Thursday, April 3, 2008

Bersatulah Selepas Mendapat Kepimpinan Baru

Salam Perjuangan...

Apa sudah jadi... akhirnya perpecahan berlaku dalam UMNO sendiri. Namun sekiranya itulah harga yg harus dibayar bagi mengembalikan sokongan rakyat... saya rela... demi memastikan kelangsungan Islam, Melayu dan Malaysia... agar saya pasti anak kita dan generasi kita akan datang selamat dan tidak emnjadi mangsa seperti melayu di singapura...

Kita harus rasional... saya pasti KJ nak sgt Mukhriz dipecat dan dijatuhkan... tapi atas alasan apa??? dia mengkritik Pak Lah??? itu saja dosanya... ingat Pak Lah bukan Nabi... yang maksum.
Kita sendiri lihat Pak Lah disebalik perwatakan "alim" selaku Imam besar Hadhari juga tidak terlepas dari godaan nafsu dunia... gambar-gambar byk membuktikan betapa "cepat mesranya" Pak Lah dengan gadis-gadis jelita... merangkul erat bersama usapan di bahu dan sentuhan lembut tangan meramas mesra...

Itu belum termasuk:
1. hal-ehwal pentadbiran negara yg tunggang terbalik(kes minta maaf dgn kerajaan cina sbb wanita melayu henjut kecapi bogel dalam lokap)...
2. kegagalan menguruskan isu semasa (rakyat tak dapat penerangan baik kenapa harga barangan dan minyak naik)...
3. tak boleh nak kawal menteri dan kakitangan bawahan (lihat menteri bergaduh secara terbuka...
4. ekonomi tak berkembang (tanya bussines men terutama kaum cina ada projek tak?)...
5. isu perkauman yg lambat diatasi (hindraf)...
6. Maklumat dan penerangan lembab Islam Hadhari (pembangkan guna utk takutkan org cina)...
7. mementingkan menantu dan kroninya dlm projek dgn jelas (siap call Hassan Merican suruh bg projek pada khairy)...
8. Mencaturkan dan merelakan menantu bermaharaja lela(tgk semua takut KJ sbb KJ menantu Pak Lah, cuba bukan dah lama dia KO)...
9. Terlalu mendengar nasihat penasihat-penasihat tak betul dikelilingnya (menasihatkan paklah supaya gagal)....
10. gagal menguruskan BN dan pilihanraya dengan baik sehingga BN KALAH TERUK DALAM SEJARAH MALAYSIA.

Insaflah... Berundurlah secara terhormat...

Saya tahu KJ nak sangat Mukhriz berundur kerana melihat Mukhriz sebagai pencabar terhebat bagi Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO... tu yg beriya-iya nak jatuhkan tu... betul tak???

Mari Kita lihat apa jasa mereka Khairy... 1. My Team 2. Tunjuk Perasan Kedutaan 2. Timb Pres FAM... apa lagi... byk sgt ke sumbangan dia ni... bermakna ke?

Mari Kita lihat Mukhriz... 1. AMAN MALAYSIA... tak payah cakaplah dgn macam2 misi bantuan dlm negara dan luar negara... 2. Dengan UMNO dah byk sgt dah... yang dilihat begitu bermakna dan berjasa sekali kalau nak dibandingkan dgn KJ... patutnya dulu lagi Mukhriz dah naik jadi Naib Ketua Pemuda... sbb hormat Pak Lah dia mengalah kalau tak sure dia menang...

Kenapa Mukhriz lantang bersuara... saya melihat ini adalah tanggung jawab... kita harus jujur dalam menegur kesilapan... pemimpin yg baik sentiasa terbuka pada teguran... Mukhriz harus menebus kesilapan kerana memberikan laluan pada KJ menjadi Naib Ketua PEMUDA menyebabkan KJ berpeluang merosakkan UMNO dari dalam.

Buat tinjauan dan kajian... kekalahan UMNO bukan disebabkan Pembangkan Kuat tetapi UMNO itu sendiri yg lemah... Org UMNO sendiri menyokong pembangkang demi menyatakan protes pada Pak Lah...

lihat sahaja jentera UMNO pada PRU ke 12 ini. pengalaman saya melihat inilah jentera paling lembek dalam sejarah BN dan telah dibuktikan pada keputusan PRU12 lalu... kenapa jadi begitu... Senang je.. Tidak Puas Hati dgn Pak Lah... dah lah byk isu dan kelemahan... lepas tu tentukan dan letak calon suka-suka ikut logik akal oxford... jahanam-jahanam ... sokongan bukan sahaja hilang terus padam.

Kesimpulannya cukup-cukuplah dinasti Pak Lah... kita perlukan perubahan... perubahan kepimpinan. Jika itu harganya biar kita berpecah seketika dan selepas mendapat kepimpinan baru kita rapatkan barisan mempelbaiki kelemahan kepimpinan terdahulu... demi membawa kestabilan dan keselamatan kepada Islam, Melayu dan negara serta anak cucu-cicit kita nanti.... daripada kita diam menerima kepimpinan yg lemah, berotakkan oxford, mendapat nasihat dari si dungu, mendewakan diri dan ego kononya dialah terbaik... mementingkan kerabat dan kroni... alamat rosak dan binasalah bangsa...

Kata org tua "biar kita bersakit- sakit dahulu... bersenang-senang kemudian... bersatu kita memilih pemimpin baru... bersatu kita menebus kesilapan kita yg lalu...

UMNO dan Kerajaan Perlu Perubahan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo mencadangkan satu dasar baru digubal bagi membolehkan ia mencerminkan kehendak semua kaum tanpa menjejaskan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

Menurut Dr. Mohamad Khir, keputusan pilihan raya lalu menunjukkan semua kaum tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional. Orang Melayu tidak berpuas hati dengan UMNO dan BN. kaum Cina tidak berpuas hati dengan BN, kaum India juga tidak berpuas hati dengan BN.

"Hari ini BN sedang mengalami krisis kerana orang tidak puas hati bukan sahaja terhadap kepimpinan parti dan negara tetapi juga kepada bidang ekonomi, pendidikan dan agama," kata Dr Mohd Khir ketika berucap di forum 'Umno pasca pilihanraya umum ke-12: Satu penilaian' anjuran Mykmu.net di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya hari ini."Jika kita tukar kepimpinan UMNO pun tetapi tiada perubahan dasar atau polisi yang menyebabkan semua kaum marah maka tiada gunanya."

Dasar UMNO tiada SALAHNYA, PEMIMPIN yang BERSALAH

Contributed by drmuzi on Wednesday, April 02 @ 14:13:40 MYT Topic: KOMENTAR-2

Dewasa ini ada 2 cara memahami dan menyelamatkan UMNO. Ada yang caranya dengan MENGUBAH sistem dan DASAR-Dasar UMNO.Pemahaman yang keduanya melakukan perubahan PUCUK KEPIMPINAN.

Pada pandangan saya dasar-dasar UTAMA Umno tiada salahnya, malahan dasar-dasar UMNO jika dilaksanakan dengan JUJUR semestinya mampu memperkukuh Melayu, Agama dan Bangsa dan pada masa yang sama memberikan hak hak yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia berbilang kaum.

UMNO sudah melepasa jangka hayat 50 tahun. Dasar-dasar utama UMNO tidak berubah tetapi PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO yang telah berubah.Jika suatu ketika dahulu mereka dikenali sebagai PEJUANG kini mereka terlebih nampak sebagai GOLONGAN ELITIS.Jarak di antara PEMIMPIM UMNO dengan akar umbi parti dan RAKYAT semakin MELEBAR!Jika dahulu lagak pemimpin UMNO LAGAK si Pemimpin, kini lagak pemimpin UMNO lagak PEMBESAR NEGARA.

Jika ia pun ada pendapat untuk merubah sistem dan dasar mungkin pada pandangan sesetangah pihak dalam meremajakan UMNO untuk mendapat perhatian Golongan MUDA fokus utama sekarang tidak boleh lari dari MERUBAH Kepimpinan UMNO>Percayalah tiada satu punca TERBESAR kekalahan UMNO hari ini dan mungkin mendatang selain dari Pucuk PIMPINAN TERTINGGI.

Bersama merubah pucuk kepimpinan dan selepas itu jika mahu di perhalusi sisitem dan dasar ...diPERSILAKAN.UMNO terbukti hebat jika dikepalai oleh PEMIMPIN yang HEBAT.UMNO hebat diPIMPIN oleh Tun Abdul Razak .UMNO hebat dipimpin oleh Mantan PM Tun Dr Mahathir....lagi mahu disalahkan SISTEM dan Dasar ....?Pemimpin perlu cerminkan diri ....berMUHASABAH diri...PEMIMPIN UMNO yang memegang jawatan tertinggi sekarang tidak ubah dari Burung Burung kakaktua yang mengiakan sahaja apa sahaja yang datang dari pucuk pimpinan tertinggi.

Saya Letakkan segala yang menimpa UMNO ini 100% kepada pemimpin UMNO serta BN.Cuba lihat wajah Samy Vellu-adakah Dasar MIC yang salah ataupun Pemimpin Besar MIC itu sendiri?Cuba lihat kepada Nazri Aziz-antara dasar dan sistem UMNO serta peribadi dan tingkah laku Nazri di Aprlimen mana yang lebih menjerat UMNO kepada kepupusan?Cuba fikir masak masak antara Abdullah Badawi yang hidup MEWAH sedangkan Rakyat dibebani INFLASI dengan Dasar dasar dan Sisitem UMNO?

Batu Jemala siapa kita patut letakkan kesalahan ini?Tidak perlu menyalahkan SISTEM-jawapannya sudah terang lagi BERSULUH-Pemimpin UMNO dan BN sudah hilang ROH Pejuang dan kini diselubungi "ROH PERUT" seperti yang dikatakan oleh ahli panel Dato Dr Puad Zarkashi.

Orang Melayu Akan Diperalat Jika Pilih Anwar Jadi PM, Kata Dr M

Laporan Bernama:

PULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.
“Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.

“Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana,” katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

“Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,” katanya.
Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang layak bertanding jawatan tertinggi Umno yang dikekalkan semasa menjadi Presiden Umno adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh bertanding dan bukan bagi kepentingan peribadi.

Di bawah sistem kuota itu, perlembagaan Umno mensyaratkan seseorang calon perlu memperoleh pencalonan sekurang-kurangnya daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.

Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.
Dr Mahathir berkata: “Apa ada kepentingan saya. Saya menang bukan banyak tu aja. Saya menang tanpa bertanding banyak kali.”“Ini kita buat semua tu sebab kalau tidak, akan jadi macam Sulaiman Palestin. Dia bukan ada sokongan sangat tapi bertanding,” katanya.Dr Mahathir berkata pada masa beliau memimpin Umno untuk mendapatkan 60 pencalonan daripada bahagian tidak menjadi masalah.

Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana “Dia (Anwar) dapat bukan main banyak…lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini bahawa beliau sebagai seorang anggota Jawatankuasa Perlembagaan parti telah mengemukakan kepada Dr Mahathir cadangan anggota parti akar umbi untuk menarik balik kuota 30 peratus.Bagaimanapun Dr Mahathir memintanya membiarkan sahaja, dan ini kata Muhyiddin kebanyakkan disebabkan pada hakikatnya Dr Mahathir ialah presiden Umno pada ketika itu dan peraturan ini akan melemahkan sebarang cabaran kepada presiden.

Dr Mahathir menjelaskan langkah Umno berkenaan meneruskan sistem tersebut pada ketika itu bagi memastikan pemilihan parti dilaksanakan secara serius kerana “orang yang dicalonkan bukan secara serius dan kita nak adakan pemilihan makan masa.”

Tun Dr. Mahathir: PM ‘Flip Flop’ Abdullah tak malu, lena dan perlu undur

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa PM ‘Flip Flop’ Abdullah Ahmad Badawi sebagai “Tidak malu kerana enggan berundur walaupun telah kalah di 5+1+2 negeri”.

Beliau juga menegaskan “Mesti sedar dari lena” bahawa Kepimpinan tidak lagi diyakini rakyat, termasuk Istana.

Beliau berucap diperasmian mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong, disebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang. Semalam, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diberikan sambutan hambar semasa tiba diLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam sessi soal jawab, beliau menjelaskan bahawa pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988 ialah mengikut peruntukan Perlembagaan dan berdasarkan undang undang. Mantan Presiden UMNO juga menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai “Man of many tongues” dan kerap berkata lain kepada lain lain kumpulan, walaupun atas isu yang sama. Mengenai laporan Jerusalem Post membuat analisa bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang, Tun Dr. Mahathir bersetuju bahwa Anwar mendapat sokongan kuat Yahudi seluruh dunia dan juga menambah “Anwar sesuai menjadi PM Israel”.
Tun Dr. Mahathir berkata “Ahli UMNO mendapatkan kembali ‘hak mereka’ kerana UMNO dan empat parti lain telah dirosakan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah”.

Yang dimaksudkan ialah BN, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Beliau juga mengingatkan ahli UMNO tidak perlu gentar untuk menyuarakan pendapat mereka dengan jelas dan membuat pilihan. Ianya tidak bermaksud ahli UMNO perlu memberontak. Sekadar melakukan apa yang ahli UMNO bertindak kepada Presiden UMNO pada 1951 dan 1969, “Walaupun Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra berjasa begitu besar kepada UMNO, tetapi perlu berundur untuk kebaikan parti dan orang Melayu”.

Semasa sidang media, beliau ditanyakan mengenai calon Presiden UMNO “Ramai ahli UMNO sesuai menjadi Presiden UMNO”. Apabila ditanya adakah maksud beliau ianya terdiri dari Ahli MT UMNO sekarang, “Mungkin juga dan mungkin ada yang lain yang lebih sesuai. yang pentingnya, Presiden UMNO tidaklah bergantung pada ‘pengapit’ (adviser) dari keluarga sendiri!”. Ini merupakan desakan yang amat lantang kepada Presiden UMNO dalam negerinya sendiri, terutama apabila Presiden UMNO itu sendiri ‘kehilangan’ negerinya sendiri.

Berdirilah disisi saya untuk mencari kebenaran-YB Dato Mukhriz


Berdiri disisi saya, untuk cari Kebenaran, yakinkan rakyat, yakinkan orang UMNO kembali, syiarkan ugama Islam, martabatkan Bangsa dan majukan Negara!”, desak Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir di Forum UMNO PASCA PRU12 anjuran KMU.net disebuah hotel di Petaling Jaya.

Mukhriz juga mengulas apa yang terjadi kepada UMNO hari ini ialah akibat pemimpin UMNO ada ‘Budaya Takut’; “Takut hilang jawatan, takut hilang kontrak, takut tidak mendapat sokongan Kepimpinan”. Tambah beliau lagi “Golongan muda, terutama yang berpendidikan kini menjadi tersisih dan menjauhi UMNO”.

Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Hj. Mohd. Fuad Zarkashi berpendapat bahawa MT UMNO perlu rombakan, sebagaimana pengharaman UMNO 4 Feb 1988, berlaku “Pembetulan, pembersihan dan ‘akhlak politik’ pemimpin”. “UMNO dipimpin oleh ramai yang suka ‘mengangguk”. Reform keatas UMNO, lebih lebih lagi Pemuda UMNO ini perlu dilakukan segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu dan pandangan suara golongan muda perlu dikaji dan jadikan aspirasi untuk membuat keputusan.

Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengulas mengenai semua pihak tidak puas hati mengenai perlaksanaan DEB dan perlu melihat semula formula yang perlu diguna-pakai.Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas gema sorakan dan respons para hadirin hari ini merupakan “Bunyi UMNO dahulu”. Beliau juga menjelaskan sistem kuota yang diperkenalkan oleh UMNO kerana pemimpin seperti Anwar Ibrahim mampu mengulingkan seorang pemimpin UMNO yang amat berjasa seperti En. Ghaffar (Baba) tetapi sekarang bersetuju sistem kuota ini dimasuhkan kerana ahli ahli UMNO kini dilarang ‘bersuara’ dan ujud budaya takut.”
Beliau juga menambah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mencabar beliau untuk jawatan Presiden UMNO dan beliau hampir kalah. Tun Dr. Mahathir kini membuat ‘fikiran kedua’ mengenai Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai calon mencabar Kepimpinan dan juga menegaskan mana mana pemimpin yang berhasrat untuk menerajui parti perlu dipilih Perwakilan dan mendapat sokongan kuat akar umbi. Beliau menyokong mesyuarat agung luar (EGM) UMNO sebagaimana yang dicadangkan oleh Tengku Razaleigh tetapi menambah EGM juga wajar memutuskan sistem kuota ini dimansuhkan.

Mantan Presiden UMNO ini juga mengulangi sindiran sinis mengesa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dan juga memberi gelaran “DYMM Sultan Abdullah Shah”, sebagai merujuk kemelut krisis dengan pihak istana.

Dalam sidang media, apabila ditanya pemberita, Mukhriz mengaku bahawa pilihan peribadi beliau untuk Presiden UMNO ialah Timbalan Presiden UMNO Dato’ Serii Mohd. Najib Tun Razak dan bersedia menimbang untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya selepas Dato’ Seri Hishamuddin Hussein membuat keputusan mengenai kedudukan beliau dalam pergerakan sayap kiri UMNO itu.

Semangat Baru Sikap Lama

Petikan dari KMU tulisan Oleh: Nihaz Mohd Yusoff
Program UMNO PASCA PILIHANRAYA UMUM KE 12 - SATU PENILAIAN pada 1 April di Hotel Singgahsana, PJ anjuran laman ini berjaya memberikan semangat baru kepada ramai penyokong-penyokong UMNO yang telah kecewa dan juga kepada rakyat, terutama anak muda yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku dalam Malaysia hasil dari ‘kegeligaan’ (baca: kegilaan) otak graduan Oxford.

Untuk mengulas lanjut mengenai program tersebut, rasanya tidak perlu kerana semua orang boleh mencapainya di youtube dan membaca ulasan-ulasan bloggers dan juga penulis lain
Di dalam majlis tersebut, buat seketika, saya adalah antara mereka yang kepanasan bila seorang peserta membangkitkan persoalan tentang Anwar Ibrahim. Diam-diam di dalam hati berkata ‘sedarkah dia ini bahawa KMU wujud atas kesedaran untuk menyelamatkan negara daripada Anwar Ibrahim?’Kepanasan saya terhadap ‘budak’ itu tidak lama, saya menjadi terkejut apabila ‘budak’ tersebut ditunjuk jalan keluar. Saya merasa terkilan kerana ‘budak’ itu tidak dapat menghabiskan soalannya dan panelis tidak dapat memperdengarkan jawapan mereka. Mahu rasanya saya berlari ke mikrofon dan meminta ‘budak’ itu dibawa masuk kembali. Tetapi, jika berbuat demikian mungkinkah saya pula yang akan diheret keluar???

Insiden ini adalah antara dua kecacatan dalam majlis yang telah berlangsung dengan jayanya itu.
Kemarahan penyokong UMNO Selangor terhadap bekas MB mereka telah juga mencacatkan majlis ini. Ini kerana mereka telah bertindak dengan agak menjengkelkan bagi majlis ilmiah seperti ini.

Walau apapun, pada hari tersebut kita telah dapat melihat keberanian DS Khir Toyo yang sanggup hadir dan menerima belasahan demi sayangnya pada UMNO dan Melayu. Sedikit keberanian wajar diberi penghormatan dalam masyarakat yang penuh dengan pengecut dan penakut ini.

Jika ada yang masih marahkan DS Khir Toyo, fikir-fikirkanlah perkara ini. Berapa ramai pemimpin UMNO yang sanggup memikul tanggungjawab dan menyerah diri untuk di belasah oleh rakyat semata-mata kerana ingin memulihkan Parti? Rata-rata pemimpin UMNO masih pun belum mengaku bahawa mereka telah bersalah, apatah lagi untuk memikul tanggungjawab. Untuk itu, DS Khir Toyo wajar diberi penghormatan.

Dari sudut lain pula, segala yang berlaku menunjukkan betapa benarnya kata Ayahanda Tun M bahawa pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi perlu dilihat bersih.

Pemimpin UMNO juga harus menerima hakikat dan jangan dengan mudah menganggap bahawa yang menjerit marah dan menyampah kepada pemimpin UMNO itu adalah penyokong pembangkang yang ingin membuat kacau. Dari keputusan pilihanraya yang lalu, terbukti bahawa penyokong UMNO sendiri dan juga pengundi atas pagar juga sudah amat menyampah kepada pemimpin mereka berdasarkan apa yang mereka lihat dan rasa.

Pemimpin tidak boleh sekadar mengharapkan penyokong menerima cakap-cakap mereka bagi menjawab sesuatu isu kerana cakap pemimpin politik bukannya sama dengan cakap ketua di pejabat atau cakap rakan-rakan di kedai kopi. Cakap pemimpin politik seringkali dianggap rakyat tidak laku, berbelit dan retorik. Pemimpin politik kini dinilai oleh rakyat melalui apa yang dilihat dan dirasai dan bukan lagi dari apa yang dicakap.

Zaman berpolitik dengan bercakap sudah hampir berlalu. Pemimpin harus cepat mengejar rakyat dari segi kematangan dan bukannya jauh ketinggalan di belakang.

Kerana jauh ketinggalan dan menidakkan keintelektualan rakyatlah maka UMNO menghadapi nasib seperti hari ini.

Seperti kata Dato’ Mukhriz, UMNO bukan lagi diberi tamparan, tetapi sepak terajang oleh rakyat. Tentu hebat sekali manusia yang masih mampu tidur berdengkur setelah disepak.
Keseluruhannya, forum ini menjurus kepada satu rayuan, seruan dan tekanan agar berubahlah dan berubahlah segera! Jangan jadi penakut, pembodek dan jangan jadi bodoh dan hina dengan membiarkan negara tergadai dan hancur berkecai di hadapan mata kita. Semoga dengan program ini, semua perserta dapat kembali ke kawasan masing-masing dengan satu semangat gempur yang baru. Lakukan apa yang perlu - realisasikan EGM yang dicadangkan Tengku Razaleigh dan `jika UMNO berani, maka tentunya pemimpin yang layak akan tetap dicalonkan oleh bahagian-bahagian’ kata YB. Dr. Puad Zarkashi, Ketua Penerangan UMNO Johor.
Semoga kita berjaya menyelamatkan bangsa dan negara dari dihancurkan oleh sikap pemimpin dan sikap kita sendiri.

Sebelum terlupa, Setinggi tahniah kepada semua petugas KMU bagi program ini. Melalui program ini, KMU telah meniupkan semangat berani kerana benar kepada semua. Walau pernah dituduh sebagai pembangkang, dihalau keluar dari pejabat UMNO, diugut dan sebagainya, KMU tetap berani kerana benar. Dan kerana benarlah, KMU masih lagi berdiri sehingga hari ini.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.