidak berperikemanusiaan, rasa bersalah dan berdosa mereka sanggup menganiaya saudara sendiri... Bayangkan kalau mereka memerintah Malaysia...

Cukuplah kita harus BERHENTI sokong dan UNDI Pakatan Rakyat!


INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan
keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok
semalam.
BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor
Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.


Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang
di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

RASIS DAP TERBUKA KATA BONEKA MEREKA PEMIMPIN PAS BODOH & KURANG BIJAK

Kami berhajat benar nak dengar apa kata Nik Aziz, Hadi Awang dan Khalid Samad GEREJA bila Parti Anjing DAP dengan terbuka mengutuk PAS dengan mengatakan PEMIMPIN PAS BODOH, KURANG BIJAK dan MEMILIKI INTELEKTUAL TERTUTUP...

DAP rasa dah besar kepala sangat dan rasa merekalah tuan dengan menganggap PAS adalah ANJING dan BONEKA yang dikawal mereka kerana selama ini PAS begitu PATUH, AKUR dan TUNDUK pada DAP walaupun dalam isu berkaitan MELAYU dan ISLAM termasuklah isu murtad dan sebagainya PAS sanggup mengorbankan prinsip perjuangan seperti HUDUD dan NEGARA ISLAM...

Adakah PAS masih mahu PATUH, AKUR dan TUNDUK pada DAP walaupun maruah dan harga diri mereka kini dipijak-pijak dan dihina??? Kalau PAS masih mahu bersama DAP itu adalah petanda PAS sudah MATI, GAGAL dan HANCUR!

Cukup LAH mari BERHENTI SOKONG dan BERI undi pada Pakatan Rakyat!


BEKAS MB PERAK MOHAMMAD NIZAR DEDAH REALITI PAS BAKAL JATUH TEWAS DALAM HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA

Kata-kata HEBAT itu kadangkala datang hasil ilham yang digerakkan oleh  ALLAH SWT yang maha berkuasa kerana JANJI ALLAH jelas memperlihatkan bahawa kebenaran pasti mengatasi kebatilan dan bantuan ALLAH itu akan datang dalam saat dan ketika yang tidak diduga.

ALLAH SWT telah MENGILHAMKAN dalam keghairahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berucap mengkritik UMNO di 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium Darul Aman semalam untuk  menyebut 'himpunan ini tanda kejatuhan Pas di semua peringkat'.  

Beliau yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Mentalkinkan UMNO' sementara menunggu ketibaan penceramah, Azhar Idrus itu tidak pula memperbetulkan ucapan yang dirasakan ramai kesilapan pada mulanya sehingga akhir ucapannya... yang bermakna apa yang dinyatakan beliau adalah luahan dan pendedahan dari lubuk hati beliau BAHAWA PAS AKAN TERSUNGKUR JATUH kelak dalam PRU 13 akan datang... Ucapan Mohamad Nizar itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini, selain dimuat turun oleh beberapa blog...

NIZAR KOMUNIS BEKAS MB PERAK SUDAH DEDAHKAN!
CUKUP LAH SOKONG DAN BAGI UNDI PADA PAKATAN RAKYAT!



Mungkin Mohammad Nizar teringat kata-kata Sheikh Dr. Sulaiman janji Syurga oleh PAS adalah SESAT, BERDOSA dan HARAM... malah menolak bersatu sesama ISLAM dan bersekongkol dengan KAFIR HARBI juga SALAH sama sekali!





KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.