KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Friday, February 6, 2009
PERISTIWA PERAK HARI INI : PAKATAN RAKYAT SAMSENG GANAS MERUSUH DI KUALA KANGSAR
MAJLIS ANGKAT SUMPAH AKAN TETAP DITERUSKAN DISEBALIK RUSUHAN DAN TUNJUK PERASAAN GANAS PENYOKONG PAKATAN RAKYAT...
ANWAR DAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT LAIN TIDAK KELIHATAN LANGSUNG MENYERTAI DEMONSTRASI GANAS DAN MERUSUH SEBALIKNYA BALIK KE KUALA LUMPUR MEMBIARKAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SENDIRIAN MENJADI KAMBING HITAM AGENDA POLITIKNYA...
INILAH WAJAH SEBENAR PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT... PENYOKONG HANYALAH ALAT UNTUK MATLAMAT... DIKORBANKAN ATAU DIBIARKAN BERKORBAN
BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT UPACARA ANGKAT SUMPAH SELAMAT DILAKSANAKAN - KERAJAAN BN TERUTAMA UMNO KEMBALI MEMERINTAH PERAK SEMULA SELEPAS 10 BULAN PERAK DI SELUBUNGI AWAN HITAM... ISLAM DAN HAK MELAYU TERGADAI. JANGAN ADA LAGI PERISTIWA HITAM SEBEGINI BERLAKU LAGI HENDAK-NYA - Pakatan Rakyat jangan buat kecoh lagi dan jangan jadi orang bodoh... MB Perak Sah Kini HANYA SATU... IAITU Y.B Datuk Zambry Abd Kadir... segalanya adalah sah mengikut lunas undang-undang dan menjadi hak Sultan memperkenankan perkara ini... rakyat perak jangan peduli dah pada Pakatan Rakyat yg dah gila meroyan tu... bersatu kita bangunkan semula Perak... dengan azam baru tanpa mementingkan mana-mana kaum seperti sebelum ini...
Kemaskini 4.12pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.
kemaskini 4pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat dengan mengambil idea bernas mencontohi langkah ketua pembangkang Anwar Ibrahim semasa Anwar melobi MP BN sehingga mengejar mereka ke Taiwan dahulu dalam merealisasikan hasrat "Merampas kuasa" ke PUTRAJAYA. Terima Kasih Anwar...
kemaskini 3.55pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.
kemaskini 3.48pm
Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah. Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.
kemaskini 3.36pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi. Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
kemaskini 3.33pm
Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur. Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.
kemaskini 3.25pm
Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.
kemaskini 3.20pm
Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat. Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.
kemaskini 3.18pm
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.
kemaskini 3.11pm
Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana. Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.
kemaskini 3.08pm
Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.
kemaskini 3.05pm
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memasuki Istana Iskandariah, jam 3.05 petang dengan diiringi konvoi diraja bagi upucara angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru.
kemaskini 3.01pm
Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.
kemaskini 2.58pm
Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.Jumlah mereka dianggarkan 2,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.
kemaskini 2.50pm
Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.
kemaskini 2.40pm
Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.
kemaskini 2.26pm
Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.
kemaskini 2.21pm
Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.
kemaskini 2.15pm
Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka. Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap "lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.
kemaskini 1pm
Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.
kemaskini 12.40pm
Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut. Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini. Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.
kemaskini 12.10pm
Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.
kemaskini 12.01pm
Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.
kemaskini 11.50pm
Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.10.45pm Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.
kemaskini 10.20am
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.
kemaskini 10.15am
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum diminta keluar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.
Abdul Rahman juga wartawan meninggalkan bilik tersebut. Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.
kemaskini 9:40am
Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.
kemaskini 9.30am
Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.
PAKATAN RAKYAT DAN SI DERHAKA NIZAR: MENGAMUK GILA BABI, MERUSUH & HILANG AKAL
Jelas inilah wajah dan belang sebenar pemimpin Pakatan Rakyat... Dahlah Menderhaka kepada Sultan siap nak mengamuk lagi... kenapa dulu waktu DAP nak geran tanah bagi orang cina dan rendahkan taraf mufti negeri Nizar tak mengamuk... macam hilang akal gamak nya si Nizar ni... ups! lupa baru naik Camry sebulan dah nak kena tarik mana tak mengamuk... Apapun baca dulu petikan dibawah :-
Utusan : Mohammad Nizar masuki pejabat 9.43 pagi
06/02/2009 11:12am
IPOH 6 Feb. - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama beberapa Exco dilihat memasuki pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pukul 9.43 pagi ini dan kemudian meninggalkan pejabat itu pukul 10.38 pagi. - Utusan : Sah gila talak Nizar ni... jelas dah awak dah tak jadi MB... nak masuk ekrja juga, agaknya last-last minit nak simpan ka, sorok ka, musnahkan ka fail-fail sulit bukti nanti kantoi pulak kata Anwar ko datang jelah kerja... atau Nizar dah insaf nak kerja kuat last day sebab 10 bulan dulu tak nak kerja kuat sibuk membela kaum cina...
Utusan : Mohammad Nizar diarah keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan
06/02/2009 11:55am
IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak yang sah diarah keluar dari pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini. Beliau diarah keluar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.06 pagi ketika Mohammad Nizar sedang mengadakan sidang akhbar di pejabat Menteri Besar sebelum Abdul Rahman masuk dan meminta semua yang berada dalam bilik termasuk termasuk wartawan keluar.
Tindakan Abdul Rahman itu menaikkan kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pakatan pembangkang yang bertindak menyerbunya tetapi berjaya dihalang oleh anggota polis. - Tu dia Nizar datang bawak gengstar & penyamun masuk Pejabat MB - sah mentaliti Pakatan Rakyat mentaliti rimba.. mentaliti orang tak bertamadun.. oarng jalanan "Anwar Kata"
Malah, Mohammad Nizar sempat menjerit `What the hell' bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri itu.Mohammad Nizar bersama beberapa `Exco kerajaan negeri' kemudiannya keluar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pukul 10.40 pagi. - Utusan
: Peh! nizar dah mula mengamuk... tulah lantik MB yg biasa panjat tiang pasang bendera... mana ada budi bahasa dah, mulut main celupar je caci maki orang. Nasib baik Nizar kata `What the hell' kalau dia kata " What the F**K going on" amacam... puas Ulamak (Ular Dalam Semak) PAS berhujah menghalalkan tindakan dia...
UTUSAN : Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan - Sah Nizar tekena virus "GILA BABI" semasa melawat ladang babi di KEDAH dan SELANGOR... dah lah menderhaka... nak saman SULTAN PERAK... masyaALLAH, ha nampak sekarang semua betapa gilanya kesemua pemimpin pakatan rakyat... gila apa??? semua orang Pakatan Rakyat ni GILA KUASA... KETAGIH KUASA... bayangkan kalau seluruh negara jatuh ketangan mereka... rasa-rasa apa akan jadi kepada nasib anak cucu kita... org gila kuasa pasti nak kekal berkuasa selamanya... ALLAH nak beri kita petunjuk ni... marilah kita insaf dan bersyukur seterusnya tinggalkan perjuangan demi pemimpin GILA KUASA & KETAGIH KUASA seperti pakatan rakyat ni...
KITA TENGOK SIAPA MANGSA SEBENAR KEDEGILAN NIZAR INI??? SIAPA YANG MENDERITA???
Berita Harian: 2,000 penyokong pakatan berarak ke Istana Iskandariah (kata seratus ribu...)
KUALA KANGSAR: Kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat berarak dari Masjid Ubudiah, di sini, selepas selesai solat Jumaat jam 2.15 petang tadi ke Istana Iskandariah. Tindakan mereka berarak ke istana berkenaan bagi membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar baru Perak serta pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Anggota Unit Pencegah Rusuhan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan kumpulan terbabit. - lihat sendiri... mangsa adalah rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengadaikan dan mengorbankan pengikut mereka untuk menjadi kambing hitam perjuangan mereka... penunjuk perasaan ini akan ditangkap diheret kemuka pangadilan... ada ke Anwar? ke Azmin? ke Khalid Ibrahim? ke Karpal Singh atau Nizar sendiri pergi bersama-sama mereka baring atas jalan raya... atau baling batu kepada polis... tak ada sebab mereka golongan superior pemerintah "suci" kerja kotor biar pengikut berkorban...
Maklumat teman dapat kebanyakannya penunjuk perasaan ini adalah orang luar datang dari selangor dan pulau pinang manakala rakyat perak sendiri syukur kerajaan bertukar... kenapa org luar pula yang nak lebih-lebih... Jelas Anwar dan Pemimpin PR lebih rela negara huru-hara dan lebih mementingkan kuasa berbanding kesejahteraan... keamanan... dan kebajikan (janji Pakatan Rakyat) keseluruhan rakyat... Moga Allah membantu kita yg berada di pihak yang benar mengalahkan golongan munafik ini... Allahhuakber!
Renung-renungkan Teguhkan Pendirian Teruskan Perjuangan... Allahuakbar!
MAJLIS ANGKAT SUMPAH MB PERAK : BIODATA DR. ZAMBRY ABD KADIR
..
..
- Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47
- Nama beliau memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Anugerah Kepujian (PhD) 1995
Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
Ketua Umno Bahagian Lumut
Adun Pangkor (sejak 2004)
Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
TAMPARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT : PERAK TUMBANG DALAM IMPIAN KE PUTRAJAYA
Salam Perjuangan
Edit dari sumber UTUSAN - Tamparan kepada pembangkang
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Tindakan lompat parti yang selama ini dianggap 'penawar' bagi pembangkang untuk merealisasikan impian menubuhkan kerajaan sebagai usaha ke PUTRAJAYA oleh Anwar Ibrahim akhirnya menjadi 'racun' seperti yang berlaku kepada kerajaan negeri Perak hari ini. Kalau masih ingat hinggakan MP pembangkang mengejar MP BN ke Taiwan kononnya nak memujuk MP BN menyertai Pakatan Rakyat. Waktu itu Pakatan Rakyat menanggap tindakan sedimikian adalah demokratik...
Perkembangan politik di negeri Perak ternyata memberi tamparan hebat kepada pakatan pembangkang yang selama ini mengharapkan pendekatan lompat parti sebagai jalan mudah untuk membentuk kerajaan. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pakatan pembangkang, pendekatan lompat parti adalah tindakan yang demokratik dan tidak salah kerana mereka sentiasa mahu menarik orang dari Barisan Nasional (BN) terbukti dengan kejadi di TAIWAN, siri perjumpaan Anwar dan MP BN di Sabah & Sarawak.
''Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan BN buat seketika waktu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebutkan ia sebagai satu tindakan yang demokratik kononnya tanda UMN & BN Perak tidak lagi relevan & sebagainya... termasuk Nizar sendiri berkata semua perlu menghormati pendirian beliau (ADUN Bota) - tindakan lompat parti.
''Maka, kini dia tidak boleh berhujah lagi kerana inilah perkara yang mereka harap berlaku selama ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Kerjasama Bidang Penerangan Malaysia-Negara Brunei Darussalam di sini hari ini.
Namun kini apa sudah jadi... kenapa Pakatan Rakyat macam lembu naik minyak... kata haram lah... tak demokratik lah... dan kata-kata keji lain... dulu mereka juga yang halalkan... betul tak??? terbukti dengan kenyataan Anwar dan pemimpin pakatan lain menghalalkan lompat parti sebagai jalan menuju PUTRAJAYA dan jalan singkat mendapat kuasa...
Apakah kalau mereka yang lakukan itu HALAL dan kalau selain mereka lakukan tindakan sama HARAM pula hukumnya??? Lihat betapa munafiknya pemimpin Pakatan Rakyat ini... cukuplah kita ditipu dengan pembohongan demi pembohongan... kita jangan biar diri kita terus diperbodohkan... belum lambat untuk kita berani berubah...
Teruskan Perjuangan
NIZAR PENDERHAKA : LAWAN TITAH SULTAN PERAK
Salam Perjuangan
Ini masalah besar kalau Bekas MB Nizar dan Pemimpin Pakatan Rakyat terutama mastermind dia Anwar memiliki mentaliti orang jalanan... macam tak berpendidikan... dan meletakkan diri dan kepentingan kumpulannya (pakatan Rakyat) lebih tinggi berbanding undang-undang negara. Kini dia rela menjadi rakyat derhaka demi Anwar, DAP dan PR... generasi mendatang akan mengingati beliau sebagai MB yg derhaka yang pastinya anak cucu nizar akan mendapat malu sepanjang hayat... Rujuk Sini dan Di Sini

Lihat Jelas arahan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak mengarahkan MB undur dan DUN tidak dibubarkan... KENAPA NAK LAWAN LAGI NIZAR??? Rujuk Sini

Kita bangsa melayu menjunjung tinggi institusi beraja... jika putih katanya maka putih lah kata kita... "raja yang adil raja di junjung... kuasa mutlak bubar DUN lantik MB kuasa sultan. Jangan pulak geng penyamun macam Anwar dan pemimpin pakatan rakyat rasa dia lebih hebat nak letakkan undang-undang ikut kepala bapak mereka...
Sultan Perak merupakan bekas ketua hakim negara... kenapa Nizar rasa beliau lebih arif tentang undang-undang??? Karpal Singh sendiri kata tiada guna melawan keputusan SPR sahkan 3 adun berkenaan masih ADUN sebab terikat kepada keputusan mahkamah 1992. Lagipun surat perletakan jawatan ADUN itu taktik kotor ANWAR Munafik dan PKR Perak... kerana ditandatangani tanpa tarikh... ini ke pergerajan yg kata nak daulat Islam lah... perangan tak menggambarkan langsung...

Nak bubar DUN apa? sultan perak sendiri puas hati BN cukup majoriti... 3 bebas dah jumpa sultan mengaku sendiri tanpa paksaan bersama BN apa lagi yg nak dibuktikan??? Mana-mana parti atau gabungan yang memiliki majoriti kerusi berhak mempersembahkan pada sultan cadangan nama untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar seterusnya membentuk pentadbiran negeri...
Sultan ada hak dan telah menggunakan hak itu ketika ini... terima lah...
Takkan nak jadi muka tak malu... kurang ajar... PENDERHAKA??? kalah buat cara kalah... Sultan murka dulu siap Raja Muda Perak menitiskan air mata mengenangkan nasib bangsa melayu Perak kau buat bodoh jekan NIZAR sbb lebih baik jaga hati DAP CINA BANGSAT betul tak???
DAULAT TUANKU SULTAN PERAK... USIR PENDERHAKA, LUCUTKAN GELARANNYA...
TITAH SULTAN PERAK ISU PERALIHAN KERAJAAN PERAK
Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yangditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.
Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
DYMMPaduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Thursday, February 5, 2009
KRONOLOGI : PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU BN PERAK
kemaskini : 10.55pm
Maklumat menyatakan hampir 60% yang berhimpun dan cuba membuat kekacauan adalah orang luar yang dibawa oleh pemimpin pakatan rakyat luar perak... 40% orang perak yg hadir adalah kebanyakannnya cina dan india... melayu yang hadir merupakan fanatik PR - Pakat Rela (jadi boneka DAP)... rakyat perak tidak mahu terikut-ikut rentak MB Nizar selaku boneka DAP lagi... walaupun kenderaan bertali arus bukan kerana mahu hadir memberikan sokongan sebaliknya kesesakan disebabkan perhimpunan dan kekacauan lalu lintas oleh penykong Pakatan Rakyat.
kemaskini 10.45pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.
kemaskini 9.15 pm
RTM menemuramah Y.B Dato' Zahid Hamididi TV 1 - Dato' Zaid berharap semua pihak dapat menerima secara terbuka kerana proses itu sah mengikut undang-undang waktu BN tewas kita terima dengan hati terbuka secara gentleman walau kita boleh pertikai kerana Pakatan Rakyat bukan gabungan berdaftar secara sah seperti BN yg mana ada ruang keraguan & pertikaian kerana kalau mengambil kira parti terbanyak menang pastinya BN layak...
Tapi kita akur... menerima hakikat dan kini apa bila BN memiliki majoriti mereka juga perlulah akur seperti BN dahulu... Dato' Zahid percaya kalau hal ini diselesaikan oleh ORANG NEGERI PERAK SAHAJA dia pasti tiada masalah melainkan ada org luar yang pula melebih-lebih memainkan isu ini ( Anwar, Azmin, Khalid, Lim Guan Eng, Karpal da lain-lain) bimbang lain pula jadinya.
Tambahnya orang Perak dah lama merana... hingga timbul kekesalan kerana mengundi Pakatan Rakyat... pelbagai isu yang merentap perasaan org melayu... kini kita harus bersyukur Allah SWT memberikan peluang kedua yg harus kita hargai bukan sahaja rakyat tetapi pemimpin BN [erak untuk membuktikan dan meraih semula kepercayaan rakyat.
kemaskini 8.35 pm
RTM menemuramah Datuk Dr Zambry Abd Kadir di TV 1 - Y.B Menteri Besar meminta semua rakyat perak bertenang dan kembali bersatu dibawah pimpinan baru demi masa hadapan perak dengan mementingkan proses Musyawarahm, tolak ansur dan menjadikan sejarah sebagai inti pati rujukan utama dalam sebarang keputusan.
kemaskini 8pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.
Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.
Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.
kemaskini 7.50pm
Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.
kemaskini 6.26pm
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang. Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.
kemaskini 6.13pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."
kemaskini 5.52pm
Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.
kemaskini 5.01pm
Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.
kemaskini 4.55pm
Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut
kemaskini 4.50pm
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.
kemaskini 4.40pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.Beliau juga berkata,
"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.
Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama."Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.
kemaskini 4.05pm
Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing. kemaskini
kemaskini 3:04pm
Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah pula kini kononnya menjadii sasaran BN susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti. Difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.
kemaskini 3.20pm
Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi. Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan. Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.
Kemaskini 2.33pmSultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
kemaskini 2.14pm
Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.
kemaskini 2pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.
kemaskini 1:33pm
Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.
Masa : 1.16 PETANG
“Alhamdulillah. Ia petanda baik,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik keluar dari Istana Kinta di sini selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta pada 12.45 tengah hari kelihatan tersenyum selepas menghadap selama 20 minit.Beliau yang sebelum itu menghadiri majlis perasmian Ladang Padi Gedung Sime Darby oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ladang Tali Air, Bagan Serai, kira-kira 130 kilometer dari sini, kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis pada pukul 11.40 pagi.
Menteri Besar tersebut dilaporkan sempat memberitahu pemberita bahawa beliau telah dipanggil menghadap oleh Sultan Azlan Shah di Istana Kinta. Sebelum ketibaan Mohammad Nizar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim kelihatan memasuki istana pada pukul 12.15 tengah hari. - Bernama
Masa: 12.45 tgh
Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta untuk mengadap DYMM Sultan PErak
Masa 11:48 pagi
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai.
Masa kira-kira 11.45 pagi
Menteri Besar Perak menerima panggil menghadap DYMM Sultan Perak menjelang tengah hari ini dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.


Masa 11.35 Pagi
Dato' Seri Najib bersam 4 Adun keluar dari Istara Kinta kembali semula ke bangunan UMNO dengan disambut tepukan gemuruh pukul 11 pagi tadi. Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri. Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Timbalan Perdana Menteri kini mengadakan sidang akhbar dipercayai bagi memaklumkan hasil pertemuan dengan Sultan Perak berhubung pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak. – Utusan
Masa : 10.55 pagi
Dato' Seri Najib kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada jam 10.55 pagi ini.
Masa : 10.35 - Dato Seri Najib Meninggalkan Istana
Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.
Masa : 9.50 - Dato Seri Najib Mengadap DYMM Sultan Perak
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.
APA KATA KENYATAAN ANWAR : KERAJAAN PERAK TUMBANG
Sumber Malaysia Kini 5/2/2009 - Perhimpunan sokong MB Perak
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak. - Nak Jelas apa lagi? macam-macam isu kontroversi timbul di Perak... kebanyakan isu adalah mengambil hak Melayu dan beri pada cina... kemudian memeprndahkan agama Islam dengan cara licik dan tersusun idea sapa? Mastermind DAP menggunakan Nizar Lembu sebagai boneka DAP... kita nak kekalkan kerajaan macam ni memerintah lagi ke?

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat."Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi satu mesyuarat di ibupejabat PKR di ibunegara malam tadi. - Anwar minta adakan pilihan raya atas alasan apa? fikir dan fahami undang-undang atas alasan apa? 3 ADUN yg lompat adalah sah masih ADUN... masih ada kumpulan perikatan iaitu BN yang mampu membentuk kerusi majoriti mudah untuk memerintah dengan sah... situasi sekarang bukan majoriti ADUN keluar parti beramai-ramai jadi bebas yg memungkinkan perpecahan besar yg akhirnya memerlukan pilihan raya semua dengan pembentukan gabungan-gabungan baru... adalah menjadi hak kumpulan yang memiliki majoriti sokongan ADUN mengemukakan seorang calon kepada DYMM Sultan Perak untuk dilantik sebagai MB seterusnya membentuk sebuah kerajaan dengan perkenan Sultan. Sultan juga memiliki kuasa pemutus sama ada mahu membubarkan ADUN atau tidak dan berhak melantik MB yang dirasakan mendapat kepercayaan & sokongan majoriti ADUN. Anwar tak faham atau buat buat tak faham???
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.'Situasi tidak menentu'Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
He he he... ohh lupa lah dulu pun aku ada buat camtu kat Sabah... dah tua lupe....
Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat"."Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak."Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya. Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab - Ada bukti ke BN membuat cara-cara yg dinyatakan Anwar... ini boleh saman Anwar 20 Juta sebab buat fitnah pada BN... setahu saya ADUN berkenaan sendiri yang mahu bertemu TPM untuk berbincang kemungkinan bekerja sama atas alasan bosan pergolakan dalaman dalam Pakatan Rakyat Perak... Hasilnya persetujuan bersama BN yg meruntuhkan Kerajaan PR Perak... Takkan ANWAR tak ingat... Anwar jugalah menggunakan taktik mengugut, membeli dan melarikan Adun waktu menjatuhkan kerajaan Sabah dibawah pimpinan PAIRIN KITINGAN suatu ketika dahulu... itu lagi teruk 2 minggu sahaja kerajaan pairin bertahan... Anwar dengan pelbagai taktik meranapkan demokrasi di SABAH sampai ada yg kata lepas jumpa Anwar boleh dapat 2-3 Briefcase... BN tak pernah buat apa yg ini Anwar buat sebab buktinya 10 bulan PR memerintah kalau BN buat mungkin tak sampai seminggu dah jahanam kerajaan PR ini.... 10 bulan kita bagi apa yg PR buat selain menjahanamkan ISLAM & Melayu??? Habis kalau Anwar buat baik lah... contoh usaha membeli Ahli PArlimen BN sampai kejar ke TAIWAN... Orang lain buat Tak bertanggungjawab... Apa punya munafik Anwar ni... JAWAB?
Jangan bagi tau saya bohong tau... yang penting matlamat nak dapat kuasa tu... jalan tak penting... ingat ya semua pesanan Pak Sheikh
Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR." Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya .'Kembali kepada rakyat' Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib. - Itu hak Nasaruddin lah dulu dia lompat tinggalkan UMNO mungkin rasa UMNO dah buruk sangat dah... bila masuk PKR tengok-tengok masyaALLAH lagi 100 kali buruk... jadi apa salah dia masuk semula UMNO lagipun pemimpin UMNO memang nak pujuk dia balik... itu hak individu dan kebebasan berpersatuan. Abis kalau Anwar baik sangatlah macam Nabi takkan Ezam - insan yang menggerakkan Reformasi suatu masa dahulu, org kuat Anwar yg mengharungi 1001 kesusahan untuk membela dan akhirnya berjaya membebaskan Anwar meninggalkan dia... Dato' Nalla Karrupan, Dr Chandra dan banyak lagi semua tinggalkan Anwar kenapa??? hipotesisnya boleh kita katakan sebab ANWAR dah Rosak.. PKR dah rosak dan tidak membawa intipati perjuangan awal... sebab yang ada sekarang sebuah perjuangan demi mendapatkan kuasa... itu sahaja betul tak???Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan. "Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau speaker. Kamu adalah exco, orang dijalanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya. - Dah nama perjumpaan dan perbincangan sulit takkan nak bagi tahu semua orang... apa lembu Anwar ni org dijalanan pun tahu sulit maksudnya rahsia... MC ADUN tu kan ada dipejabat suka hati bapak dia nak pergi mana... lagi satu kalau bagi tahu anak bini saudara mara... boleh ke dia org simpan rahsia??? entah-entah kalau bagi tau Pak Sheikh guna CIA culik anak bini mereka dan ugut balik jangan tinggalkan PKR... kan bahaya tu... biarlah semua confirm baru umumkan... bukan macam Anwar terlampau banyak buat pengumuman kosong contoh dari bulan Mac tahun lepas janji tawan putrajaya sampai sekarang abuk pun tak ada... belum masuk janji-janji manis mu yg bermacam-macam... itulah wajah sebenar Anwar... nak sokong dia lagi?
Bantu aku dapatkan kuasa tau di Malaysia... habuan besar menanti anda... Percaya lah
Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka. "Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah "Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar. - Persolannya sekarang tiada sebab nak buat pilihanraya semua... kuasa ada pada sultan perak... Anwar siapa??? apa power dia ke dia??? selain disokong CIA dan Amerika... Keturunan penyamun adalah sebab waktu jadi TPM & Menteri kewangan peh! berpuluh Billion dia telan & sapu atas nama kroni-kroni dia... betul tak? kalau berani jawab lah... Kalau pulangkan pada rakyat pun nescaya BN akan memerintah sebab org melayu perak dah meluat pada Pakatan Rakyat yang dah Gadaikan Hak melayu dan Islam pada DAP & Cina... tapi org cina pulak akan memberikan sokongan solid pada DAP sebab suka dapat macam-macam dengan merampas hak melayu... akhirnya walau menang tapi dengan majoriti tipis sekali yang memungkinkan berlaku rusukan kaum sebab Melayu vs Cina... anwar memang nak ini berlaku sebab nanti dia boleh minta tolong Bestfriend dia Amerika dan Singapura untuk campur tangan... waktu tu 13 Mei sure jadi dan geng sungai manik, selempang merah, pekida dan banyak lagi akan aktif bergerak... takut pupus kaum cina di perak dan seluruh negara nanti... Kita kena fikri panjang mahu ke tu semua berlaku... tak payahlah... kalau nak korbankan dan bahayakan naya 26 juta rakyat Malaysia demi seorang insan munafik bernama Anwar baik lupakan...
Tabik Pada UMNO dan BN... tahu-tahu terus jadi je... tak macam aku cakap je lebih, sekali lagi TABIK!!!
Apapun Anwar... tak guna pandai cakap berdegar-degar tapi sebenarnya tin kosong... baik jadi resmi padi makin tunduk makin berisi seperti yang telah BN Perak tunjukkan... Terbukti kini Allah akan bersama pihak yang benar dan janji Allah itu pastinya benar yang mana Agama ISLAM itu akan tetap terpelihara hingga akhir zaman nanti walau pelbagai cubaan meratah rakus kesucian agama ALLAH ini....
Oklah... betul dah cara BN & UMNO tu... kita terima Kerajaan Pakatan Rakyat Runtuh di Perak.... Saya menyesal memecah belahkan masyarakat... Aku Insaf... Amin moga Allah beri hidayah pada Saudar Anwar Brahim..