KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Wednesday, September 10, 2008
ISU PERKAUMAN: MELAYU TIDAK SENSITIF
Antara Ahmad Ismail, Tun Dr Mahathir Dan Ezam Mohd. Nor
Contributed by AMUbaidahS on Wednesday, September 10 @ 13:42:11 MYT Topic: KOMENTAR
Hari ini akan berlansung mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO dengan agenda utamanya untuk menangani isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang kononnya berbaur perkauman. Menarik sekali, isu tersebut bukanlah yang terpenting untuk ditangani oleh Pak Lah dan ahli MKT UMNO pada hari ini.
Saya bukan berniat menyinggung perasaan di sini, tetapi amnya, masyarakat Melayu tidaklah begitu mementingkan isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail buat masa ini. Ini kerana kami pernah mendengar kenyataan dan perbuatan yang lebih berbaur perkauman dari pemimpin-pemimpin semua parti, baik BN mahupun bukan BN, di Malaysia. Perbezaannya, orang Melayu amnya tidaklah sesensitif kaum Cina.
Tengok sahajalah bagaimana orang Melayu tak berapa kisah pun :
1. Tentang penghinaan yang dihamburkan kepada kami yang kononnya mensia-siakan DEB.
2. Orang Melayu juga tak berapa kisah apabila seorang anak Cina yang mempermainkan azan dan lagu Negaraku betapa dipertahankan perbuatannya oleh pemimpin Cina.
3. Malah bila Islam dipertikaikan kedudukannya, kami tetap sabar menangkis segala usaha dan dakyah dengan emosi yang ala kadar sahaja.
4. Di internet, rata-rata sentimen anti-Melayu meleluasa, seperti persoalan yang sering ditimbulkan tentang sama ada Melayu benar-benar penduduk 'asal' Malaysia. Kami tak menuntut maaf kerana kesedaran bahawa wujudnya tamadun Melayu di Semenanjung ini sejak sebelum Masihi lagi. Malah, bila dibilang hero ulung Melayu Hang Tuah itu sebenarnya seorang Cina sekalipun, kami tak marah
5. Ini pun belum masuk cerita Hindraf lagi, yang menuduh Melayu pembunuh, penyamun, penyeleweng dan macam-macam lagi! Diraikan pula pemimpin Hindraf sehingga sekarang ada yang dah jadi wakil rakyat hasil tuntunan undi bukan Melayu... dan juga Melayu! Begitu pemaaf sekali Melayu!
Jadi orang Melayu amnya mungkin hairan sedikit dengan kemarahan yang ditujukan terhadap Ahmad Ismail oleh kaum Cina. Ada juga yang terkilan kerana ada pula pemimpin Melayu yang merasakan perlunya UMNO meminta maaf atau menyatakan kekesalan tentang kenyataan ini. Namun kepada orang Melayu, isu Ahmad Ismail bukanlah isu terpenting yang harus ditangani MKT UMNO hari ini.
Lebih penting bagi orang Melayu amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya, MKT UMNO haruslah meluluskan kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO hari ini. Tak perlulah MKT menunggu borang permohonan keahlian Tun Dr M. Benarkan sahaja pendaftaran Tun Dr M di Cawangan beliau dihidupkan semula. Semalam Tan Sri Muhyiddin sudah pun menyatakan persetujuan Tun untuk kembali ke pangkuan UMNO. Nah, tunggu apa lagi!
Inilah masanya Pak Lah dan kepimpinan UMNO menunjukkan budi-bahasa mereka terhadap pemimpin Melayu yang berjasa. Setidak-tidaknya, keinginan Tun Dr Mahathir untuk kembali ke UMNO haruslah diraikan dengan lebih semangat dari penerimaan semula Ezam Mohd. Nor tempohari.
Ezam, yang bukan sekadar meninggalkan UMNO, tetapi memburuk-burukan kepimpinan negara di Indonesia, memecah-belahkan lagi Melayu melalui PKR dan menghambur hina merata-rata dengan NGO-nya begitu diraikan kembalinya dahulu. Maka wajiblah MKT UMNO menyambut kepulangan Tun Dr M dengan lebih hebat lagi! Si Ezam bekas musuh perosak bangsa manakala Tun Dr M penabur budi dan pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air!
Maka di sini ingin saya rakamkan harapan ramai ahli muda UMNO yang kerdil ini yang MKT akan mengutamakan kepentingan Melayu hari ini.
Utamakanlah pengembalian pendekar Melayu ulung lagi berjasa kita, Tun Dr Mahathir, ke pangkuan UMNO sebelum kehendak kaum lain dilayani dengan apa-apa keputusan terhadap Datuk Ahmad Ismail.
Kemaskini dan Komentar dilayan di...http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/09/antara-ahmad-ismail-tun-dr-mahathir-dan.html
BERITA HANGAT : MAHATHIR KEMBALI PADA UMNO

Friday, September 5, 2008
PANTUN UNDUR - MUFTI PERLIS
DEMI BANGSA DAN AGAMA SERTA NEGARA...
ISKH... ISKH.. KALAU TAK FAHAM JUGA ERMM... SUSAH-SUSAH

SIAPA YA... KAMI PUN TAK TAU...

TAKKAN SAYA... SAYA SUDAH KENA PRU 12... TAPI SAYA ADA DEGIL JUGA !!!
TAKKAN KO NAK AKU... AKU BARU BALIK BUANGAN NI... FIKIR LA...

Bukan Saya... Rakyat Sayang Saya Kata Penasihat Saya

Saya Ada Cakap Macam Tu Ke... Upss!!! he he Betul-Betul Ada he he...?

Sikit Lagi Semua Projek Selesai... Sabar Jangan Undur Kang Terhutang Pulak

Sikit Saja Lagi Pak, Daddy ermm.. Papa... Tolong Lah... Please Jangan Undur Dulu
HA HA HA... AKU TAKDA APA...DUIT SUMER SIMPAN TAK KISAH... BOLEH MAKAN-MAKAN & MINUM-MINUM...

Hang Cepat Pegi Kemas Barang... Kita Buat Suprise, JANGAN BAGI TAU YANG LAIN

Ha Ha... Selamat Tinggal Semua... Ha Ha... Harta Aku Dah Cukup Dah... Apa Pasal Rasa Seronok Lambai-Lambai Ni... Ha Ha

ABIS LAH AKU... DIA BERUNDUR PULAK... HANCUS-HANCUS
INI MACAM LAH... BARU BERANI ANAK JANTAN... SEKARANG BARU AKU DAPAT PELUANG TUNJUK TARING...

MACAM MANA NI... INI BALA BENCANA YANG DITINGGALKAN UNTUK AKU NI ... BUAT ROSAK BUKAN NAK BAIKI DULU SEBELUM BLAH... BAGI ROSAK CUKUP BARU BLAH RUPANYA... CISS !!!
MELAYU BERSATU : KUNCI KESTABILAN
- Komen dalam artikel Lambang Toleransi Kaum Dan Agama http://duniatiger.blogspot.com/
Keadaan harmoni dan penuh toleransi serta aman damai dalam negara kita telah terjalin begitu baik sekali... Saya amat berharap hubungan baik penuh harmoni antara kaum ini kekal buat selama lamanya diwarisi oleh setiap generasi.
Namun perkembangan terkini negara dan keadaan politik amat menggusarkan saya... sedikit sebanyak pengacau dan pengkhianat telah mula menggoncang keharmonian yang dipertahankan ini... demi mendapat kuasa mereka sanggup memanipulasi isu sensitif perkauman....
Apakah keharmonian ini akan terpelihara nanti... bara telah mula menyala... makin hari ia kian panas kerana di tiup oleh angin malaysia baru kononnya... saya amat khuatir bara yang merah ini akan menjadi api yg menyala dan terus membakar tali jambangan perhubungan kaum nanti... maka berulanglah kejadian 13 Mei... nauzubillah
Kunci kestabilan ini adalah org melayu... sedarlah jika melayu kuat bersatu nescaya kaum lain tidak berani bermain api dan menimbulkan isu sensitif... kini ada dalang pengkhianat melayu yg sengaja bermain api, mengorbankan kehormatan bangsa demi mahukan kuasa... maka bangsa lain apa lagi terkinja-kinja memberikan sokongan dan berani mencabar melayu secara terbuka...
Insaflah Melayu Islam... bersatulah demi mengekalkan kestabilan dan keamanan agar dapat dikecapi anak cucu kita nanti... amin
Renung-Renungkan selamat berjuang
ANWAR AGEN FREEMANSON : TERBUKTI

Pemandu pajero yang membawa bersama gambar Anwar dan pemimpin dunia yang lain. Meriah nampaknya pajero ini dengan gambar gambar. Selalunya iklan yang dilekatkan di badan teksi dan bas berbayar.Apakah gambar-gambar ini berbayar juga?Atau ada sponsor tertentu di Permatang Pauh, hinggakan Gus Dur dan Estrada sanggup tumpang sekaki berkempen untuk Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Gus Dur dan Wolfowitz adalah orang yang ditemui oleh Anwar di Munich, Jerman ketika Anwar baru sahaja lepas dari penjara pada Oktober 2004.

Anwar baik dengan Wolfowitz? Anwar sering berkunjung ke Washington menemui Wolfowitz selepas keluar penjara pada Oktober 2004. Dengan bantuan Wolfowitz, Anwar mendapat tiga jawatan pensyarah universiti di luar negara.
Selepas itu, Nurul Izzah pun sambung pengajian di John Hopkins. Malah keakraban yang terjalin ketika Wolfowitz menjadi Duta Indonesia itu membawa kepada perbincangan tertutup dalam Pentagon.
Keintiman Anwar dan Wolfowitz lebih terserlah bila Wolfowitz melantik Anwar sebagai Penasihat Bank Dunia. Ketika nyawa Wolfowitz di Bank Dunia nipis akibat skandalnya dengan Shaha Ali Ridha, Anwar datang menghulurkan bantuan hayat melalui sepucuk surat dari Yayasan Masa Depan untuk menukarkan teman wanita Wolfowitz ke pejabat Anwar.
Wolfowitz membalas jasa Anwar itu, dengan menulis artikel memuji Anwar dalam majalah Time untuk mempromosikan Anwar sebagai antara 100 orang terhebat di dunia. Kini, Anwar bertanding di Permatang Pauh, apakah Wolfowitz (seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan menolong Anwar lagi?
Gambar Anwar bersama dengan Bush yang dipaparkan pada sebuah pajero yang penuh dengan bendera PKR tadi di Permatang Pauh. Mengapa perlu ada gambar Bush? Reaksi senyuman Bush dan Anwar hampir serupa, apakah mereka mendapat khidmat nasihat daripada pakar perunding imej yang sama?
Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?

Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut.
Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi.
Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif?
Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Thursday, September 4, 2008
ANWAR HEBAT GANAS : MAT SABU
TEMURAMAH MAT SABU MENGENAI ANWAR

JUDI ZAMAN ANWAR MACAM MANA???

NI APA CERITA KATA MASA KES 1998 TAK KENAL LAH... TAK RAPAT LAH... NI AII BOLEH KELUAR SAMA APA CITER???
PKR & UMNO BERKUASA KERANA KRONI KELUARGA = SAMA JE
ANWAR LIWAT : DAKWAAN TERHADAP ANWAR BRAHIM








