Thursday, April 22, 2010

JENTERA CINA BN (GERAKAN DAN MCA) PERLU CONTOHI JENTERA CINA PAKATAN (DAP, PKR)

Salam Perjuangan

Maaf bukan nak mengata... tapi impak kempen oleh jentera cina (Gerakan & MCA) terutamanya aku lihat masih ditahap suam-suam kuku... yang bayak merembat kehulu kehilir adalah UMN dan MIC...

Sumer tahu yang Kaum Cina sudah rasa 'enak' dibuai janji kosong pakatan dengan kesama rataanlah dan lain-lain lagi hinggakan undi mereka pun majoritinya kepada Pakatan... Oleh itu ini merupakan cabaran kepada jentera dan pemimpin Cina -BN mempengaruhi dan memberikan maklumat 'benar' akan realiti perlunya mereka mengundi BN... jangan jadikan masalah dalaman parti untuk tidak 'buat kerja'... semua parti ada masalah tetapi tetap menyumbangkan jasa... baik UMNO atau MIC... jangan sampai kami selaku sekutu terbesar dalam BN semakin muak, jelik dan berbulu melihat jentera kaum cina dalam BN tak buat kerja... nescaya makin kena kutuklah...

komitmen terbaik, kerja kuat dan sepakat, bersungguh-sungguh mahu berjasadan kesanggupan berkorban percayalah resipi ini yang bakal memberikan kemenangan dipihak kita...

Sumber dari : Medan Info Kita.

WaaAAh…!! Betol Betol HoR LiaOO Oohh…

Ini betul betul punya HoRR LiAOO gerak kerja Yb Yb PKR berbangsa tionghua membanting tulang membantu kempen untuk Zaid Ibrahim…! Walaupun 'terkenal' kerana berbogel demi kekasih hatinya berbangsa MELAYU ISLAM (pemimpin AMK) dan sanggup menyerahkan segalanya demi buah hatinya... dia tetap tak malu turun padang dan mengaku sebagai YB...

Kalau jengok ke website Jinggo’s Photopages, boleh kita saksikan hampir kesemua Yb Yb PKR berbangsa tionghua seperti Tien Chua, Eli Wong, Cikgu Lee [Kajang], Chan Ming Kai [Simpang Pulai], Gan Pei Nei [Rawang], Chan Lih Kang [Teja], Sim Tze Tzin [Pantai Jerjak], dan ramai lagi. Turut juga kelihatan mengiringi Zaid masuk kedalam perkampungan cina ialah bekas pimpinan MCA, Datin Paduka Tan Yee Kew dan juga bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Dr Tan Kee Kwong.

Apakah MCA dan Gerakan juga turut “all out” untuk calon MIC..?

Secara umumnya kita semua tahu bahawa porla undi kaum cina sudah semakin tidak menyokong mana mana calon BN dalam banyak PRK sebelum ini.

Disinilah, di bumi Hulu Selangor inilah ujian getir buat MCA dan Gerakan membuktikan mereka mampu bekerja jauh lebih baik dari PKR dan DAP.

Fikir-fikirkan ya....

JENTERA PAKATAN-PKR HULU SELANGOR LUMPUH

BERITA 1 : PKR HULU SELANGOR LUMPUH !




Malam tadi di hulu yam aku hadir di program pengistiharan dr halili menyerahkan borang menjadi ahli umno kepada ts muhyidin.

Lebih separuh daripada ajk bahagian (cabang) PKR hulu selangor telah hadir dan memberikan sokongan kepada Dr halili. ini tanda protes mereka kepada anwar attaturk.

Sumber maklumat sahih mengatakan cabang pkr hulu selangor akan lumpuh secara total dalam masa terdekat.

tahniah kepada dr halili dan rakan-rakan pkr hulu selangor, anda telah menemui jalan kebenaran ! anwar attaturk bisa pening dengan kemasukan dr halili ke dalam umno.

dr halili bukan sembarangan orang, dia melayu cerdik pandai punyai talian keluarga dan pengikut yang cukup ramai di hulu selangor . menafikan pengaruh dr halili berbanding dengan zaid drunkenmaster meropakan satu perhitungan yang silap !

PRK HULU SELANGOR : PENIPU RAKYAT SEMAKIN PARAH !!! PKR BATANG KALI KELUAR PARTI !!!

Pasukan UMWM malam tadi bergegas ke Batang Kali setelah menerima panggilan dari Penyelaras Cawangan BN Batang Kali Encik Abdul Aziz, seramai 30 orang telah keluar dari PKR (PARTI KHIANAT RAKYAT) Cawangan Batu dan menyertai UMNO.

UMWM sempat menemuramah beberapa bekas ahli PKR yang sememangnya sudah muak dan jelak dengan tipu janji
ANWAR IBRAHIM dan KHALID IBRAHIM kononnya akan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sejak tahun lepas. Namun begitu, sehingga ke hari ini permintaan mereka tidak pernah langsung dipedulikan.

Rata rata bekas ahli PKR juga telah jelas nampak mainan politik ANWAR IBRAHIM yang lebih banyak menabur janji janji kosong tanpa perlaksanaan. Mereka juga telah bosan kerana setiap kali ceramah dan perjumpaan yang diadakan, tidak sekalipun PKR perjelas apa yang akan dilakukan untuk menaikkan taraf hidup penduduk setempat. Yang ada hanyalah caci maki dalam ceramah.

Bertitik tolak dari situ, 30 orang bekas ahli PKR telah sepakat menemui Encik Abdul Aziz dan mengemukakan hasrat untuk menyertai UMNO yang jelas tentang perjuangan dan hala tuju kerana sememangnya UMNO sentiasa meghulurkan tangan membantu penduduk setempat walaupun bukan ahli UMNO sendiri.






Anda jangan bersekongkol lagi dengan gerakan menjahanamkan ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA ini... ramai telah tinggalkan... Anda apa tunggu lagi...

Tepuk dada... tanya Iman...

ZAID IBRAHIM PENYAMUN - JUAL BANGUNAN UMNO KOTA BHARU

Salam Perjuangan...

Inilah sikap tak pernah cukup... Kalau nak kata dia tak kaya... rumah dia di Kota Bharu tu lebih dari Istana... gaya hidup peh! amatlah mewah... kaya raya... kereta berderet-deret... tanah yang dimiliki saujana mata memandang... cara bercakap pun macam golongan aristokrat... barang kemas bertimbun... duit dalam bank melimpah ruah dengan beratur angka *000,000,000... pemilikan syarikat macam-macam ada hartanah ada, firma guaman ada, macam-macamlah... sampai memiliki kuda lumba untuk judi lagi... hobi masyaAllah macam-macam... tapi yang paling famous minum la... air setan yang mahal-mahal pulak tu....

Tapi ni dah melampau... Abis tu takkan tak cukup sampai bangunan UMNO pun kau nak kebas... kata perjuangan... jaga amanah sewaktu jadi ketua bahagian... ni baru Allah bagi sikit naik sebagai pemimpin (dulu) dah tumbuh tanduk jadi licik dan penyamun... manusia jenis apa ni??? ka bukan manusia sebab banyak sangat minum air setan dah trasform jadi setan.... he he he...

kalau menanglah Zaid di Hulu Selangor... aku tak dapat bayangkan alamat jadi padang jarak-padang terkukurlah Hulu Selangor hutan nescaya ditebas... macam-macam projek kroni naik percayalah... satu persatu milik masyarakat hulu selangor jadi milik Zaid Araki Alkudari...

Sumber Utusan

UMNO Kota Bharu minta Zaid serah bangunan

KOTA BHARU 20 April - Lebih 100 ahli UMNO Bahagian Kota Bharu berhimpun secara aman di Jalan Sultanah Zainab di sini bagi membantah sikap bekas ketua mereka, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa cuba menjual bangunan milik parti tersebut dengan harga berjuta ringgit.

Kesemua ahli terbabit berkumpul di hadapan bangunan itu mulai pukul 2.30 petang ini dengan membidas Zaid yang dikatakan bersikap tidak amanah dan melanggar perjanjian apabila premis parti bertukar menjadi miliknya.

Malah sebelum ini Setiausaha UMNO bahagian tersebut, Zulkifli Abd. Ghani telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu terhadap Zaid yang didakwa telah mengambil-alih sebuah syarikat milik parti tersebut, Umbak Baru Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik tanah bangunan itu pada Februari lalu.

Zulkifli berkata, apabila dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu pada tahun 2001, Zaid telah mengambil-alih syarikat itu dan memegang amanah bagi pihak parti tersebut.

"Selepas tewas kepada Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh pada pemilihan bahagian yang lalu, dia cuba untuk menjual bangunan ini kepada pihak ketiga.

"UMNO Bahagian Kota Bharu telah memasukkan kaveat persendirian untuk menahan penjualan tanah dan bangunan tersebut kerana ia adalah hak milik kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian tersebut, Datuk Kamarudin Abdullah yang mengetuai perhimpunan aman itu memberitahu, Zaid telah menggadaikan tanah dan bangunan itu kepada Bank Rakyat sebanyak RM5.3 juta beberapa tahun lalu.

Katanya, pengurusan bahagian itu telah menghantar surat kepada Zaid untuk berbincang dan mengambil semula bangunan tersebut tetapi beliau meminta pihaknya membayar sebanyak RM9.5 juta melalui surat yang dihantar pada April 2009.

"Tanah ini sebenarnya didaftarkan atas nama Umbak Baru Sdn. Bhd. pada 20 November 1983 kerana parti tidak boleh memohon tanah dan ia digunakan untuk membina bangunan Pejabat UMNO Kota Bharu dan kompleks perniagaan.

"Bangunan pejabat itu kemudiannya dibina sehingga 80 peratus sebelum terbengkalai dan Zaid telah menunaikan janji pada pemilihan bahagian untuk membina bangunan itu sekiranya menang pada tahun 2001.

''Beliau hanya membina 20 peratus sahaja manakala selebihnya dilakukan oleh UMNO bahagian ini oleh kepimpinan terdahulu," katanya.

Ujarnya, selepas perbincangan dilakukan, pada Oktober lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghantar surat melalui wakilnya dengan mengurangkan harga bangunan itu kepada RM8 juta sahaja.

Tambahnya, Zaid tidak pernah mendedahkan kos sebenar yang dikeluarkannya untuk menyiapkan pembinaan bangunan tersebut dan pihaknya tidak pernah bertanya pada ketika itu kerana percaya serta yakin beliau berpegang kepada amanah yang diberikan.

.

KERAJAAN PAKATAN KEDAH GOYANG - BAKAL TUMBANG SEPERTI DI PERAK

Salam Perjuangan...


Daripada sumber yang dipercayai... mungkin majoriti kelebihan 4 kerusi DUN oleh kerajaan PAKATAN-PAS akan tumbang dalam tempoh terdekat ini... paling awal mungkin selepas pilihanraya kecil Sibu... disebabkan itu MB Kedah Azizan sibuk mencanang mereka bersedia berhadapan dengan pembubaran DUN seterusnya memaksa pilihanraya DUN negeri itu...

Setakat ini senarai pendek menunjukkan sekurang-kurangnya 6 ADUN berniat meninggalkan PAKATAN-PAS kerana masalah dalaman serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ANWAR IBRAHIM al Lewaati serta masalah konflik dalaman kuasa pentadbiran diantara PAS, PKR dan DAP.

Apapun jangan percaya sangat he he he dalam politik macam-macam boleh berlaku... tup tup tup esok tumbang... atau tahun depan tumbang mana tau... selamat menjaga kerajaanlah ya Pak Zan (Azizan)...

Sumber : UTUSAN

Azizan sedia bubar DUN

ALOR SETAR 21 April - Tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu atas beberapa faktor turut memanaskan lagi suhu politik di negeri ini.

Terbaru, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

"Kalau saya sudah rasakan perlu, saya akan menghadap Tuanku Sultan Kedah memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan politik di negeri ini berikutan tindakan keluar parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang menjadi wakil rakyat Bebas selain timbulnya khabar angin kononnya akan ada lagi ADUN pembangkang lain mengikut jejaknya.

Azizan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya pada masa ini tidak tergugat dengan apa yang berlaku.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang bahawa mereka akan terus kekal menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kedudukan terkini daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri (20 Kerusi Pakatan)


Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang masih berada dalam kes mahkamah ditambah sokongan Bebas dua ADUN (15 Kerusi BEBAS-BN)

TIMBALAN KETUA AMK BUANG POSTER BN-UMNO DI HULU SELANGOR : DITAHAN POLIS

Timbalan Ketua AMK Ditahan Polis, Buang Poster BN.

Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang tadi ketika sibuk menurunkan kain rentang BN.

Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Semasa orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain.

Inilah perangai busuk perut dan mentaliti dibawah paras cerdik pencacai-pencacai PR.

Puak-puak mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik gampang mensabotaj bahan kempen BN.

Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan.

* NOTA :

Kalau Pemimpin PKR dah bersikap dan perangai busuk macam ni layakkah kita naikkan selaku mereka memimpin Kerajaan... peribadi sebegini tak layak dipanggil pemimpin... pemimpin rusuhan, keganasan dan tunjuk perasaan bolehlah... kalau memimpin negara alamat jahanam... gelap masa depan anak cucu kita kelak...

Kepada rakyat dah boleh tengok perangai dan wajah sebenar mereka yang rakus berjuang demi kuasa ini... jangan perjudikan nasib kita... hentikan menyokong pergerakan yang menjahanamkan dan mengkhianati ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA...

Fikirkanlah semula... tepuk dada tanya iman...

ISU APCO : ANWAR LAGI DAHYAT GUNA PERUNDING TERUS YAHUDI - APPC

Salam Perjuangan


Tuduh Kerajaan dengan isu APCO - walhal terbukti tiada perkaitan terus kontrak berkenaan terus dengan YAHUDI...

Nah! sekarang kita tengok ANWAR al-Laknati... terbongkar sudah ANWAR ADA PERKAITAN TERUS DENGAN YAHUDI malah bekerjasama erat pulak tu... didedahkan oleh EZAM...

Allah maha kaya... satu persatu telah terlondeh... mana mereka yang kuat mengutuk dan memfitnah kerajaan tu... sekarang ANWAR lagi dahsyat berhubung terus dengan yahudi demi menaikkan imejnya.... masyaALLAH...

SUMBER : Unit Media Wangsa Maju

PRK HULU SELANGOR : ANWAR WAJIB JAWAB PETUDUHAN !!!


Saudara Ezam Mohd Nor mendedahkan sebenarnya ANWAR IBRAHIM adalah boneka ZIONIST dan ISRAEL. Beliau kelihatan 'confident' berkata masih mengumpul setiap bukti bukti yang pasti mengaitkan ANWAR dengan pemimpin pemimpin ZIONIST.

Saudara Ezam berkata 'dossier' atau maklumat akan diserahkan kepada ahli ahli Parlimen hari ini. Salah satu maklumat yang akan diserahkan adalah sewaktu ANWAR menjadi Pengerusi Foundation for The Future (FFF) satu surat bertarikh 1 Oktober 2006 ditujukan kepada kounselor Bank Dunia pada ketika itu, Robin Cleveland untuk teman wanita Paul Wolfowitz (Shaha Ali Riza) dipinjamkan ke yayasan FFF.

Surat itu jelas membuktikan ANWAR menjadi boneka ZIONIST semata mata untuk menutup skandal Paul Wolfowitz yang merupakan arkitek perang Iraq.

Saudara Ezam juga berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana mana mahkamah dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat dakwaan beliau.

Saudara Ezam juga mendedahkan bahawa ANWAR sebagai hipokrit kerana sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990, ANWAR telah menggunakan khidmat pelobi YAHUDI iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC) untuk menaikkan imejnya di persada antarabangsa.

Saudara Ezam juga menyatakan ANWAR telah menerima sejumlah besar peruntukan dari APPC bagi menaikkan imejnya.

Sumber : Berita Utusan

‘Anwar boneka Israel’

HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.

Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.

‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.

Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.

‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.

Renungkan semua.... Tepuk dada... tanya Iman..........



Wednesday, April 21, 2010

WANITA PKR PERAK LUMPUH : 3 PEMIMPIN KELUAR PKR-PAKATAN

Panas !!!!: semakin ramai tinggalkan PKR

Roshanita berbaju merah jambu dan Suraya berbaju koko.

Dua pemimpin wanita PKR Perak mengumumkan keluar parti bagi menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Ketua PKR Tanjung Malim merangkap Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Wanita Perak merangkap Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd basir umum keluar PKR - bernama

Jelas Moral jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semakin merudum denagn berita itu.

Keputusan itu, kata mereka berpunca daripada kebimbangan hilangnya suara politik Melayu dalam pakatan pembangkang yang semakin dikuasai DAP selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mirip seorang diktator.

ULASAN :

Ketua Penerangan Wanita PKR tu yang keluar... kalau ketua cabang lain aku tak heran... ketua yang mengetahui maklumat sulit dan hal ehwal penerangan PKR yang keluar... pasti mereka mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu malahan maha dahsyat sehingga mereka sanggup meninggalkan perjuangan yang telah mereka dokong lebih 10 tahun itu...

Lagi yang pening Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Perak turut keluar... bukan depa ni terpilih ke jawatan itu kerana ketaaran dan kesetiaan yang tak berbelah bahagi ke??? ni tukar kapal sure sebab yang amat konkrit ni... lepas ni harap dapat dedahkan taktik kotor PKR...

Ramai dah keluar... yang lain apa tunggu lagi...

.

ZAID DI SINDIR DI AJAK MINUM OLEH PENGUNDI CINA HULU SELANGOR

P94 (8) ZAID DITEMPELAK OLEH ORANG CINA

Wa kah...kah...kah....

Kejadian ini berlaku pada 19.4.2010 semasa Zaid , exco bogel dan rakan-rakannya turun berkempen di kawasan cina sekitar Hulu Selangor. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh jurugambar Minaq Jinggo dan diceritakan olehnya di fotopages beliau.

Kejadian didalam bangunan persatuan Cina ini berlaku begitu cepat dan tanpa dijangka. Lelaki Cina separuh umur yang berdiri disebelah kiri telah menempelak Zaid dengan kata2 "Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".

Zaid jelas terkejut dan tidak senang dengan kata2 tersebut terus pusing dan beredar dari meja tanpa membalas. Tian Chua pula cepat2 mengambil langkah "damage control".

Klik sini untuk melihat gambar-gambarnya

NOTA :

MasyaAllah itulah dia... kalau pemimpin sebegini kita undi dan naikkan jadi pemimpin nescaya ummat ISLAM akan dijadikan bahan cemuhan, jenaka dan sindiran oleh maysarakat bukan ISLAM... kata beragama Islam... menjadi tokoh pemimpin... tapi melanggar dan buat perkara yang berdosa serta ditegah dalam Islam... Lihat sajalah belum apa-apa penduduk bukan Islam dah berani buat lawak bangsat kepada Zaid Ibrahim a.k.a Araki al Kudari.

Sudah tidak ada pemimpin lain yang berjiwa Islam sebenar ke kita nak naikkan... kepada rakyat lihatlah... kalau individu ini (zaid Ibrahim) yang terbukti gagal menjadi pemimpin semasa didalam UMNO dan Kerjaaan... serta sudah ditolak dan dipertikai rakyat khususnya di Kota Bharu - tempat dia dilahirkan, bertapak dan dikenali dari kecil hingga besar... takkan pengundi di hulu selangor yang bijaksana nak membuat kesilapan terbesar dengan mengundi Zaid Araki al Kudari...

Jangan bersubahat dengan pergerakan mengkhianati ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA

Fikirkan sendiri... tepuk dada tanya iman

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.