Friday, December 19, 2008

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA : Blog perlu ketengahkan komen yang wajar - Dr. M

UNTUK KENANGAN... Adik Mahirah Darwis, 14, (kiri) dari Kampung Puah, Gombak mengambil kesempatan merakamkan gambar Dr. Mahathir Mohamad pada sesi autograf buku tulisan beliau di kedai buku MPH Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.
Komen :

Disebalik kebebasan penulisan perlu mengambil kira tanggungjawab keseluruhan kita terutama kepada ISLAM, RAKYAT & MALAYSIA... kebenaran perlu ditegakkan bersama bukti kukuh & benar... kelemahan & keburukan perlu ditegur agar berlaku pembetulan... kebaikan & cadangan bernas perlu diutarakan agar dapat bersama membina negara sejahtera.

Kepada rakan Blogger kita harus insaf akan tanggung jawab ini... Jika penulisan itu merupakan fitnah yang membawa kepadan kucar kacir & huru hara nescaya bukan sahaja di dunia pastinya diakhirat juga azab & siksa pedih menanti penyebar & penyebab fitnah itu...kepada blogger yang pro pembangkang yang teramat gemar menyebarkan fitnah hingga menimbulkan kerosakan kepada masyarakat (telah terbukti banyak berita dari mereka merupakan fitnah)... berjuanganlah atas isu yang sebenar dan realiti semasa... usah timbulkan dan mencipta isu dan berita sensasi yang berupa fitnah hanya demi mempengaruhi rakyat menyokong mereka... Ingatlah dalam ISLAM "Matlamat tidak menghalalkan cara... "

Kepada pembaca Blog juga jangan lah begitu mudah terpengaruh terutama berita-berita sensasi dan yang memburukkan mana-mana pihak... selidiklah terlebih dahulu dengan mendapatkan fakta yang benar & tepat dari sumber sahih & dipercayai... jangan terus percaya dan sebarkannya kerana takut kita yang menjadi punca fitnah yang membawa keburukan kepada masyarakat... nilai lah sesuatu maklumat itu dengan akal fikiran yang waras bukan dengan emosi kebencian... kerana akhirnya "Kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan & pembohongan"

Renung-renungkan selamat berjuang.... ikuti berita penuh berkenaan


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pengendali laman blog perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dengan memastikan setiap yang ditulis adalah pandangan atau komen yang wajar.

Bekas Perdana Menteri berkata, mereka yang baru hendak menceburi bidang ini pula harus mempunyai pemikiran yang waras iaitu boleh bersifat adil dan tidak menggunakan kemudahan blog untuk melemah atau menjatuhkan sesiapa.

''Ini penting kerana pada saya, blog tidak harus ada penapisan (oleh kerajaan) tetapi pada masa yang sama, jika anda menulis dalam blog bagi tujuan ugutan untuk membunuh seseorang, maka ia tidak baik,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab sempena majlis autograf bersama pembeli buku tulisan beliau yang berjudul chedet.com - Blog Merentasi Halangan di sebuah kedai buku terkemuka di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Seramai 100 orang yang membeli buku tersebut hari ini diberi peluang eksklusif mendapatkan autograf Dr. Mahathir dalam sesi yang berlangsung selama hampir sejam itu. Buku berkenaan yang diterbitkan Berita Publishing Sdn. Bhd. telah dijual sebanyak 9,000 naskhah sejak dilancarkan kira-kira tiga bulan lalu.
Dalam sesi soal jawab tersebut, Dr. Mahathir turut menyeru golongan muda terlibat mengendalikan laman blog kerana ia boleh menajamkan kemahiran menulis.


Katanya, melalui blog juga, seseorang itu dapat meluahkan apa sahaja perkara yang diingininya kerana blog tidak terikat dengan ruang seperti dalam media.

Ditanya mengenai penerbitan memoir kisah hidupnya, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau belum dapat memberikan tarikh sebenar bila ia akan dapat disiapkan.

Menurutnya, ini memandangkan masih ada lagi perkara yang tidak memuaskan hatinya apabila setiap kali membaca drafnya dan ini menyebabkan beliau terpaksa melakukan pindaan dan pembetulan terhadap apa yang telah ditulis.

''Saya cuba tulis memoir lebih daripada enam tahun dan setiap kali saya baca akan ada lagi yang saya tidak puas hati, jadi saya tulis lagi.

''Jurutaip saya pun jadi penat sebab kena buat banyak pindaan sampai lima atau enam kali terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, saya pun tak tahu bila ia akan diterbitkan,'' jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya apakah kemungkinan media elektronik akan mengambil alih peranan media cetak suatu hari nanti sebagai media utama, Dr. Mahathir berkata, semua itu terpulang kepada kandungan berita yang disiarkan.

Menurutnya, kalau berita yang ditulis itu tidak bermakna atau mengarut, maka sudah tentu orang ramai akan menolaknya.

''Untungnya lagi dalam penulisan blog, kita tidak ada penapisan jadi kalau kita tulis sesuatu, maka semuanya akan keluar.

''Kalau bagi temuramah media, belum tentu lagi apa yang saya cakap keluar semua kerana mereka akan siarkan apa yang mereka nak sahaja, malah adakalanya keluar cerita apa yang saya tak cakap pun,'' ujarnya

PAKATAN RAKYAT JANGAN BELI CAMRY : DI PROTON RAMAI PEMBANGKANG

Salam Perjuangan

Mungkin pelbagai alasan dijadikan sebab untuk menghalalkan penukaran kereta kerajaan di negeri dikuasai pakatan pembangkang kepada CAMRY menggantikan PROTON.

SEBAB POPULAR PAKATAN RAKYAT TUKAR CAMRY

1. Kualiti kereta PROTON yang kurang baik - memang diakui ini terjadi tetapi proton boleh dianggap masih baru dibandingkan pengeluar kereta "import" yang dah berpuluh-puluh tahun menguasai teknologi ini. Atas dasar patriotik kerajaan WAJIB lah menggunakan PROTON - kepimpinan melalui tauladan... baru rakyat sokong PROTON... ini kalau pemimpin pun tak patriotik macam mana anak buah - jelas Pakatan Rakyat tidak Patriotik

Namun begitu hasil maklumat kita tahu 70% kakitangan PROTON merupakan penyokong pembangkang dan mereka buat kerja sambil lewa demi gaji dan OT sahaja... yang mana selaku penyokong pembangkang mereka tidak bersemangat tinggi dan patriotik dalam bekerja demi memajukan PROTON dan membanggakan negara... Kalau PROTON maju kerajaan (BN & UMNO) yang dapat nama... Kalau begitu salahkan saja mereka kalau kualiti PROTON tidak sebagus mana kerana dalam hati dan jiwa mereka milik pembangkang & dalam diam sikap mereka inilah yang mensabotaj PROTON....

2. Servis kereta ini dikatakan jauh lebih mahal berbanding - telah dinafikan oleh PROTON DISINI. Rasanya sesiapakun tahu servis PROTON lebih murah berbanding kereta import juga barangan gantinya - apakah ini menjimatkan???

Persoalannya apakah tindakan pembelian ini menuntungkan pembangkang??? tidak sama sekali yang mana menyerlahkan kelemahan pembangkang.

TERSERLAH IMEJ SEBENAR PEMBANGKANG & KELEMAHANNYA

1. Pembangkang TIDAK PATRIOTIK - tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat supaya menyokong produk tempatan dahulu - BUY MALAYSIA FIRST.

2. Menunjukkan pembangkang rakus mahu bermewah-mewah menggunakan wang rakyat walhal ternyata penukaran itu belum sampai masanya ( 5 tahun untuk setiap kereta) konon lebih menjimatkan sedangkan sesiapapun tahu servis PROTON lebih murah berbanding kereta import juga barangan gantinya

3. Ada maksud tersirat disebalik pembelian ini yang memungkinkan Pakatan Rakyat meraih laba keuntungan hasil penukaran kenderaan ini... siapa tahu ada individu yang mendapat keuntungan hasil tander pembelian kereta ini - mungkin agen kereta yang bersekongkol dengan mereka

4. Pembangkang tidak prihatin kebajikan rakyat - jika proton gulung tikar dan ditutup seramai hampir 5 ribu orang akan kehilangan pekerjaan termasuk dari syarikat vendor pembekal proton... ini membuktikan bukan menjaga kebajikan sebaliknya menjahanamkan...

5. Pembangkang tidak berfikiran strategik - Proton juga menyumbanga Jutaan Ringgit hasil cukai pintu di perak... kalau proton tutup apa yang akan diperolehi kerajaan perak? Tindakan Pakatan Rakyat Perak seperti "Diberikan Susu tetapi dibalas TUBA"

6. Pembangkang bakal kehilangan sokongan kerana kebanyakan atau hampir 70% kakitangan PROTON adalah pembangkang - tengok pembangkang menganiaya penyokong mereka sendiri... bukan mereka tak tahu - mereka sanggup mengorbankan penyokong mereka demi bermewah - kalau mereka kehilangan kerja nanti Pakatan Rakyat nak jaga kebajikan mereka ke?

Mengikut sumber di SINI - Ramai pekerja PROTON penyokong tegar pembangkang

Berikut Maklumat dipetik dari Blog Berkenaan :-

Untuk pengetahuan pembaca majoriti pekerja Proton adalah orang Kelantan,Kedah dan Perak.Zemi boleh katakan tujuh puluh peratus pekerja Proton ini adalah penyokong Pas.Malah info yang Zemi dapat daripada kawan-kawan Zemi yang masih bersama Proton sekarang,bukan saja penyokong Pas,penyokong PKR juga semakin ramai di dalam Proton sekarang.

Ini menunjukan Proton dikuasai oleh penyokong-penyokong Parti Pembangkang.Kalau kualiti Proton teruk maka pekerja-pekerja Proton yang menyokong Pembangkang inilah yang harus dipertikai. Untuk pengetahuan pembaca setahu Zemi sindrom politik kepartian terlalu kuat di dalam kilang Proton.

Mereka banyak membuang masa berpolitik daripada memberi tumpuan kepada kerja dan memberi idea-idea yang bernas kepada Majikan mereka.Dalam kepala mereka telah tersemat “peduli apa aku dengan kualiti bukan kereta aku nak pakai ,janji aku kerja, boleh buat OT cukup bulan dapat gaji”.

PROTON MASIH ADA KEKUATAN

1. PROTON merupakan syarikat yang menjaga kebajikan kakitangannya yang mana bekas kakitangan dan maklumat diterima PROTON diakui sebuah syarikat yang begitu menjaga kebajikan kakitangannya.

Berikut Petikan dari Blog berkenaan :-

Banyak pengalaman berharga yang dapat dikutip semasa di Proton. Malah Zemi boleh katakan kejayaan Zemi pada hari ini adalah sumber inspirasi daripada pengalaman bekerja di Proton. Mereka adalah Majikan yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikan Pekerja.

Malah jika ada Pekerja yang meninggal dunia diluar waktu kerja sekalipun mereka akan tanggung segala kos sehingga ke lubang kubur.Siap beri duit untuk tahlil lagi.Dan pelbagai lagi kemudahan lain yang diberikan oleh Proton kepada pekerja-pekerja mereka

2. Proton berjaya menembusi pasaran baru dan mendapat sambutan diluar negara membuktikan PROTON diterima diperingkat antarabangsa.

3. Kalau PROTON mahu dijual percayalah PROTON akan menjadi rebutan syarikat-syarikat kenderaan ternama kerana diyakini memiliki prospek dan asset terbaik untuk maju lebih jauh.

4. PROTON disokong teguh kerajaan (BN & UMNO) : Walaupun pembangkang menganggap tindakan sokongan oleh kerajaan kepada PROTON merugikan wang rakyat namun sokongan ini pasti membawa PROTON jauh maju kehadapan... sedar atau tidak tindakan Kerajaan (BN & UMNO) menyelamatkan PROTON semasa krisis kewangan sebenarnya telah berjaya menyelamatkan 5 Ribu pekerja PROTON dari hilang pekerjaan yang mana 70% daripadanya penyokong pembangkang....

KESIMPULAN : Kalau Pakatan Rakyat tetap nak beli siapa boleh halang... mereka dah ada kuasa mereka boleh buat apa sahaja... tahniah kepada pengundi pembangkang yang menggunakan kuasa undi untuk menaikkan mereka-mereka ini yang telah terbukti bukan menjaga kebajikan seperti dijanjikan sebaliknya terbukti lebih mementingkan penjagaan diri, bermewah & mengkayakan kroni serta menghabiskan wang rakyat....

Renungkan Apakah kita mahu mereka-mereka ini kekal nanti memerintah & memimpin kita???.... tepuk dada... fikirkan menggunakan akal fikiran waras tanpa berbaur emosi

Wednesday, December 17, 2008

PAKATAN RAKYAT BERLUMBA TUKAR KERETA : KEBAJIKAN RAKYAT???

Malas nak layan semua ini...

Biarlah depa tukar kereta depa berkuasa... Korang jugak yang undi mereka-mereka ni kononnya berjiwa rakyatlah... negara kebajikan lah... ha sekarang tengoklah mereka buat apa... padan muka kita semua... rupanya bila berkuasa mereka lupa janji-janji mereka sibuk mewahkan diri dulu...

Lepas ni kita tengok apa pula yang depa semua buat... fikir sendirilah dan buat kajian... kenapa lepas depa memerintah 5 bulan tiba-tiba kos selenggara kereta kerajaan naik mendadak... ada org murk-up harga ka... dulu sibuk nak berjimat ni kalau pakai kereta import lagi jimat ka... budak-budak pun tau servis bulanan kereta import ni lebih mahal berbanding kereta tempatan... tu belum tukar barang dia... jangan percayalah konon dapat jimat membohong jetu mereka ni... yelah demi pengaruh rakyat sokong depa... tak percaya tanyalah sesapa yang pernah pakai camry 2.4 kos servis tahunan dia berbanding kereta perdana...

Selangor dengar-dengar dah order CAMRY... Perak pun nak order CAMRY juga... Kedah kata kalau ada duit - mungkin lepas tebang balak di kawasan tadahan nanti adalah duit : pun nak beli CAMRY... pulau pinang pun sama kata tak ada duit sbb dah belanja besar tukar papan tanda tulisan hindu dan cina : tapi kalau ada duit lebih nanti nak CAMRY juga... rasa-rasa tokeh TOYOTA Malaysia ni ada kaw tim apa2 dengan pakatan rakyat ni... entah-entah tokeh toyota malaysia ni ahli pakatan rakyat : mungkin boleh dapat murah kot... kalau tak sama kang nanti ada yang berlumba-lumba tunjuk kerajaan dia lagi power sampai ada yang beli mercedes pulak nanti bahaya - kata Anwar buat keputusan beli camry dahlah...

Apapun kepada rakyat, sahabat handai, rakan-rakan semua fikirlah dan perhatikan apakah keuntungan memberikan undi hinggakan pembangkang ini berkuasa... apa manafaat yang korang dapat??? selain memporak perandakan negara dengan pelbagai isu hinggakan isu perkauman kini hangat ditimbulkan kerana kaum cina melalui DAP terang-terang beranai cabar Islam & Melayu... apa kebajikan yang anda dapat???

Mereka sibuk mengagihkan kontrak dan laba tander kerajaan negeri dikalangan penyokong kuat mereka... mereka rakus membolot peluang hasih kejayaan menguasai negeri-negeri berkenaan tanpa memikirkan kepentingan bangsa dan rakyat keseluruhan asalkan segelintir mereka memperoleh kekayaan & habuan... inikah erti sebenar perjuangan.... renungkan...

CHUA SOI LEK KURANG AJAR & BEBAL : KETUANAN MELAYU TAK RELEVAN

Salam Perjuangan...

Tidak sampai 60 hari dipilih sebagai Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sudah mula hendak menunjukkan KEBODOHAN & WAJAH SEBENAR NYA. Terbaru, beliau membuat kenyataan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan kerana menurutnya semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Manakala Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun pula SECARA terbuka menyokong pendirian ini...

Dalam sidang media berkenaan isu ini Chua Soi Lek menyatakan dengan terbuka Presiden MCA sendiri bersetuju dan sependapat dengan kenyataan beliau ini - boleh rujuk media massa TV 3 & RTM

Apa dia ingat tanah ini yang asalnya dinamakan Tanah Melayu kemudian Malaya dan Malaysia kini boleh kongsikongsi dengan bertuankan CINA...

KENAPA CINA MAHU TERUS MELUKAKAN HATI KAUM MELAYU???
KENAPA KAUM LAIN TIDAK PEDULI DAN BERANI MENCABAR ORANG MELAYU???
APAKAH MEREKA RASA MEREKA CUKUP KUAT, GAGAH & HEBAT???
APAKAH MEREKA TIDAK BELAJAR SESUATU BERKAITAN TRAGEDI 13 MEI???
ATAU MEREKA INI MEMANG MEMINTA AGAR BERLAKUNYA SEKALI LAGI 13 MEI???

Yang sedihnya PLah sendiri tidak tegas menangani isu ini... maklumat dalam mesyuarat tertinggi BN perkara ini tidak dibincangkan atau disentuh secara serius... kenapa PLah menjadi ketua pemimpin melayu BACUL untuk tuntut penghormatan kepada kaumnya sendiri...

Sedar atau tidak parti komponen BN dari CINA & INDIA inilah sebenarnya yg membawa kekalahan & kemerosotan undi pada BN... mereka yg gagal menyakinkan kaum mereka untuk bersama kerajaan... UMNO jangan tunduk kepada tekanan sebegini... kerana tunduk membisu seumpama kita kaum melayu meng IYA kan apa yang ditimbulkan oleh. UMNO & pemimpin melayu sepatutnya bangun bersuara lantang menuntut mereka yang kurang ajar ini untuk minta maaf secara terbuka...

INGAT SEMUA masa kes Dato' Ahmad Said dulu... MCA & GERAKAN beria-ia TUNTUT UMNO & Ahmad Said minta maaf hinggakan Pemimpin UMNO jadi Bacul meminta maaf terbuka di media massa & keengganan Dato' Ahmad Said untuk minta maaf menyebabkan beliau dihukum gantung keahlian...

INI SITUASI SAMA... UMNO jangan jadi bacul tuntutlah MCA minta maaf... dahlah yg buat ni Timbalan Presiden MCA... apa cerita ni...

Tengok sekarang kes ni dah senyap... sunyi... orang cina kat kampung-kampung baru dan kediaman mewah mereka bertepuk tangan melihat kebaculan orang melayu kerana tak berani mempertahankan hak mereka...

Teringat zaman Tun Mahathir... apakah mungkin kaum lain berani naik tocang macam sekarang??? apakah mereka berani terbuka mencabar melayu??? Terbukti PLah & pemimpin UMNO yang tinggal sememangnya bacul belaka...

p/s menantikan perubahan pucuk pimpinan UMNO mac INI agar dipimpin oleh pemimpin melayu tulen yang bermaruah & yang sanggup berjuang mempertahankan Melayu & Islam... MELAYU DAH LAMA BERSABAR...

BUSH & SHOE : MUNGKIN BALING KASUT TERJADI DI MALAYSIA

Salam Perjuangan...

Bush telah menerima hadiah persaraan dengan hinaan dipanggil "ANJING" dan dibaling sepasang kasut - lambang kehinaan bagi org arab... mungkin dia boleh berlakon tenang & melawak namun pasti hinaan itu akan menghantuinya sampai bila-bila... tindakan sebegitu diambil oleh mereka-mereka yang terdesak dan ditekan hebat...
Mungkin di Malaysia nanti apabila ada insan yang tak mampu menerima tekanan dan desakan sesetengah pihak akan meniru tindakan sebegini...

Berikut individu di Malaysia yang mungkin menerima nasib seperti bush aka "ANJING"

1. Anwar Ibrahim - pembohong, manipulator sanggup khianati & gadai hak melayu demi raih sokongan bangsa lain... rela diperalat kafir harbi... sahabat sekutu erat CIA & amerika... jahanam negara kalau dia jadi pemimpin... latar belakang pun tak betul... kenapalah ramai terpengaruh
2. Khalid Ibrahim (MB Selangor) - sombong, bongkak, tak tunai janji pada rakyat, pembohong, rela diperalatkan DAP ikut telunjuk cina... gadai Islam & melayu
3. Nizar (MB Perak)- sombong, bongkak, tak tunai janji pada rakyat, pembohong, rela diperalatkan DAP ikut telunjuk cina... gadai Islam & melayu
4. Teresa cock - terbuka berani cabar islam isu azan, berbohong isu makanan dalam tahanan, menuduh polis anjing, isu bahasa tukar papan tanda pelbagai bahasa... sengaja cari pasal dengan orang melayu...
5. Lim Kit Siang - pemikir utama DAP yang menjadi perancang utama usaha penghapusan hak keistimewaan melayu, berani keluar kenyataan cabar sultan... cabar melayu dan Islam. Ketua sebenar pakatan rakyat menjadikan melayu dalam pakatan rakyat boneka untuk menghapuskan hak melayu dan Islam
6. Azizan (MB Kedah) - bertopengkan Islam namun tindakan merugikan melayu dan Islam... gagal tunai janji di kedah
7. Lim Guan Eng (KM P.P)- terbuka sekarang laksana polisi yang merugikan melayu P.P, berani cabar melayu dan hakis hak melayu guna kuasa yang ada isu bahasa tukar papan tanda pelbagai bahasa... sengaja cari pasal dengan orang melayu... sistematik pinggirkan melayu P. Pinang
8. Karpal Singh - pemikir utama DAP yang menjadi perancang utama usaha penghapusan hak keistimewaan melayu, berani keluar kenyataan cabar sultan... cabar melayu dan Islam. Ketua sebenar pakatan rakyat menjadikan melayu dalam pakatan rakyat boneka untuk menghapuskan hak melayu dan Islam
9. Gobin Singh - kafir biadap yang terbuka berani persoal hak melayu dan islam... kenyataan kontroversi dalam parlimen...
10. Ambiga Majlis Peguam - berani terbuka cabar Islam dan melayu anjur forum bincang islam dan sebagainya

Pemimpin dalam BN yang bakal terima kasut kalau tak sedar-sedar :-

1. Liow Tiong Lai TUNTUT PENGHAPUSAN syarat pemilikan 30 peratus
2. Tan Lian Hoe Menimbulkan persoalan MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL TANAH MELAYU
3. Ong Tee Keat menyamakan perlantikan Pengurus Besar PKNS bertepatan seperti pertukaran Presiden AMERIKA kulit hitam
4. M. Kaveyas PPP - ugut BN kurang ajar punya hindu... tak tahu beruntung & bersyukur
5. Chua Soi Lek - pelakon lucah yang diangkat martabat dan disanjung ( bukti MCA parti tidak bemoral) oleh MCA anggap ketuanan melayu sudah tidak relevan lagi.... kurang ajar
6. Chew Mei Fun - sokong kenyataan chua soi lek... terbukti cina berpakat cabar melayu
7. Zaid Ibrahim - melayu murtad yang dah tak ada jati diri melayu...
Renungkan selamat berjuang

Tuesday, December 2, 2008

ANWAR SOKONG GUNA "ALLAH" DALAM BIBLE

Anwar Kata : TIDAK SALAH GUNA ‘ALLAH’ DALAM BIBLE
Sumber MyKmu : Contributed by belantan on Friday, November 28 @ 15:17:41 MYT Topic: KOMENTAR-2 DI SINI

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;
1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?
2) Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?
3) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak. Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Nota: Tulisan asal Terence Netto dalam portal Malaysiakini

ANWAR LEBIH BUSUK : KRONISME & NEPOTISME

Anwar, Nepotisme, dan Kronisme
sUMBER MyKMU : Contributed by
chieh-cha on Wednesday, November 26 @ 21:02:58 MYT Topic: RENCANA

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh belantan yang boleh didapati di http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7366.

Dalam artikel tersebut, penulis memetik sebahagian daripada kandungan buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal". Kandungan artikel tersebut memaparkan betapa buruknya kelakuan Anwar Ibrahim dan keluarganya mempraktikkan nepotisme:

"Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar."

Memang benar, malah berjuta-juta saham Syarikat Nissan IOI . Laporan Utusan pada 19 Jun 1998, http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm
menyatakan:


"Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. "

Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato' Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.

Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman.http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_5_alloc1.html

109. Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman :-
Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd / 3,790,500.00 - 10/6/97

Lam Soon Huat Development Bhd / 400,000.00 - 4/3/85
Industrial Oxygen Incorporated Bhd / 2,000,000.00- 24/04/1993

Dato' Kamaruddin Jaafar merupakan kroni Anwar yang paling banyak menerima habuan. Kamaruddin Jaafar merupakan bekas Setiausaha Agung ABIM. Setelah Anwar keluar ABIM dan memasuki UMNO, Kamaruddin juga menyertai UMNO dan kemudian memegang jawatan Ketua UMNO bahagian Tumpat.

Berikut dipetik dari artikel Utusan yang sudah tersebut:

"Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Kamaruddin juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta)."

Kamaruddin kemudian menyertai PAS. Dengan bodohnya, PAS pula menerima Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung PAS. Jadi tiadalah kejutan bahawa Kamaruddin Jaafar yang memegang jawatan tinggi dalam PAS itu salah satu pemimpin PAS yang kuat menyokong Anwar.

Berbillion-billion ringgit dalam bentuk projek sudah diterima syarikatnya semasa waktu Anwar berkuasa.Malah, Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu pun pernah menyatakan Anwar "mengganas" dalam soal nepotisme.

Dalam satu wawancara dengan Majalah Tamadun yang dipaparkan dalam edisi Julai 1998, http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html

Naib Presiden PAS tersebut berkata:...Kita boleh bertanya, nisalnya, adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segeran kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?

Begitu juga dengan Rani Ibrahim, Marzukhi Ibrahim, dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan?

Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar yang naik mendadak...""... Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat "keganasannya" melebihi Perdana Menteri!""...

Kita ingin bertanya lebih kurang 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana hingga perwakilan Sabah menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan? Ini bermakna Anwar saling "mengganas" dalam soal nepotisme!"

Jadi, memang tidak rasional bagi penokong PKR untuk menganggap Anwar Ibrahim sebagai bersih, malah Anwar merupakan ahli politik paling kotor dalam Malaysia. Banyak lagi gejala kroni dan nepotisme Anwar, tapi dalam artikel ini saya hanya tunjuk ahli keluarganya dan kroni terbesarnya.

Ramai lagi seperti Rahim Ghouse, yang mana syarikatnyamendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion, ABRAR group, Kamaruddin Md Nor, dan skandal seperti "Skim Kontraktor Berwibawa" di mana Anwar memberi projek bernilai RM1 Billion kepada setiap 15 syarikat melalui direct nego.

Rumusannya, bapa dan adik-beradik Anwar menerima berjuta-juta saham, saham peruntukan bumiputera, kroni-kroninya menerima berbillion-billion projek. Anwar Ibrahim merupakan manusia kotor di mana semasa dia berkuasa keluarganya menerima berjuta-juta saham dan saham peruntukan kerajaan.

Sila Baca Artikel berikut :
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7380
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm
http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/nat_3_list.html
http://www.youtube.com/watch?v=gZFbOcWmSUg
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/08/how-do-you-find-word-for-anwar-to-mean.html
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=371296

ANWAR : PENGANUT NEPOTISME

Anwar juga penganut nepotisme !
Sumber MyKMU : Contributed by belantan on Monday, November 24 @ 10:22:58 MYT Topic: RENCANA

Anwar juga menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti-kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan. Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dan perusahaan.

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.

Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

Anwar banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.


Walaupun Perdana Menteri Mahathir telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab. Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka. Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan. Lalu dia menjerit seluruh alam bahawa itu semuanya fitnah belaka. Kalau itu dianggap fitnah mengapakan dia amat gerun dan bimbang bila hendak dihadapkan ke mahkamah?

Mengapakah dia memperalatkan golongan remaja yang emosional dan tidak matang dalam politik menjadi pendindingnya hingga mencetuskan rusuhan dan demonstrasi liar di ibukota saban minggu? Pemimpin yang berwibawa dan bermaruah sanggup menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi siapa saja sebagai kesatria.

Dia tidak akan memperalatkan orang lain untuk menjamin kepentingan politik peribadinya seperti mana yang dilakukan Anwar sekarang.Kalau alasan Mahathir memecatnya dianggap fitnah apakah yang bukan fitnah? Apakah alasan "Mahathir takutkan pengaruh Anwar" dianggap alasan yang super bagus untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang homoseksual?

Mahathir yang memberi peluang kepada Anwar menikmati kuasa sebagai menteri, melindunginya dari berbagai kelemahannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan sewaktu menjadi menteri kabinet kini dianggap terlalu takut terhadap Anwar?

Masyaallah! Tanpa Mahathir Anwar hanya berkokok di luar pagar kuasa dan akan menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM dan mudir Yayasan Anda. Ini realitinya.Lalu dia berkata bahawa ada konspirasi dari pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan untuk menggagalkan yang berusaha untuk menghapuskan korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan yang kononnya melibatkan orang-orang Mahathir!

Ya Tuhan, benarkah orang-orang Mahathir sahaja yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan tetapi Anwar dan kroni-kroninya super bersih dari amalan yang mungkar itu? Betulkah dia bersih lagi bersih? Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.Demikianlah dia melemparkan tuduhan konspirasi untuk menolak dakwaan Mahathir bahawa dia seorang homoseksual - sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang tahu secara mendalam lakonan politik Anwar selama menikmati kekuasaan dan kekayaan dalam kabinet.

Mereka yang arif dalam perundangan Islam berkata mesti ada empat orang saksi yang baik untuk membuktikan kesalahan Anwar tersebut. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri dari mereka yang berakhlak mulia dan barangkali tidak ada rekod buruk langsung. Tapi yang paling penting mata mereka jangan rabun. Apakah ada tukang intip yang melihat perbuatan terkutuk itu?

Ini bukan mainan seks di celah-celah batu atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam kebun getah di mana terdapat mereka yang hobinya intip-mengintip cara kampung tidak ada. Bilik apartmen atau kondo dibuat dengan batu. Malah nak masuk ke kondo dan apartmen atau kondo pun terpaksa menemui pengawal.

Tidak ada mata manusia yang lebih dari 20-20 boleh menembusi dinding batu yang pejal untuk melihat berbagai adegan seks yang mengikut tabii atau pun yang luar dari tabii. Barangkali jin, syaitan dan afrit serta malaikat sahaja yang boleh melihat adegan "perjuangan yang super hebat" itu kerana mereka hidup dalam alam ghaib!

Tentulah kita tidak boleh menjadikan jin, syaitan dan malaikat sebagai saksi sebab kita sendiri pun tidak dapat melihat mereka. Lagi pula kita sendiri tidak tahu bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka untuk meminta menjadi saksi kerana mereka makhluk lain dari kita.

Manusia yang ada intelek dan bijaksana masih boleh menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk ummah. Hari ni pengetahuan teknologi yang super canggih boleh dimanfaatkan untuk membuka rahsia alam dan juga manusia. Orang boleh menggunakan kamera video digital dan alat perakam suara yang juga super canggih dapat merakamkan segala perilaku manusia dalam keadaan yang tersembunyi dari makhluk ramai.

Barangkali Nalla Karuppan tahu menggunakan alat-alat ini sebagai salah seorang pengusaha filem tempatan. Memang Anwar tak tahu mengendalikan gadget ini sebab dia lebih berminat menjadi pelakon di pentas politik tanah air dan antarabangsa. Bayangkan sperma Clinton yang kering kuntang terlekat pada jaket Monica Lewinsky berbulan-bulan itu pun dapat dianalisa dan dipastikan kepunyaan Presiden Amerika inikan pula video dan filem.

Malah menurut kajian forensik pihak pakar dapat menganalisa secara sainstigik dubur yang kena main dan barangkali juga batang yang ganas dalam hubungan homoseksualiti. Inilah hasil dari pengetahuan teknologi manusia yang boleh dimanfaatkan.

Banyak orang berpendapat amatlah bahagia dan melegakan perasaan orang ramai yang memuja dan menyanjung tinggi ketokohan Anwar sebagai pejuang Islam yang berakhlak mulia agar dia bersumpah di masjid dengan menjunjung al-Quran di hadapan alim ulama dan para penonton dari berbagai lapisan hidup untuk menjernihkan suasana.

Biarlah kuasa Allah Ta'ala menentukan kebenaran seseorang. Mintalah Allah Ta'ala menunjukkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat Islam sedunia tidak ditimpa malu yang amat sangat akibat pemecatan Abang Anwar (panggilan manja yang sering diucapkan Wan Azizah dalam ceramah-ceramah politiknya).

Dalam isu pemecatan Anwar yang dikatakan terlibat dalam homoseksualiti maka kita menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan memohon kepada Allah agar menunjukkan kebenaran dan melindungi negara serta rakyat Malaysia dari bencana kemurkaanNya. Kita tidak membela Mahathir atau pun Anwar dalam sembahyang hajat. Yang kita pohon bersama dengan penuh kusyuk dan tawaduk ialah KEBENARAN. Hanya Allah yang menentukannya.

Petikan buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.