Thursday, October 9, 2008

KENYATAAN PENUH PAK LAH LETAK JAWATAN


Transkrip penuh kenyataan Perdana Menteri

MESYUARAT Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini diadakan atas permintaan beberapa pemimpin BN supaya parti-parti komponen BN dapat dimaklumkan apa sebenarnya yang dipanggil peralihan kuasa dalam UMNO.

Permintaan ini dianggap sebagai wajar kerana memang pun kepimpinan parti UMNO, Presiden dan Timbalan Presiden adalah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN. Maka sebab itulah saya anggap wajar mesyuarat seperti ini diadakan khusus untuk tujuan memberi maklum kepada mereka.

Walaupun ini bukan tradisi, ini bukanlah satu program yang telah diadakan sebelum ini. Jadi, setelah penjelasan diberikan tadi dan pihak ketua-ketua parti komponen BN yang hadir telah pun juga ambil kesempatan untuk bercakap dan ia pastinya bukanlah ucapan selamat tinggal. Tetapi oleh sebab sudah saya sebut dan maklumkan apa yang hendak lakukan, maka mereka menganggap wajar juga sekurang-kurangnya mereka memberikan sedikit pandangan mereka, ucapan terima kasih dan sebagainya.

Saya dengan itu ingin membuat kenyataan mengenai perkara ini dan biarlah saya baca, senang sikit. Nanti kalau bagi kenyataan secara tanpa nota saya bimbang ada pula yang tulis macam lain pula nanti dan mungkin menimbulkan keraguan.

Jadi untuk mengelakkan daripada sebarang keraguan maka saya ingin dengan itu memberi kenyataan berpandukan kepada nota yang kemudian nanti saya akan berikan kepada pihak media supaya nanti apabila anda semua nak masukkan dalam surat khabar, maka ikutlah apa yang telah pun dimaklumkan.

Saya akan beri dalam dua versi, satu Inggeris dan satu bahasa Melayu, saya mulakan dalam bahasa Melayu dahulu.

1. Saya telah berkhidmat kepada negara lebih daripada 45 tahun. Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang wakil rakyat. Saya telah bertugas sebagai ahli pentadbiran sehingga, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk memegang jawatan yang tertinggi di dalam kerajaan. Saya telah melihat Malaysia melangkah maju daripada sebuah negara yang miskin kepada sebuah negara yang moden dan disegani.

2. Walaupun prestasi pencapaian negara adalah membanggakan, saya percaya bahawa negara kita berada di sebuah persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan. Sekiranya kita gagal membuat perubahan tersebut, segala pencapaian kita selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

3. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung yang akan datang. Saya tidak mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional berpecah belah. UMNO dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran-cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara yang maju – sebuah negara yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

4. Tempoh saya sebagai Presiden UMNO akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang. Saya menyeru seluruh rakyat agar bersatu bersama saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

5. Pertama, institusi negara perlu diperkukuhkan.
Badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat. Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus.


Negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif. Oleh itu, saya juga akan membawa rang undang-undang ke Parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah.

Saya juga akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

6. Kedua, saya telah begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara. Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu, saya telah menjelaskan tentang komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial.

Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan perlaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama. Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata Negara.

7. Ketiga, saya ingin melihat kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni. Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis.

Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini. Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua.

Bagi tujuan ini, saya akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan. Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya.

8. Saya serius dan komited untuk mencapai segala misi yang saya gagaskan, dan saya yakin bakal pengganti saya akan meneruskan usaha-usaha ini. Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Datuk Seri Najib Tun Razak, insya-Allah, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama, melainkan perpaduan dan keharmonian. Ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya.

Kalau ada apa-apa perbezaan, versi dalam bahasa Melayu adalah yang betul.

SOALAN: Apakah perasaan Datuk Seri berundur sebelum penggal Parlimen Datuk Seri berakhir?

ABDULLAH: Saya rasa okay, parti BN masih memimpin dan menjadi parti yang membentuk kerajaan dan saya percaya kerajaan ini akan kekal serta kuat sehingga kita berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang, bila tidak pasti tetapi insya-Allah kita akan menang.

Adakan Datuk Seri akan berundur sebagai Perdana Menteri juga?
Ada yang berkata saya perlu serahkan (jawatan Perdana Menteri) kepada pengganti saya?

Siapakah pengganti itu?
Siapakah pengganti itu? Saya harap dia ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Anda tahu mengapa saya kata saya berharap, ini kerana Datuk Seri Najib masih perlu bertanding. Kalau tidak, okay sahaja, tetapi beliau perlu bertanding selaku Presiden UMNO dahulu. Saya yakin dia akan menang, saya yakin dia akan menang.

Bilakah tarikh sebenar untuk Datuk Seri menyerahkan jawatan (Perdana Menteri)?
Selepas Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO. Harap beliau yang jadi Presiden dan selepas itu kami akan berbincang mengenai perkara tersebut.

Adakah Datuk Seri berharap yang Datuk Seri tidak didesak untuk melepaskan jawatan?
Saya tahu bahawa saya mencapai pencapaian yang kurang baik pada pilihan raya umum lalu. Saya merasakan perlu untuk pemimpin lain mengambil alih. Kita memerlukan kepimpinan generasi baru. Tidak ada apa masalah mengenainya.

Adakah keputusan Datuk Seri hari ini muktamad?
Muktamad.

Adakah Datuk Seri berasa menyesal kerana bersikap terlalu terbuka hingga keterbukaan itu kembali menghantui Datuk Seri dan terpaksa meninggalkan jawatan?
Saya tidak menyesal dengan apa yang telah saya lakukan. Bagaimana orang ramai memberi reaksi, itu adalah untuk mereka putuskan. Apa yang mereka fikir, itu tidak menjadi persoalan.
Ini kerana saya lakukan apa yang saya percaya bahawa pembaharuan ini akan membawa kesan baik untuk rakyat dan saya sentiasa percaya bahawa perlu ada ruang lebih luas untuk perbincangan yang demokratik. Ia menjadi kepercayaan saya selama ini.


Ini jelas seperti mana dalam manifesto pilihan raya BN tahun 2004. Rakyat selalu melihat manifesto hanya untuk tempoh lima tahun saya mentadbir.

Namun, manifesto tahun 2004 itu mempunyai banyak perkara yang saya percaya berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Sesetengahnya mungkin sama, tetapi sesetengahnya merupakan strategi baru yang memang saya mahukan.

Ini kerana saya memikirkan jauh sehingga tahun melepasi 2020. Saya tahu saya tidak akan berada (menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020. Kalau saya berada (sebagai Perdana Menteri), saya berumur lebih daripada 80 tahun dan tiada siapa mahu orang tua berumur lebih 80 tahun berada di situ (sebagai Perdana Menteri). Sudah tentu ada orang muda yang bersedia untuk memimpin parti. Apa yang lebih penting di samping apa yang saya lakukan, saya juga yakin kepada Wawasan 2020 dan tetapi saya juga memperkenalkan Misi Nasional yang saya anggap amat penting kerana tanpa misi itu kita tak akan dapat capai Wawasan 2020.

Sudah tentu pembaharuan adalah antara yang perlu dilakukan. Kita memasuki fasa baru dengan kehadiran generasi baru tahun ini. Saya adalah generasi Tun Abdul Razak yang terakhir dalam kerajaan. Selepas ini tiada lagi. Anak kepada Tun Abdul Razak yang akan mengetuai kerajaan dengan orang generasi baru.

Adakah pemimpin parti komponen menerima baik Datuk Seri Najib sebagai pengganti?
Mereka menyambut baik. Itu terserah kepada mereka, saya tidak memujuk atau kata apa-apa, Apa yang mereka lahirkan adalah pandangan mereka sahaja. Ini juga bukan majlis kempen untuk Datuk Seri Najib.

Adakah Datuk Seri lakukan ini demi UMNO dan BN?
Ya, sudah tentu saya amat menyayangi dua parti ini yang saya mendapat keistimewaan menjadi pemimpin.

Bagaimana kalau ada UMNO Bahagian yang masih mencalonkan Datuk Seri nanti?
Saya dah buat keputusan, saya dah cakap sendiri. Itu apa boleh buat. Kalau orang nak calon apa saya boleh buat, kita dah beritahu awal-awal.

Adakah Datuk Seri sendiri akan memilih timbalan kepada Datuk Seri Najib?
Saya tidak mempunyai hasrat untuk melantik timbalan kepada beliau (Najib). Kenapa saya harus berbuat demikian?

Adakah Datuk Seri akan berusaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi yang lain sebelum berundur?
Ada perkara yang saya boleh buat serta-merta tetapi ada perkara yang saya memerlukan masa untuk melaksanakannya dan mungkin saya tidak ada masa untuk lakukan.

Apakah Datuk Seri akan dapat sokongan untuk pembaharuan yang hendak dilaksanakan?
Saya percaya saya akan dapat sokongan. Anda semua fikir perkara yang negatif, kita tiada sikap negatif.
Adakah akan ada halangan untuk Datuk Seri capai hasrat menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan dua lagi inisiatif lain?

Insya-Allah tidak akan ada halangan. Mungkin ada pandangan berlainan tetapi tidak semestinya pandangan itu menjadi halangan.

DETIK PERUBAHAN : PAK LAH UNDUR MAC 2009

Salam Perjuangan

Marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati Pak Lah untuk berundur demi kepentingan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Alhamdulillah... moga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua dengan memberikan takdir lebih baik buat negara ini selepas ini.

Terima Kasih Pak Lah kerana mendengar suara dan rintihan kami golongan marhaen kerana akhirnya sanggup mengetepikan kepentingan keluarga, kroni, kekuasaan dan kekayaan dengan pengumuman rela melepaskan jawatan Mac 2008.


Walau tiada yang menangis, meraung-raung dan merayu-rayu agar Pak Lah menarik balik keputusan seperti sewaktu Tun Mahathir mengumumkan mahu melepaskan jawatan... namun pengorbanan ini tetap dikenang kerana kesanggupan Pak Lah melepaskan jawatan demi perpaduan UMNO dan BN serta demi mengembalikan keyakinan rakyat pada kerajaan memerintah... syabas!

Walaupun tinggal 6 bulan lagi untuk pergi Pak Lah tetap komited untuk melaksanakan lagi agenda-agenda penting katanya... berbeza dengan Tun Mahathir dulu yg menumpukan tempoh peralihan kuasa untuk memperbaiki, melengkapkan dan memastikan segala kekurangan yg terjadi sepanjang zaman pentadbiran beliau diatasi agar penwaris jawatan PM menerima sebuah kerajaan yg lancar, licin dan cekap mentadbir serta stabil tanpa mewujudkan polisi baru yg mengganggu gugat proses peralihan. Lain org lain cara kut.....

Jangan dilupakan agar segera melatih Najib dan memastikan kelancaran pertadbiran agar segala kerosakan yg dilakukan semasa zaman Pak Lah dapat segera dibetulkan agar Najib menerima sebuah pentadbiran yg lancar licin dan berkesan serta stabil sama seperti semasa Pak Lah menerimanya dari Tun Mahathir dahulu.

Apapun semoga pengumuman ini ikhlas dan pelan peralihan kuasa ini tidak merupakan konspirasi yg memesongkan minda kita semua atas isu yg lebih besar lagi hinggakan pelan ini tertangguh dan tidak menjadi kenyataan.

Buat penasihat-penasihat dan kroni-kroni Pak Lah sekarang rakyat memerhatikan... siapkan projek-projek segera, genggam baik-baik kesemua kontrak-kontrak, clearkan dan simpan segera duit-duit dan harta yg korang dah bolot jangan sampai dikesan mungkin apa yang Pak Lah dan korang buat buat kepada Tun Mahathir dan rakan-rakan mungkin berulang selepas Pak Lah letakkan jawatan selepas ini...

Renung-renungkan selamat berjuang



PKR: SEKS, RASUAH & SEWAKTUNYA DIANGAP SEDEKAH

Salam Perjuangan

Saya malas nak menulis atau mengulas panjang... kalau manusia tu ada akal, ada otak untuk berfikir dan ada agama (terutama Islam) serta fahamlah sikit hukum hakam juga mementingkan moral dan tatasusila baik terutama pemimpin... apakah ini pemimpin dan kumpulan manusia yg anda nak letakkan masa depan anak cucu keluarga dan bangsa serta negara ditangan mereka...

MB Perak senyap, Anwar Al Laewa'ti pun tak buat apa-apa komen... tindakan hukuman apatah lagi tak ada langsung... tahniahlah mungkin ULAMA (ular dalam semak kata mat sabu) PIS (bukan PAS) bakal mengeluarkan fatwa menyokong seks dan rasuah boleh dijadikan sedekah...

Dah lah cabaran sosial dalam negara makin hebat... ramai gadis Islam "tersedekah" diri dan tubuh... ni pemimpin boleh buat pulak mesti ramai anak buah nak ikut lepas ni... dunia sudah semakin gila & ini petanda akhir zaman... manusia tidak tahu beragama memimpin...

petikan dari Kenyataan di sini http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1309/2008-09-25.html

Kenyataan Ahli Pakatan Rakyat yang terlibat dalam kes tuduhan rasuah bersama 2 Exco Kerajaan Negeri Perak, petikan kenyataan ahli/pengikut Pakatan Rakyat tersebut adalah seperti berikut:

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar Fairul Azrim Ismail.“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Fairul Azrim Ismail

Hebat sungguh pengikut MB Nizar dalam pakatan rakyat, tinggi sungguh ilmu agama beliau sehinggakan disamakan habuan seks dengan sedekah. Benarlah segala dakwaan selama ini bahawa pengikut PR di zaman MB Nizar gemar mengeluarkan dalil yang meragukan. Agama dijadikan umpama jubah, bila perlu digunakan dan apabila tak perlu digantung.

Dalam kes ini jelaslah apabila melakukan kemungkaran tidak pula teringat akan hukum Allah, tetapi bila dah terkena, maka keluarlah segala dalil-dalil pelik untuk mewajarkan dan menghalalkan perlakuan sumbang yang dilakukan.

Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah, wae'ma dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah. Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks.

Heran, sungguh heran, kalau dah tido atas dada amoi cina pun dengan rela dan suka sama suka, takkan itupun dituduh konspirasi?Dimanakah Daulah Islamiah yang diperjuangkan selama ini? Takkan dengan segala Usrah dan Tazkirah yang dijalankan oleh MB Nizar di serata Perak masih tidak dapat mengubah sikap pengikut sendiri?Yang pasti pengikut Pakatan Rakyat di Zaman pemerintahan MB Nizar - Habuan seks disamakan dengan sedekah. Kan dah kata, sudah-sudahlah tido tuu..... MB Nizar.


Utusan 26/9/2008

Jabatan agama mesti bertindak atas pengakuan seks

DALAM usaha mahu membersih dan mempertahankan diri dari tuduhan dan dakwaan rasuah seks oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita Cina yang didakwa dibekalkan kepadanya.

Mengaku melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tidak diikat dengan perkahwinan mengikut hukum syarak bererti mengaku berzina. Azab hukuman berzina kalau tidak segera bertaubat jauh lebih azab lagi dari hukuman yang akan diterima jika sabit dari pendakwaan BPR.

Menurut hadis Rasulullah SAW, hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin adalah direjam manakala penzina yang belum berkahwin pula hukumannya adalah dipukul (rotan) seratus kali dan pembuangan (dipenjara) satu tahun. Dalam kitab Taurat juga ada disebutkan bahawa hukuman bagi penzina adalah rejam.


Dengan membuat pengakuan itu, seolah-olah pelaku mahu menjelaskan bahawa jika ada peluang dan kesempatan, perzinaan akan dilakukan tanpa mengambil kira tentang halal haram dan tegahan agama agar menjauhi zina.

Apatah lagi apabila ada pula kenyataan yang menyamakan perbuatan itu dengan pemberian sedekah.

Persoalannya bolehkah perlakuan maksiat yang keji disamakan dengan pemberian sedekah yang mulia dan suci. Bukankah penyamaan itu bersifat suatu penghinaan dan mencabar larangan agama, larangan Allah dan Rasul-Nya agar menjauhi zina.

Juga apa moralnya dari sudut Islam dan persepsi umum terhadap kedua- duanya dan juga parti yang dianggotainya di sebuah negara merdeka yang mana Islam adalah agama rasminya?

Saya percaya ekoran pengakuan dan kenyataan seperti itu akan menyebabkan PKR mengalami krisis moral yang kronik.


Oleh itu, jika ahlinya yang mengaku berzina tidak diambil tindakan, kecenderungan di kalangan yang beragama Islam untuk terus menjadi ahli dan memberi sokongan kepada PKR akan terbantut kerana mereka pastinya tidak mahu dari segi hukum hakamnya tersenarai sebagai bersubahat dengan perlakuan yang tidak dihalalkan oleh Islam.

Dalam pada itu, berbanding dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang, bagi saya Pas adalah parti yang akan paling tersepit ekoran perkembangan mutakhir ini memandangkan Pas mengutamakan keimanan dan ketaqwaan dalam berpolitik.

Jika Pas terus kekal dalam pakatan pembangkang, maka imej, moral, prestasi dan reputasi parti itu akan tercalar kerana secara tidak langsung ia bersekongkol dengan perlakuan yang ditegah oleh agama. Jika Pas membuat keputusan untuk berundur maka ia akan melemahkan pakatan pembangkang dan dianggap sebagai pembelot serta tidak setia kepada ikatan pakatan.

Kita yang membaca laporan pengakuan ahli PKR itu pun berasa amat malu dan sangat aib, macam mana pelakunya boleh bukan sahaja membuat pengakuan malah membenarkan ia disiarkan oleh media.


Mungkin dia melihat langkah itu sebagai ikhtiar untuk membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah seks sedangkan pada masa yang sama pengakuan itu telah mendedahkan kerosakan moralnya.

Pihak berkuasa agama juga tidak boleh membiarkan pengakuan itu tanpa sebarang tindakan seperti yang ditetapkan syarak.

Mereka juga akan menanggung dosa bersubahat, malah seluruh umat Islam di negara ini akan berdosa sama jika tidak timbul rasa benci dan jijik dengan pengakuan itu, apatah lagi terhadap pelakunya.

RAMLI ABDUL HALIM
Kota Bharu, Kelantan.

KETUA PEMUDA UMNO : SATU PILIHAN

Berat Ni Daddy Tak Ada Dah

PLah dah tak ada syukur...

Selangor bebas pembangkang PRU 13

Salam Perjuangan

Ada yang mahukan Khairy
Ada yang mahukan Dr Khir
Ada yang mahukan Mukhriz

Namun apa jua pilihan mempunyai kesan yg begitu dalam percaturan perjuangan demi agama bangsa dan negara... Nilai dan buat lah pilihan demi kemandirian bangsa dan agama serta negara jangan ekrana disebabakan oleh kekayaan dan kesenangan dan kekuasaan. Rasanya antara kesemua calon wakil-wakil pemuda telah masak benara dengan setiap calon... dan mereka boleh menilai mana yg intan amna yg kaca... cuma adakah pilihan mereka itu kerana kekayaan, kekuasaan atau demi satu perjuangan tulen demi agama, bangsa dan negara.

Bintang Khairy pastinya akan semakin malap memandangkan PLah akan pii lahhh bulan Mac 2009 dan istihar tak pertahankan jawatan Presiden. Apa pemberat untuk perwakilan pemuda memilih KJ??? Kerana dia banyak melakukan sumbangan bermakna kah??? tak ada, Kerana dia menantu PLah??? PLah dah nak berundur, Kerana kekuasaan kerana kekuatan sokongan dari peringkat tertinggi UMNO & Kerajaan??? masing masing dah beralih kem Najib keluiar dari kem PLah... kerana duit ada yg kata itulah sahaja yg tinggal... tapi adakah perwakilan pemuda buta dan mata duitan...

Dr Khir... kalau bab sumbangan banyak yg telah dilakukan beliau & semua org boleh menilai dan melihat kewibawaan Dr Khir sewaktu jadi MB Selangor dan kini sebagai Ahli MT UMNO. Begitu banyak sumbangan dan jasa yg telah ditabur oleh Dr. Khir... mungkin kerana itu beliau mungkin mendapat sokongan dr perwakilan pemuda terutama dari selangor. Tapi Dr. Khir tidak terlibat terus dan aktif dengan aktiviti pergerakan pemuda dan memimpin pemuda UMNO... faktor ini mewujudkan jurang Dr. Khir dan pemuda UMNO.

Mukhriz... melalui AMAN Malaysia, NGO - NGO lain dan Penglibatan aktif dalam pemuda UMNO telah menonjolkan kewibawaan beliau. Keberanian untuk menyuarakan kebenaran walaupun ditekan hebat disamping memiliki idea yg terkehadapan meletakkan beliau begitu meletakkan beliau popular di kalangan perwakilan UMNO. Beliau juga pemimpin yg diasuh, dibesarkan dan digilap terus melalui Pergerakan Pemuda UMNO menjadikan beliau begitu hampir dengan perwakilan pemuda... sifat-sifat seperti keberabnian bersuara dan menongkah arus dan tegar mempertahankan prinsip serta yg paling penting setia kepada prinsip landasan perjuangan UMNO adalah ciri-ciri yg menjadi tradisi dimiliki ketua pemuda UMNO Malaysia... mungkin beliau ada harapan...

Apapun ingatlah kepada kesemua perwakilan pemuda ditangan andalah terletaknya masa hadapan pergerakan pemuda UMNO dan UMNO keseluruhannya kerana pilihan andalah yg akan mewacanakan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara akhirnya nanti... masa hadapan Islam, Melayu dan malaysia terletak ditangan anda.

Renung-renungkan petikan artikel dibawah ini... selamat berjuangan

Petikan dari mesin taip buruk

Pilih KJ untuk kaya, pilih Mukhriz untuk bangsa?

Beberapa hari lepas aku bertemu dengan seorang calon Ketua Pemuda satu bahagian di sebuah negeri. Tak perlulah aku sebutkan bahagian mana dan negeri mana sebab perbualan kami pun bukannya dirancang dan dia sendiri tidak tahupun akulah penulis blog ini. Lama kami berbual, bermula hal-hal berkaitan diri kemudiannya berbangkit kepada isu-isu politik. Lama juga dia bercakap soal isi hati beliau perihal pemimpin no. 1 negara hinggalah pemimpin Pemuda masa kini.

Tapi bila aku berikan satu soalan maut, mana satu dia akah pilih antara empat nama yang mencalonkan diri masing-masing untuk menjawat Ketua Pemuda UMNO setakat ini, lama benar dia mahu memberikan jawapan.Aku lihat dia begitu payah untuk menyatakan isi hatinya.

Terpaksa dia menghidupkan sebatang rokok dan menyedutnya dalam2. Mungkin dia tidak mahu terperangkap atau untuk mencari jawapan sebenar dari hatinya, aku tidak pasti."Kalau aku mahu hidup mewah aku akan pilih Khairy (KJ) tetapi kalau sayangkan anak-anak bangsa aku memilih Mukhriz..." Itulah jawapan yang aku terima. Ringkas tapi direct to the point.

Tetapi dia tidak pula menyebut sama sekali nama dua lagi nama - Khir Toyo dan Zahidi. Jadi aku bertanya lagi: "Siapa kamu pilih... Mukhriz?" Dia hanya memandang aku dengan sekuntum senyuman sambil menganggukkan kepala. Aku faham!

HINDRAF : BIADAP, BODOH, KURANG AJAR & MINTA DI AJAR

Salam Perjuangan

Memang Biadap, Bodoh, Kurang ajar dan rasanya telah tiba bagi kerajaan mengajar HINDRAF ini sebelum orang melayu bangkit sendiri memberikan satu pengajaran berguna kepada kumpulan HINDRAF ini... MIC, PPP DAN PEMIMPIN INDIA !!! BILA NAK MINTA MAAF TERBUKA??? MEMANG BANGSAT SANGAT KALAU TAK MINTA MAAF... Asyik Melayu je minta maaf... ni dah terang-terang kaum India yg lakukan kekecohan takkan tak minta maaf???

Ini isu hangat yg dibualkan sepanjang pulang ke kampung untuk berhari raya lalu... Kenapa pilih majlis terbuka hari raya Aidilfitri dan Hari raya pertama pula tu... simboliknya adalah untuk mencabar Melayu dan membuktikan keberanian mereka kepada kerajaan kerana mereka tahu kerajaan tidak akan berani ambil tindakan terutama UMNO sbb org Melayu biasalah sopan santun dan suka membiarkan diri mereka dipijak-pijak. Nanti bila nasi dah jadi bubur baru terhegeh-hegeh nak buat itu dan ini.

Kalau di India atau Pakistan mereka buat macam ni mesti dah berlaku rusuhan kaum... macam mana HINDARF ni tidak terfikir tindakan ini bakal menimbulkan ketegangan kaum. Tidak ramai yg hadir itu dengan tujuan meraikan bersama Hari Raya Aidilfitri dan merapatkan hubungan antara bangsa Malaysia. Sebaliknya demi menyampaikan bantahan dan menuntut pembebasan kepada mereka yg terbukti bersalah dan ditahan kerana terlibat dalam demostrasi HINDARF dulu yg sememangnya betentangan dengan undang-undang negara.

Orang india benar-benar tersisih dan ditindas ke? benar kah segala yg dituntut HINDRAF dalam memorandum dan petisyennya dahulu??? bukan kah semuanya satu penipuan??? kenapa Org india masih mahu menyokong HINDRAF??? Pemimpin India dalam BN tak buat kerja ke nak bagi faham kaum mereka ni perkara sebenar...

Orang Melayu Islam kini benar-benar terluka atas tindakan HINDRAF ini... kalau pemimpin India tak mahu meminta maaf secara terbuka kepada Bangsa Melayu Dan Islam mungkin pemimpin kaum India tidak perlu marah kalau Orang Melayu Islam melakukan tindakan sama semasa masjlis rumah terbuka Deepavali nanti... mungkin NGO Melayu boleh berarak dan membawa 10,000 org Melayu Islam membawa PETISYEN MEMBANTAH PERTUBUHAN HINDAF... masa itu jangan menyesal mungkin cappati dan tosei bersama ayam tandoori tak sempat dijamah tetamu lain telah habis dimakan kerana ramainya org Melayu hadir melepaskan geram...

Renung-renungkan selamat berjuang

PKR & PAKATAN RAKYAT PUN MATA DUIT + KRONISME

Salam Perjuangan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog ini. Marilah sama-sama kita berdoa sempena kedatangan Aidilfitri & Syawal akan membuka lembaran baru dalam hala tuju negara demi memastikan kelangsungan keamanan, kemakmuran dan kejayaan bagi negara dan generasi kita mendatang.

Saya juga memohon maaf kepada sekiranya sekiranya ada khilaf, salah dan silap terutama dalam penulisan saya... jika ada sebarang dosa dan khilaf saudara-saudari kepada saya telah saya ampun dan maafkan... Moga Allah merahmati kita semua.

Saya baru pulang beraya di Kg saya di Kuala Selangor dan Alhamdulillah diizinkan Allah SWT berjumpa dan bertemu sanak saudara, sahabai handai, rakan taulan dan saudara mara jauh yg begitu lama tidak ketemu... pelbagai topik perbincangan dan perbualan dan antara yg terhangat di pasaran adalah Selangor kini di bawah pembangkang.

Ramai yg mengeluh tiada sebarang perubahan yg benar-benar bermakna dilaksanakan di Selangor dan pelbagai janji yg ditabur sewaktu pilihan raya kini hanyalah retorik kosong belaka. Cumanya yg baik nya Air free... macam-macam isu timbul dan kesimpulan kami Kerajaan selangor ni kerajaan popular.

Salah seorang saudara saya merupakan ORG KUAT PKR di perak dulu dan kini selepas berpindah ke Kelang dia masih aktif membantu PKR & terus jadi org kuat berjawatan dalam PKR Selangor. Dulu bukan main berapi dia hentam kerajaan UMNO & BN kerana katanya korupsi, rasuah, tak Islamik, melebihkan Cina & India dan macam-macam lagi... ada juga bertukar-tukar hujah dengan saya namun demi menjaga hubungan kekeluargaan saya biarkan "Luncai terjun dengan labu labunya".

Namun raya kali ini dia tidak banyak bercakap pasal politik... hairan. Rupa-rupanya kini dia telah berkhidmat di Pejabat Menteri Besar Selangor... Dah pakai kereta Perdana V6, Baju-baju pun dah pakai mahal-mahal, dan paling utama dia sendiri bg tau pd org tua kami yg dia dapat tanah kunia di Puchong... yelah sebagai penghargaan kerana bantu PKR... Alhamdulillah rezeki dia... tp kenapa dia senyap je... mungkin tercekik sebab tertelan ludah dia balik... rupa-rupanya senyap ada makna...

Itulah dunia politik... perkara menjilat ludah balik biasa sahaja terutama kepada ahli politik busuk yg berjuang demi diri, kekayaan dan kekuasaan. Perjuangan untuk negara dan bangsa diganti dengan perjuangan untuk kroni dan keluarga demi mengisi perut dan bawah perut. Tak perlu saya nyatakan Kes-kes yg terjadi dari skandal sex hingga lah ke skandal penggelapan wang dan kontrak.

Fikirla sendiri... ada yg kata UMNO & BN busuk tapi lebih jijik lagi jika hanya baru beberapa bulan memerintah sudah mula mengagihkan kekayaan negeri seperti tanah dan saham anak syarikat negeri kepada kroni-kroni. Meminta habuan sex dan duit untuk memudahkan kelulusan dan macam-macam lagi... Sebagai rakyat Marhaen ni apa habuan kita? setakat air sahaja? ketahuilah tembolok, perut dan bawah perut mereka-mereka Pakatan Rakyat Dan PKR sudah kembung, kenyang dan nak meletup menelan satu-persatu kekayaan negeri demi kroni dan keluarga mereka...

Renung-renungkan selamat berjuang

Friday, September 19, 2008

ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN : LEBIH BAIK DIA TIADA

Salam Perjuangan,

Agak terlewat untuk mengupas isu ini namun begitulah pendapat saya lebih baik dia tiada dari ada dan menyusahkan semua orang. Mari kita lihat rentetan perjalanan Zaid Ibrahim ni... kenapa lebih baik dia tiada dari ada dalam UMNO atau Kerajaan...

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah didapati bersalah dalam politik wang (rasuah lah kut) dalam pemilihan UMNO (PERGONG) dan dihukum gantung jawatan dan dalam UMNO... tak termasuk dengar-dengan kehidupan dia yg kebaratan dan suka makan-makan & minum-minum... sendiri mau ingatla minum apa... menyebabkan rakyat dan ahli UMNO benci dia sbb rasuah...

Tak pasal-pasal lepas pilihan raya PLah lantik dia jadi senator dan menteri JPM handle kehakiman kan pelik tu... PLah ni biar betul... ini memang kesalahan besar PLah. Agaknya PLah mengantuk masa susun nama menteri kabinet kut boleh lpula antik org yg terbukti amal politik wang@rasuah jadi menteri. Kata nak hapus rasuah ni apa cerita tindakan dah terbalik ni lantik org rasuah... rakyat makin benci pada PLah n Zaid...

Ok dia jadi menteri... bila dah jadi menteri kita tgk dia ni rupanya jenis org yang tak tau di untung dan mengenang budi serta cuba laksanakan kerja dengan terbaik... siap boleh berselisih pendapat dgn PLah yg lantik dia. Dia juga suka umum benda-benda yg belum diputuskan kabinet atau sepatutnya diumum PLah... tak fikri masa bercakap... main cakap je tanpa fikir panjang Menteri macam mana ni kalau tak tau apa itu kerahsiaan dan protokol... sampai kena soundlah dengan menteri-menteri lain... menteri pula tak puas hati dengan dia...

Perjuangan lepas jadi menteri... ada ka fokus buka balik kes Tun Salleh Abbas. Isu tu sbnrnya ditimbulkan oleh pembangkang demi political milage depa... lepas tu plan utk letak kesalahan pada Tun Mahathir pula... ni dia buat sbb nak popular bukan sbb kebenaran. Kalau kita kaji dengan teliti kita akan lihat tak ada salah apapun yg dilakukan pentadbiran terdahulu dalam kes ini... Kerajaan sekarang sepatutnya konsisten dengan keputan yg telah diambil kerajaan terdahulu... Ni apa ni rakyat jelas nampak macam ada pakatan dan nampak sgt segala cerita dan isu yg disensasikan berkaitan kes Tun Salleh Abbas ini adalah demi merosakkan reputasi Tun Mahathir yg kononnya mengancam PLah... akhirnya sapa dpt untung pembangkang + Majlis Peguam... siap boleh bagi apa tu exgratia... bukan TUN Mahatir tak bela nasib dia org yg terlibat(sila baca fakta) dah memang salah dia org yg terlibat nak sgt tunjuk belang melawan benda yg tak betul pula tu, kena tindakan marah pulak... org Melayu dan Islam bertambah benci kerajaan+PLah+Zaid

Hasil kerja dia Majlis peguam naik tocang sbb rasa kerajaan kini dah lembut dan boleh dipengaruhi tgk lah Majlis Peguam jadi kurang ajar dan biadap anjur Forum terbuka bersifat perkauman pertama berkaitan Hak Istimewa Bangsa Melayu Islam. lepas tu tak serik walau diberikan amaran forum ke 2. Bab Islam pula... memang kurang ajar... kenapalah kerajaan tak ISAkan diaorg ni... kami rakyat Melayu Islam makin marah sbb kerajaan tak buat apa-apa... Menteri pening ni pulak tak kata apa macam bagi sokongan... rakyat meluat+marah+benci = kerajaan PLah+Zaid+UMNO sbb tak buat apa...

Pastu berani komen dan kutuk terbuka Tun Mahathir la... suruh Muhyiddin letak jawatan la komen menteri tu, menteri ni tak betul... Bro cermin dulu kerja ko baru nak menyibuk hal org lain... ko tu dah senior sgt ke nak didik org lain... didik diri tu dulu lah... meluat betul kat Zaid ini - kata rakyat MELAYU ISLAM

Lepas tu kita tgk dia sokong hapuskan ISA... apa sebagai menteri dia tak faham ka apa itu ISA... keperluan dan kepentingan ISA sebagai undang-undang pencegahan... kata berkiblat Amerika tu Amerika pun lepas kejadian WTC buat ISA... ni nak bangkang sbb apa? nak popular atau jiwa dah jadi pembangkang... Rakyat rasa dia memang tak layak jadi menteri... PLah kurang berakal sbb pilih dia...

Ni lepas kerajaan guna ISA untuk redakan ketegangan kaum dia boleh letak jawatan kononnya protes tak setuju dengan kerajaan... ada ka patutnya dialah org pertama bagi penerangan ada rakyat dr sudut undang2 utk faham apa itu ISA dan kenapa perlunya ISA... Menteri apa macam tu jadi menteri tapi lawan kerajaan... .. Meluat x1000

PLAH pula suruh dia tangguh dulu n fikir... ni satu bab kejahilan PLah... apa nak simpan org yg jadi gunting dalam lipatan macam dia lagi... simpanpun macam mendukung biawak hidup buat apa... rakyat tgk apa PLah ni... tak boleh nak fikir ka... lantik diani pun dah satu kesilapan kenapa tak bagi kat MP sabah ka Sarawak... ni dia nak berambus biarkan lah... Zaid ni pula ingat saham tinggi demand konon "saya tak letih saya kecewa" pegilah mabuk sapapun tak rindulah ko tak ada dalam kabinet, dah lah menyusahkan negara... ISLAM dan MELAYU pun ko tak dapat bela malah bagi peluang org lain ganggu gugat... baik duduk rumah diam-diam minum-minum puas-puas...

Ni tak nak pula lepas jawatan senator... kut nak makan gaji buta pun jgn nampak sgt... ko dah tak setuju dgn kerajaan berambus terus lah jgn separuh-separuh... tu nama org tak ada prinsip hidup... ni apa punya manusia lah Zaid ni. Elok la berambus dari kena terajang org & jatuh tersungkur mencium najis... tempat senator tu ada byk lagi org yg lebih layak untuk duduk dan berbakti di situ...

Bagi saya elok dia letak jawatan semua sekali dan jgn ada kaitan dengan kerajaan dah... kan tak setuju dengan prinsip dan tindakan kerajaan... org tak nak dia dah... sbb bukan dia kalah masa bertanding ketua bahagian.. nak bertanding pun tak layak tak cukup kuota pencalunan. Org kampung kawasan dia pun dah tak nak dia ni. Ini nak berkhidmat pada negara mabuk betul...... sedarlah diri sikit org memang tak nak dia dah...

So kesimpulan memang dari awal PLah salah dan bersalah sbb lantik Zaid Ibrahim ni... lebih ramai MP yg lebih layak kenapa insan macam ni dipilih... atau memang PLah serah bulat-bulat pada "penasihat" untuk susun senarai kabinet tu... yelah sbb dengar-dengar tak ada perbincangan peringkat MT UMNO dan peringkat parti komponen untuk buat endosment siapa patut dilantik dalam kabinet... bila meeting je tau-tau dah siap ada senarai cadangan dari pihak PLah (mungkin disediakan barisan penasihat). Itulah PLah... kenapa tak menuntut habis dr TUN M dan ambil gaya dan cara pentadbiran Tun Mahathir... PLah ego sgt, patut mana yg baik diambil dan buruk diketepikan bukan buang semua sekali kan susah tak ada panduan harapkan penasihat kiri dan kanan... jahanamlah negara... plessss Lah fikir skt jgn asyik tido dibuai mimpi je...

renung-renungkan selamat berjuang

Wednesday, September 17, 2008

16 SEPTEMBER TUKAR KERAJAAN : KRONOLOGI PENIPUAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT


Kronologi PEMBOHONGAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT mengenai angan-angan kerajaan baru

SUMBER : Utusan 17 September Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.


23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.


24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".


25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.


28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.


3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.


10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.


31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.


26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.


8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.


12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.


15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.


16 September
Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.
KENAPA BIARKAN DIRI KITA TERUS DIPERBODOHKAN DAN MERELAKAN UNTUK DI TIPU SECARA TERANG-TERANG.
APAKAH ANWAR INGAT KITA TERLALU BODOH UNTUK BERFIKIR LANTAS AKAN TERUS MEMPERCAYAI CERITA BOHONG DARINYA...
BANGUNLAH SEMUA DARI DIBUAI MIMPI INDAH CIPTAAN ANWAR IBRAHIM... YANG TERBUKTI SEORANG MUNAFIK...
JANGAN BIAR DIRI KITA DIPENGARUHI UNTUK TERUS DIJADIKAN ALAT SANDIWARA POLITIK BELIAU...
KERANA BAGI ANWAR APA JUA CARA AKAN DIHALALKAN DEMI MENDAPATKAN KUASA... INILAH WAJAH SEBENAR ANWAR
JANGAN BIAR DIRI ANDA TERUS DIPERDAYAKAN

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.