Friday, June 11, 2010

PARLIMEN KECOH : PEMBANGKANG BUAT CERAMAH KUTUK KERAJAAAN

Parlimen atau Dewan Rakyat sepatutnya dianggap mulia oleh semua wakil rakyat.

Bagaimanapun, sejak tsunami pilihnaraya umum Mac 2008 pemimpin atau wakil rakyat dari parti pembangkang kerap menyalahgunakan Parlimen demi mencapai agenda politik masing-masing.

Tengahari Rabu, Parlimen sekali lagi kecoh dengan tindak tanduk Ahli parlimen pembangkang mengambil kesempatan mengadakan ceramah menghentam kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Insiden tegang di bilik rehat VIP Dewan Negara itu menggambarkan seolah-olah pembangkang yang sudah menguasai kerajaan dan mereka bebas berbuat apa mereka suka tanpa mempedulikan peraturan dalam kawasan bangunan Parlimen.

Semuanya gara-gara tindakan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran menjemput sekumpulan 50 orang ahli dikatakan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke bangunan Parlimen jam 12 tengahari.


Pihak pengurusan Parlimen membenarkan Wakil Rakyat itu menggunakan bilik rehat tersebut kerana menyangka jemputan wakil rakyat terbabit adalah bagi tujuan perbincangan isu meritokrasi dan biasiswa membabitkan kaum India.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berucap dalam majlis itu dikatakan menghentam kerajaan serta BN dan cuba menanamkan perasaan benci ahli-ahli NGO yang hadir kepada kerajaan.

Kebetulan, beberapa Ahli Parlimen dari Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berada di ruang tetamu luar bilik rehat itu sedang berbincang dan terdengar bekas Menteri Besar Perak itu mengecam kerajaan.

Antara Ahli Parlimen yang berada di situ Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Menurut Idris, beliau mendengar dengan jelas pemimpin pembangkang itu mengecam kerajaan.

Beliau mendakwa, antara lain Nizar menyatakan kerajaan hari ini tidak boleh dibenarkan terus memerintah kerana menzalimi rakyat dan turut mengecam UMNO.

“Ahli Parlimen Bukit Gantang turut menyebut perkataan celaka dan menyumpah seranah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya ketika mengadakan sidang media selepas insiden tersebut.

Idris berkata, beliau masuk ke bilik rehat tersebut untuk menegur kenyataan Nizar manakala Bung Mokhtar masuk ke Dewan yang masih bersidang untuk mencelah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Idris turut dikecam oleh Nizar dan Kulasegaran malah ada ahli NGO terbabit menghalau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu keluar dari bilik tersebut dengan alasan perjumpaan itu tertutup dan pemimpin UMNO tidak diundang.

Ketika ini berlaku tolak menolak dan pertikaman lidah sebelum pihak kawalan keselamatan Parlimen serta anggota polis datang mententeramkan keadaan.

Menurut Idris, beliau bukan menganggu perjumpaan itu seperti didakwa oleh pemimpin pembangkang tetapi mahu menegur tindakan mengadakan ceramah politik di tempat yang tidak dibenarkan.

“Saya mahu mempertahankan kemuliaan dewan ini (Parlimen). Saya juga nak ingatkan pihak terbabit jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya.

Sementara itu Bung Mokhtar menjelaskan, Dewan Rakyat tidak sepatutnya dicemarkan orang luar dan kecewa tindakan ahli parlimen Ipoh Barat mengadakan perjumpaan politik di Parlimen.

Katanya, ada perkataan berunsur rasis disebut dalam perjumpaan dan ketika kekecohan tersebut.

“Saya sudah mengemukan usul kepada Speaker untuk menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat siapa punca kejadian tersebut dan mahu mereka yang terbabit dikenakan tindakan sama seperti insiden beberapa Pemuda UMNO yang didenda kerana dikatakan cuba menghalang wakil rakyat pembangkang,” katanya.

Kulasegaran pula menjelaskan ianya hanya satu perbincangan mengenai rasa tidak puas hati berhubung kuota biasiswa JPA dan kemasukan ke kolej matrikulasi antara kaum di negara ini, dan pihaknya telah cuba mengadakannya di bilik lain di Parlimen tetapi dimaklumkan tiada bilik kosong, kecuali ruang rehat anggota Dewan Negara.

"Ini adalah tempat yang rakyat boleh datang, bukan hanya terhad kepada mereka yang tertentu," katanya yang mendakwa telah menjemput wakil MIC untuk menghadiri perbincangan itu tetapi tidak ada yang hadir.

Antara pemimpin pembangkang yang berada dalam perjumpaan itu adalah Lim Kit Siang serta Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu, Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mendengar usul tersebut meminta masa untuk mendapatkan laporan berhubung kejadian itu sebelum membuat keputusan.

Bekas Pengerusi BNBBC yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Seri Shahrir Samad turut kecewa melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang berbuat sesuka hati berceramah di dalam premis bangunan Parlimen.

Beliau yang juga bekas menteri dan sudah lama menjadi Ahli Parlimen berkata dimasa lampau hal-hal ‘ luar biasa’ seperti ini tidak pernah berlaku.

“ Jangankan di kawasan rehat Dewan Negara malah di kawasan letak kereta Parlimen sesiapapun tidak boleh berceramah baik dari pembangkang ataupun Barisan Nasional.Dalam pagar kawasan Parlimen ada peraturan dan mesti dihormati.

“Ruang berceramah bagi Ahli Parlimen dalam kawasan ini ialah di dalam sidang Dewan Rakyat,”ujarnya.

Dipetik dari Agenda Daily

Ini bukan kes pertama, tahun 2008 Gobalakrishnan pernah membawa geng-geng hindraf menyambut hari jadi di bangunan parlimen.
.
.

PENGKHIANAT CHUA JUI MENG : JOHOR TARIK DARJAH KEBESARAN

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor"."(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua kepada Malaysiakini hari ini.

Chua (gambar) sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Chua juga berkata Abdul Rahim enggan memberitahunya sebab di sebalik pelucutan gelaran tersebut kerana istana tidak diwajibkan mendedahkannya.

Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Masih bergelar 'Datuk'

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Tindakan ke atas Chua itu pada mulanya diura-urakan oleh timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali yang menyebarkannya melalui lawan sosial Twitter beberapa hari lalu.

Chua yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sekadar berkata, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan selepas menerima surat rasmi daripada Istana Johor.

MUKTAMAR PAS : NASHARUDIN DITOLAK DI KELANTAN

Wajah Nasharudin jadi persoalan


NIK Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan perwakilan Pas semasa tiba pada Majlis Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimah Pas di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.


MACHANG 10 Jun - Apakah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok sudah ditolak di Kelantan?

Itu persoalan yang timbul menjelang Muktamar Tahunan Pas Ke-51 esok berdasarkan tidak ada satu pun gambar pemimpin nombor dua parti itu dipaparkan pada poster atau kain pemidang yang dipasang di seluruh bandar Kota Bharu.

Situasi itu turut menarik perhatian salah seorang perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas di sini hari ini.

Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas, perwakilan dari Terengganu itu membangkitkan mengenai ketiadaan gambar Nasharudin.

"Saya ingin bertanya kenapa tidak ada gambar timbalan presiden pada poster dan latar belakang pentas Muktamar Dewan Ulama Pas hari ini, yang ada hanya gambar presiden dan mursyidul am Pas sahaja.''

Bagaimanapun Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama Pas Pusat, Abdullah Abdul Razak menafikan bahawa gambar Nasharuddin tidak diletakkan disebabkan beliau tidak diterima di Kelantan.

"Fokus Dewan Ulama hanya pada kepimpinan tertinggi, kalau letak gambar timbalan presiden nanti kena letak gambar timbalan mursyidul am pula.

"Gambar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memadai untuk mewakili kesemua saf kepimpinan parti,'' katanya.

Ditanya mengenai keadaan yang sama berlaku di Kota Bharu dan kawasan muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Abdullah yang ditemui media berkata:

"Kalau di Kota Bharu saya tidak tahu ada atau tidak gambar timbalan presiden sebab saya sibuk di sini."

Latar belakang pentas pada Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat hari ini hanya memaparkan gambar Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz serta tiga pemimpin Dewan Ulama iaitu ketuanya, Datuk Harun Taib; timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan naib ketua, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang menyatakan Nasharudin ditolak di negeri ini setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana dianggap cuba untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO.

Sejak daripada itu, pengaruhnya di negeri ini dikatakan semakin menurun malah wujud laporan menyatakan Nasharudin tidak dibenarkan muncul pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai tahun lalu.

Bagaimanapun beliau akhirnya muncul tiga hari sebelum hari pengundian pada 14 Julai 2009 sambil mengakui sememangnya Badan Perhubungan Pas Kelantan tidak membenarkannya hadir pada pilihan raya tersebut sebelum dibenarkan semula oleh Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Ketika itu, isu kerajaan perpaduan yang asalnya cadangan tersebut ditimbulkan Abdul Hadi sedang hangat diperdebatkan di negara ini.

Thursday, June 10, 2010

AJARAN ISLAM ACUAN NIK AZIZ NIK MAT

KITAB RUJUKAN PAS KARYA NIK AZIZ ... UMNO DIHARAMKAN MEMBACA !!!

Kitab ini adalah khas untuk rujukan para Ahlul Bahlul PAS sahaja. Di Dalam kitab ini mengandungi ajaran ajaran Al Syeikh Nik Aziz yang perlu dijadikan panduan dan ikutan kita para Ahlul Bahlul PAS.

Mari kita selidiki dan mendalami maksud ajaran ajaran Al Syeikh kita untuk renungan kita bersama. Semoga kita beroleh kejayaan yang sepatutnya.


AJARAN 001
Maksudnya: Kita tidak boleh menghalang penjualan arak kepada bukan Islam kerana ia akan dikhuatiri menjejaskan peluang kita untuk memenangi undi. Jangan disulitkan masalah kecil untuk kebaikan bukan Islam.


AJARAN 002
Maksudnya: Kita dibenarkan untuk mengambil cukai hasil dari penjualan arak, lesen anjing, (judi dan pelacuran masih belum diwartakan lagi) demi kepentingan umat sejagat. Hasil cukai boleh digunakan untuk tujuan pembangunan dan modernisasi.


AJARAN 003
Maksudnya: UMNO, MIC, MCA, DAP, PKR, KIMMA, IPF, PBS dan sebagainya ternyata adalah haram kerana mereka bukan Islam dan tidak menghormati Islam secara keseluruhannya. Wajib kita menolak kesemua parti yang disebutkan kerana mereka bukan PAS (golongan terpilih).


AJARAN 004
Maksudnya: Di dalam Al Quran disebutkan hanya mengikuti dan mengundi PAS layak diberikan syurga. Hanya PAS sahaja yang ada disebutkan didalam Al Quran.


AJARAN 005
Maksudnya: PAS sudah mempunyai perjanjian dengan para Malaikat dan atas dasar itu PAS akan tetap memerintah Kelantan selagi perjanjian ini tidak dimungkiri. Didalam perlembagaan PAS juga sudah dinyatakan perjanjian ini. PAS kini berjuang untuk menegakkan negara Islam.


AJARAN 006
Maksudnya: Ini adalah ajaran yang terpenting didalam kitab rujukan ini. Kita diwajibkan menentang, melawan, membunuh UMNO kerana itu adalah jaminan jika mati, mati kita adalah mati syahid. Tidak ada jalan lain untuk mati syahid melainkan dengan melawan UMNO denagn bersungguh sungguh.


AJARAN 007
Maksudnya: UMNO adalah parti untuk orang orang kafir kerana pentadbiran yang dijalankan oleh para golongan UMNO berunsur kafir semata mata.


AJARAN 008
Maksudnya: PAS boleh menerima kembali DAP kerana mereka sanggup bekerjasama dengan PAS kerana kedua dua parti ini bersetuju secara dasar untuk tidak menubuhkan negara Islam. Dengan ini AJARAN 003 tidak boleh digunapakai untuk DAP. Al Syeikh Nik Aziz sudah mewartakan bahawa DAP tidak tergolong didalam AJARAN 003.


AJARAN 009
Maksudnya: Ajaran ini adalah kesinambungan dan tambahan kepada Ajaran 006 dan Ajaran 007. Maka ajaran ini disifatkan merangkumi kedua dua ajaran yang telah disebutkan.


AJARAN 010
Maksudnya: Ini adalah ibu segala ajaran yang telah diwartakan oleh Al Syeikh Nik Aziz. Ajaran ini sebagai merungkai kembali AJARAN 005. Ajaran ini juga akan 'superseded' ajaran yang telah dikeluarkan terdahulu iaitu AJARAN 005.



AJARAN 011
Maksudnya: Kesemua Ahlul bahlul PAS perlu akur kepada ajaran ini kerana DAP sudah menjadi rakan sekutu pilihan. Ahlul bahlul PAS tidak dibenarkan sama sekali mengingkari ajaran ini.


AJARAN 012
Maksudnya: Ajaran ini adalah pelengkap kepada AJARAN 009, AJARAN 010 dan AJARAN 011. PAS tidak lagi akan memperjuangkan negara Islam kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada DAP. Walaubagaimanapun, AJARAN 005 masih dipakai kerana Al Syeikh Nik Aziz masih belum menghapuskan AJARAN 005 atas sebab perjanjian dengan para Malaikat.


AJARAN 013
Maksudnya: Ajaran ini disifatkan sebagai 'temporary period' atau tempoh sementara kerana undi adalah segala galanya bagi PAS. Ajaran ini masih lagi dilihat sebagai tergantung sifatnya.


AJARAN 014
Maksudnya: Dibenarkan untuk PAS mengajak MIC dan MCA kerana dilihat lebih Islamik dari UMNO yang ternyata berunsurkan kafir semata mata. Walaubagaimanapun AJARAN 003 masih digunapakai kerana Al Syeikh Nik Aziz masih belum mewartakan AJARAN 008 kepada MIC dan MCA secara keseluruhannya.

Ajaran ini juga mengisytiharkan bahawa selain dari para Malaikat, Syaitan juga adalah tergolong didalam golongan terpilih PAS. Ahlul Bahlul PAS diminta untuk sentiasa mengingati ajaran ini untuk panduan.



AJARAN 015
Maksudnya: Diharuskan Ahlul Bahlul PAS untuk mencerca, memaki hamun, mengejek, mencarut (dari segi perkataan dan perbuatan) kerana tidak ada unsur unsur syak dan salah didalam ajaran Islam. Ajaran ini juga dilihat sebagai salah satu kaedah untuk menghalakan cara didalam PAS.


AJARAN 016
Maksudnya: Para Ahlul Bahlul PAS dibenarkan sama sekali berdoa untuk membutakan mata sesiapa sekalipun, demi undi yang cukup berharga. Ajaran ini dikeluarkan oleh Al Syeikh Nik Aziz tatkala duduk bersendirian bersama Syaitan.



AJARAN 017
Maksudnya: Tidak ada didalam perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud kerana Al Syeikh Nik Aziz sudah mewartakan bahawa tidak ada paksaan di dalam Islam. Ajaran ini hanya akan terhapus jika sekiranya PAS ditakdirkan memerintah negara.


Sekianlah anak anak Ahlul bahlul PAS untuk minggu ini. Diwaktu dan masa yang lain lagi kita akan merungkai kembali kitab rujukan ini untuk difahami dan diikuti oleh setiap Ahlul Bahlul PAS.

Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Pastikan kitab rujukan ini tidak terjatuh kepada para golongan tidak terpilih iaitu UMNO.

PENDEDAHAN : RAJA SEGALA RAJA - JUDI, PENIPU, PEMBOHONG, LARI ANAK ORANG SEMUANYA DIA

ANWAR IBRAHIM ... RAJA JUDI, RAJA MUNAFIQ ... CUKUP CANTIK, CUKUP CUN !!!

Ya Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ... mari mari rapat dengar ini fakta seorang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim ! Ya betul ! Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik.

Inilah sebenarnya Raja Judi Malaysia
Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ... mau tau siapa ! Anwar Ibrahim namanya ! Bukan Lim Goh Tong Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik. Apa betul ke ... mari kita tanya sama YB Mat Sabu ... Mat Sabu yang cerita, bukan saya cerita Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik, Tobat Lahom !!! bukan saya punya cerita ... Silakan YB Mat Sabu.





Itu sebab la Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik dia senyap pasal isu judi ! Itu sebab la Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik Ahlul Bahlul Pemimpin PAS tak buat demo baring atas jalan Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ... sebab apa ? sebab diaorang dah bersekongkol dengan Raja Judi Malaysia. Siapa dia Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ? ... Anwar Ibrahim namanya.

Ada lagi cerita Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik. Ya !!! ... Mari rapat rapat lagi Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik. Ada lagi ... Ada lagi ! Apa dia Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik. Ini dia manusia bernama Anwar Ibrahim ... Raja Munafiq Malaysia. Ya betul ! Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik.

Kenapa saya panggil dia Raja Munafiq Malaysia Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ? Sebab lidah dia bercabang dua, tiga empat dan lima. Ya betul ! Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik.

Dulu dia hentam PAS sekarang sekarang sudah jadi member PAS. Dia sudah main belakang PAS dan PAS sudah main belakang dia. Dulu dia tendang DAP sekarang dia sujud dan jilat dengan DAP. Ya betul ! Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik. Dua dua dah main belakang Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik.

Apa bukti dia hentam PAS dia jilat DAP Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ? Tobat Lahom !!! bukan saya punya cerita tapi Berita Harian punya cerita. Ya betul ! Kita bagi laluan pada Berita Harian... dipersilakan.











Jaga jaga Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik ... Jaga jaga. Lepas ni dia janji macam macam lagi oooiii ! Bahaya ... Bahaya ! Bahaya ! Bahaya ! Orang Melayu dia tibai ! Orang India dia tibai ! Orang Cina pun dia tibai habis ! Takut takut nanti pungkok anak anak kita jadi mangsa !

Aaaa depan Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik tu ada kotak derma. Minta tolong Bapak bapak, makcik makcik, abang abang, adik adik tolong derma sikit sebab nak bagi duit tu kat puak puak PAS sebab dia orang nak buat modal buat ceramah ! Tolong huloq sikit boleh !!!


MELAYU ATAS PAGAR

PKR PENUH KRONISME : KONGRES WANITA DIPULAU ANAK KETUA WANITA DAPAT ANUGERAH WALAU TAK LAYAK

Wanita PKR keluar bila anak Zuraidah diberi Anugerah


Kongres Wanita pada 28 MEI 2010 juga menarik. Dahlah pewakilan tak ramai iaitu 300 orang sahaja hingga terpaksa top up dengan pemerhati bagi meramaikan majlis. Adalah ramai pemimpin yang hadir seperti MUSTAFA KAMIL AYUB, RODZIAH ISMAIL dan GOBALAKRISHNAN.

Ramai juga pewakilan yang berbahas ucapan dasar Zuraidah Kamaruddin teapi semuanya mengutuk dia.

Perwakilan dari Sabah kutuk Zuraidah Kamaruddin gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita kerana tidak turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Wanita Negeri tu.

Dia juga kecewa kerana masa PRK Sibu, Zuraidah hanya antar 8 orang Exco Pusat daripada 53 Exco yang ada bagi membantu jentera kempen Wanita.

Yang pewakilan paling marah sekali ialah kerana depa kena bayar tiket sendiri untuk hadir kongres Wanita di Kota Bahru tempohari.

Masa Kongres Wanita juga ada program penyampaian anugerah khas kepada ahli-ahlinya yang berjaya menunjukkan komitmen dan sekali gus mengangkat nama parti bertema “Anugerah Wanita Berdaya Harapan Negara”.

15 perwakilan dipilih menerima anugerah khas ini antaranya ZURAIDAH KAMARUDDIN dan anak perempuannya.

Apa yang menarik, selepas pengumuman senarai penerima, ramai perwakilan dan pemerhati bertindak keluar dewan kerana mempertikai pemilihan anak ZURAIDAH KAMARUDDIN iaitu FARAH AFZAN FARIDI, Timb. Ketua Srikandi PKR Pusat sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut.

Mereka kata Zuraidah Kamarudin sendiri mengamalkan konsep kronisme kerana anaknya yang tidak memberikan sumbangan ynag besar terhadap parti berbanding ahli-ahli wanita yang lain turut menerima anugerah.

Terdapat juga perwakilan yang mempertikai senarai penerima anugerah tersebut kerana majoriti penerimanya adalah dari kalangan Exco Pusat sahaja. Masa tu ramai pewakilan yang dah keluar dewan dan pergi ke pasar Siti Khadijah untuk beli kain batik.

Ramai percaya FUZIAH SALLEH berupaya mengalahkan Zuraidah tahun depan untuk jawatan Ketua Wanita PKR.
.

DR LOLO : MEMANG 'LOW CLASS' AMBIL KESEMPATAN ATAS ISU - TIDAK KONSISTEN DALAM PERJUANGAN

Muktamar PAS ke 56: Tegur dulu Lim Kit Siang , Dr Lolo


Begitulah PAS bila ada peluang politik, cepatlah mereka nak flip flop. Sudahlah LoLo. KONON NAK BERJUANG UNTUK MELAYU KAMPUNG BARU... PIRAH!!! KENAPA DIAM JE BILA ISLAM DAN MELAYU DICABAR DAP???

Kenapa diam bila Lim Kit Siang kata berikut:



Terangkan kenapa masih kerjasama lagi dengan DAP?

MENTERI BANGANG - BUAT KENYATAAN MACAM ORANG TAK SEKOLAH

Lagi Satu Menteri Kerajaan DS Najib Buat Kenyataan Bangang

Di saat Kerajaan DS Najib diserang bertalu-talu dengan tindakan seorang Menteri Bijak Pandai Kerajaan Barisan mengusulkan untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia yang telah diluluskan oleh kabinet,A DA PULA seorang lagi Menteri Kerajaan DS Najib mengeluarkan kenyataan yang bangang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Idris Jala, yang juga CEO "Performance Management And Delivery Unit" (PEMANDU - apakah natang jawatan ini?) telah memberi ceramah di KLCC mengusulkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang paling tinggi menerima subsidi di dunia harus mengurangkan pengantungan subsidi kepada Rakyatnya terutama untuk minyak, elektrik dan toll (yang merupakan keperluan asas) untuk menjimatkan defisit dan hutang Kerajaan sebanyak RM103 billion selama 5 tahun.

Siapa ini Idris Jala? Bekas CEO MAS yang telah dilantik terus menjadi Menteri Penuh Kerajaan DS Najib tanpa perlu menjadi wakil Rakyat. Apa jasanya? Kata orang, dia telah berjaya memulihkan kewangan syarikat penerbangan utama negara dari mengalami kerugian sehinggakan mencatat keuntungan. Keuntungan? Pergi dah! Yang rakyat tidak tahu, keuntungan yang diperolehi oleh MAS sepanjang pengendaliannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif hanyalah disebabkan penjualan aset-aset di dalam MAS dan bukannya keuntungan operasi. Kalau setakat hendak jual bangunan-bangunan MAS dan mencatatkan keuntungan sehinggakan membolehkan beliau dilantik sebagai seorang Menteri, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan orang yang melantiknya. Elok sangatlah beliau dilantik menjadi CEO Pemandu, lingkup Malaysia.

Semalam, orang yang sama bercakap pula mengenai Malaysia berkemungkinan besar akan menjadi bangkrap menjelang 2019 disebabkan hutangnya berjumlah RM1.158 trillion. Sekiranya hutang-hutang ini hendak dipersalahkan ke atas subsidi-subsidi yang diberikan oleh rakyat seperti subsidi minyak minyak, gas, toll, gula, minyak masak dan sebagainya, saya rasa itu merupakan suatu tindakan yang bangang. Sejak bilakah subsidi-subsidi ini diwujudkan? Pada zaman DS Najibkah? Tidak! Ia wujud sejak zaman beberapa zaman Perdana Menteri sebelum ini. Kenapakah Kerajaan BN di bawah pimpinan Mantan-Mantan Perdana Menteri sebelum ini (kecuali Tun Abdullah) tidak pernah bersunggut mengenai pemberian subsidi kepada Rakyat? Kenapa baru sekarang hendak dikurangkan atau dihapuskan subsidi yang diberikan kepada Rakyat?

Inikah slogan yang dilaung-laungkan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Cakap berdegar-degar tetapi tidak lebih sebagai mitos semata-mata. Betulkah Kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi disebabkan oleh kekurangan sumber alam negara atau disebabkan oleh ketirisan dan ketidakcekapan di dalam pentadbiran Kerajaan DS Najib? Betulkah angka RM103 billion defisit dan hutang disebabkan oleh tanggungan subsidi Rakyat atau adakah ini satu helah untuk menipu Rakyat Marhaen supaya tidak memberontak apabila subsidi dihapuskan? Saya setuju kita tidak patut menjadi Rakyat Subsidi, tetapi adakah Kerajaan pasti semua Rakyat "bermain di padang yang sama"?

Tahniah DS Najib. Usaha dan tingkah laku menteri-menteri Datuk Seri akan memendekkan karier politik anda. Saya tidak mahu bercakap lebih lanjut tetapi saya berani bertaruh (judi sudah dilesenkan kan) Kerajaan DS Najib bakal kehilangan lebih banyak negeri di dalam PRU13 sekirannya idea bodoh DS Idris Jala untuk mengurangkan dan menghapuskan subsidi kepada Rakyat diteruskan. "I bet my life!". Bagi saya, biarlah saya memberi peluang kepada satu pihak yang lagi satu kalau Kerajaan DS Najib sudah tidak berupaya mentadbir soal kewangan Negara. Tak gitu?

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.