Friday, March 14, 2008

Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar

Oleh: ZIN MAHMUDAKHIRNYA

Jumaat lalu, Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz mengumumkan pelepasan jawatannya berkuat kuasa 30 Jun ini. Keputusan itu dibuat atas tekanan dan beliau mengumumkannya setelah Lembaga Pengarah menyifatkan tindak-tanduk Wolfowitz yang kontroversi melibatkan kenaikan gaji rakan wanitanya, Shaha Riza dibuat dengan etika dan niat baik.Walaupun Selasa lalu, panel khas lembaga pengarah bank itu membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan, tetapi dalam kenyataan Jumaat lalu, pihak bank tidak menyalahkan sesiapa.Kenyataan bahawa kesilapan berlaku tanpa menyatakan sesiapa merupakan langkah menyelamatkan air muka Wolfowitz yang sebelum ini enggan melepaskan jawatan.

Wolfowitz berulang kali menyatakan keengganannya untuk melepaskan jawatan di mana kedudukannya disokong oleh Presiden George W. Bush. Dalam dia mengaku membuat kesilapan, beliau menegaskan perlunya misinya di Bank Dunia diselesaikan demi menyelamatkan orang miskin, khususnya di pinggiran Sahara Afrika. Tetapi dengan pihak Bank Dunia tidak meletakkan kesalahan pada beliau, maka tindakan itu boleh dianggap sebagai menyelamatkan air muka apabila ternyata akhirnya tokoh neokonservatif itu mengundurkan diri.Kontroversi Wolfowitz secara permukaan kelihatan seperti kes nepotisme biasa di mana seorang yang berpengaruh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan rakan wanitanya. Tetapi yang berlaku lebih daripada itu. Sebagai tokoh neokonservatif, fahaman yang memperjuangkan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan kekuatan tentera, Wolfowitz juga dikenali sebagai penggerak kepada Perang Iraq. Sebagai bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, beliau menjadi penasihat Bush dalam menggerakkan perang menentang keganasan termasuk di Afghanistan dan Iraq.

Sudah tentu, di AS dan Eropah, Wolfowitz melahirkan banyak musuh khususnya di kalangan kiri, baik dari Parti Demokratik, mahupun di negara-negara Eropah yang mempunyai komuniti politik kiri berpengaruh.Walaupun mereka terpaksa akur terhadap pilihan Bush supaya Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, tetapi golongan ini dikatakan sentiasa menanti peluang untuk menyingkirkan Wolfowitz kerana penolakan mereka terhadap neokonservatisme.Maka kontroversi Shaha Riza ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan. Di AS dan Eropah Barat, media politik, baik dalam bentuk cetakan mahupun Internet menyiarkan pelbagai laporan dan komen untuk mencari kesalahan dan kelemahan Wolfowitz. Antaranya ialah majalah mingguan politik tertua di AS, The Nation. Majalah yang bebas daripada sebarang politik ini diterbitkan sejak 1865 dan membawa tulisan-tulisan kritikal terhadap perkembangan politik di AS. Ia juga menyediakan laman web dan blog yang berwibawa.Pengarang The Nation bagi Washington, David Corn dalam blognya mengikuti perkembangan Wolfowitz dari awal kontroversi ini tercetus. Dengan bantuan penyelidikan oleh pemberitanya, Stephanie Cordon, Corn memaparkan bagaimana konflik kepentingan berlaku.Shaha Riza sedang bekerja dengan Bank Dunia sebagai pegawai komunikasi bahagian Timur Tengah semasa Wolfowitz dilantik presiden pada tahun 2005.

Melihat apa yang beliau sebut sebagai ‘‘potensi konflik kepentingan’' kerana Wolfowitz akan menjadi bos kepada teman wanitanya itu, maka diaturkan supaya Shaha terus menjadi kakitangan bank tetapi dipindahkan daripada bank itu. Bermakna walaupun gajinya dibayar oleh bank itu tetapi dia tidak bekerja di bawah Wolfowitz.Dari segi ini, Wolfowitz bertindak secara beretika bagi mengelak nepotisme dan konflik kepentingan. Masalahnya ialah perpindahan itu menyebabkan kenaikan gajinya sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus. Kenaikan ini pula dibuat di atas tekanan dan pengaruh Wolfowitz. Bagaimana kenaikan gaji ini berlaku melibatkan pelbagai hujah, yang dikesan menerima campur tangan daripada Wolfowitz. Corn memaparkan tahap-tahap hujah ini dalam blog beliau.Pada September 2005, pakej gaji Shaha selesai diputuskan. Bank Dunia dan Jabatan Negara (Kementerian Luar bagi AS) setuju meletakkannya dalam Biro Hal Ehwal Timur Dekat. Kalau Timur Tengah merujuk pada Asia Barat, Timur Dekat membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean.

Shaha diberi tanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut.Yayasan itu dinamakan Foundation for the Future, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Melihat kepada laman web yayasan itu, pernyataan misinya ialah menyokong pertubuhan masyarakat sivil dalam usahanya untuk menyemai demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.Mandatnya menumpukan perhatian kepada menyokong pilihan raya yang bebas, adil dan benar-benar kompetitif, peraturan undang-undang, akses kepada ketelusan maklumat, kebebasan berpersatuan, kebebasan media, akses kepada pendidikan sivik, pemerkasaan wanita dan hak asasi manusia seperti termaktub dalam konvensyen dan persetujuan antarabangsa.

Selain daripada Anwar sebagai pengerusi, lain-lain anggota lembaga pengarah ialah Rahma Bourqia dari Maghribi, Kamel Abu Jaber dari Jordan, Laila al-Hamad dari Kuwait, Bakhtiar Amin dari Iraq, Andreu Claret Serra dari Sepanyol, Burhan Ghalioun dari Syria, Jamil Mroue dari Lebanon, Sandra Day O‘Conor dari AS, Abdul Rahman al Rashed dari Arab Saudi, Naguib Sawiris dari Mesir dan Dr. Cornelio Sommaruga dari Switzerland.Yayasan ini berbentuk multilateral, tidak membuat keuntungan dan fokus pada memberi geran sebagai pembiayaan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja untuk kebebasan dan demokrasi di Afghanistan, Algeria, Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Tunisia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Yemen.Menurut laman web yayasan itu, setakat ini negara-ne- gara yang telah berjanji untuk menyumbang biaya ialah Bahrain, Denmark, Suruhanjaya Eropah, Greece, Hungary, Itali, Jordan, Belanda, Qatar, Sepanyol, Switzerland, Turki, United Kingdom dan AS. Corn dalam blognya yang tersiar di laman web The Nation itu menyatakan bahawa pada 1 Oktober lalu, Anwar telah menulis kepada seorang pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia, Robin Cleveland meminta supaya dipindahkan Shaha dari Jabatan Negara kepada Foundation for the Future. Dua bulan kemudian, bank itu menyatakan persetujuannya.Pengarang itu selanjutnya menceritakan bagaimana Wolfowitz berkenalan dengan Anwar pada tahun-tahun 1980-an ketika beliau menjadi duta AS di Indonesia. Maklumat ini, menurut Corn diperoleh daripada Aasil Ahmad yang dikatakan seorang penasihat kepada Anwar.

Sepanjang Anwar dalam penjara, menurut Corn, Wolfowitz adalah orang yang kuat membela beliau. Sejurus selepas Peristiwa 11 September, katanya, Anwar yang masih di penjara menulis satu esei mengecam serangan itu dan menyeru umat Islam menangani soal ‘‘penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di Iraq akibat diktatornya” iaitu merujuk kepada Saddam Hussein.Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Wolfowitz, menurut Corn terbang ke Jerman untuk bertemu beliau. Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya.

Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu. Foundation for the Future walaupun bukan sebuah agensi kerajaan AS telah menerima komitmen AS$35 juta dari AS dan kira-kira $20 juta diikrar oleh kerajaan-kerajaan lain.Memetik kata-kata Aasil, Corn menulis bahawa presiden pertama yayasan itu ialah Bakhtiar Amin, seorang Iraq yang pernah menjadi menteri kerajaan sementara pertama Iraq di bawah AS. Bagaimanapun dia meninggalkan jawatannya kerana dikatakan tidak berkemampuan dengan memetik seorang sumber yang pernah bekerja dengan yayasan itu.Yayasan itu dikatakan tidak mempunyai ketua pegawai kewangan dan ketua pegawai operasi. Tahun lalu, ia membuat keputusan membuka pejabat di Beirut sebelum perang berlaku. Ia juga tidak mempunyai pejabat tetap di Washington.

Permintaan maklumat melalui e-mel tidak dijawab dan laman webnya itu tidak membekalkan nombor telefon. Operasi harian dikatakan dilakukan oleh Shaha. Aasil, menurut Corn memberitahu bahawa geran akan mula diberikan pada awal Jun. Tetapi maklumat yang diperoleh dari blog di laman-laman web lain di AS lebih menarik mengenai Shaha Riza. Oleh kerana komuniti yang menentang Perang Iraq, justeru bermakna anti- Wolfowitz adalah ramai, maka ia terserlah dalam ruang siber.

Antaranya ialah Moon of Alabama yang memetik laman web Daily Kos dan The Washington Note. Tulisan Bernhard bertarikh 16 April lalu di Moon of Alabama dengan tajuk ‘‘Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture’' menyebut bahawa sebelum bekerja dengan Bank Dunia pada tahun 1997, Shaha Riza bekerja untuk National Endowment for Democrasy (NED), sebuah NGO yang ditubuhkan melalui pentadbiran Presiden Ronald Reagan, yang beroperasi membiayai usaha mengubah kerajaan dan membantu parti-parti politik asing yang pro-AS.Dengan memetik Rightweb, sebuah laman web yang kerjanya mendedahkan rangkaian dan agensi golongan kanan di AS untuk melihat kaitan mereka bagi melancarkan perang menentang keganasan, termasuk Perang Iraq, dinyatakan bahawa NED dipengerusikan oleh Vin Weber dengan ahli lembaga Francis Fukuyama, bekas ahli lembaga Paula Dobriansky dan Paul Wolfowitz menandatangani pernyataan pengasas Projek bagi Abad Baru Amerika.

Pernyataan Projek bagi Abad Baru Amerika kini dikenali sebagai manifesto neokonservatisme.Dobriansky dan Wolfowitz menyertai pentadibran Presiden George W. Bush pada tahun 2001. Fukuyama yang menulis buku-buku memperjuangkan neokonservatisme kini sudah meninggalkan fahaman itu. Laman web Moon of Alabama itu juga memetik satu laporan dari Arab News, akhbar harian bahasa Inggeris di Timur Tengah paling terkemuka bertarikh 16 November 2006 yang mamaparkan tentang kehadiran Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice dan Liz Cheney di Forum of the Future (Forum Masa Depan) di Bahrain.

Mereka menyaksikan pelancaran dua institusi iaitu Fund of the Future (Dana bagi Masa Depan) bernilai AS$100 juta bagi menyediakan modal untuk perniagaan kecil dan sederhana. Institusi kedua ialah Foundation for the Future bernilai AS$55 juta yang ditubuhkan untuk menyokong NGO bagi melaksanakan projek-projek bagi menggalakkan kebebasan akhbar dan demokrasi.

Anwar Dan NED

Baru-baru ini kita telah membaca sebuah rencana hujung minggu tulisan Zin Mahmud, berkaitan dengan hubungan erat bekas pemimpin tertinggi negara yang dipecat dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.Buat pengetahuan pembaca juga yang belum membaca mengenai Paul Wolfowitz ini, beliau adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan regim Yahudi di Palestin. Wolfowitz adalah merupakan salah seorang tokoh yang dibentuk daripada gerakan Yahudi ‘The Jewish Institute for National Security Affairs’ (JINSA), dan telah dilihat sebagai salah seorang yang bertanggungjawab sebagai pencetus perang dan malapetaka politik di Iraq pada tahun 2003, selain arkitek perang di Afghanistan.

Dijelaskan juga bahawasanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan Utusan 19 Mei 2007, “Saya mengaku pernah bertemu dengan Wolfowitz di Jerman selepas saya keluar dari penjara tetapi pada pertemuan itu saya mengatakan kepadanya Amerika Syarikat (AS) perlu keluar dari Iraq."

Apakah benar beliau hanya berjumpa Wolfowitz itu sekali? Ataupun mungkin juga dua tiga kali sebelum dan sesudah itu? Ataupun selalu berjumpa dengannya terutama ketika sebelum,semasa dan selepas memegang kuasa dalam kerajaan? Apakah tidak mungkin ada atau wujudnya agenda-agenda yang terselindung di sebalik pertemuan-pertemuan tersebut?

Dijelaskan di dalam rencana itu juga, kaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shaha (teman wanita Wolfowitz) dan Biro Hal Ehwal Timur Dekat yang membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean. "…Dalam perkara ini, Shaha bertanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut. Yayasan itu dinamakan ‘Foundation for the Future’, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Manakala organisasi yang bernama, ‘National Endowment for Democracy’ (NED), yang telah ditubuhkan pada tahun 1983, pada zaman pentadbiran Ronald Reagan,adalah merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang bebas dan bukan bermatlamatkan keuntungan, berperanan membantu menguruskan institusi demokrasi menerusi badan-badan bukan kerajaan yang ada di serata dunia. Pentadbiran Reagan pada ketika itu telah meluluskan peruntukan sebanyak USD 65 juta untuk tujuan promosi demokrasi Amerika ke seluruh dunia menerusi NED ini. Carl Gershman adalah seorang yang berbangsa Yahudi, yang telah menjadi Presiden kepada badan ini sejak April 1984.

Secara kesimpulannya, di dalam pertubuhan NED ini mempunyai ramai lagi tokoh Yahudi yang berselindung di dalam perjuangan demokrasi, tetapi matlamat utama mereka adalah melindungi segala kepentingan Yahudi di serata dunia dan menganggu-gugat ketenteraman dunia-dunia Islam dengan ‘misi demokrasi’ mereka yang tidak pernah kunjung reda, dengan harapan dunia Islam menjadi kucar-kacir dan huru-hara, supaya mudah mereka menakluki ekonomi dan pentadbiran negara-negara tersebut terutamanya negara-negara Islam.
Di dalam laman web GERAK yang dipimpin oleh Saudara Ezzam, anak didik Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada capaian kepada USAID, sebuah pertubuhan yang sama seperti NED tetapi berselindung di bawah program bantuan kemanusiaan.

Harus diingatkan di sini bahawasanya, oleh kerana laporan sebuah laman web menyebabkan bekas ketua sebuah agensi kerajaan disiasat kerana kemungkinan salah guna kuasa, bagaimana pula laporan rencana mengenai bekas pemimpin negara dan partinya yang mungkin menjual kepentingan negara?Apakah tiada tindakan diambil lantaran takut dengan ’suara demokrasi sumbang’ yang dilaungkan?

Lantaran itu, saya sangat menyokong kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin, supaya sahabat baik kepada arkitek perang terhadap Afghanistan dan Iraq ini, menjelaskan hal tersebut dengan terperinci, kerana kita khuatir dan sangat mengambil berat andai ada pengkhianat yang cuba menjual kepentingan negara dan bangsanya sendiri.

Tambahan pula kita rakyat Malaysia, sangat tidak selesa terhadap orang dalam negara ini, yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang terbabit dalam skandal dan salah guna kuasa serta perang di Asia Barat. Berkata benarlah walaupun pahit.

Thursday, March 13, 2008

Abdullah Hj Ahmad masih tidak berubah



Petikan Dari Sang Kelembai:


Kami tidak kata bahawa saya di sana dan saya hanya bercakap untuk orang Melayu (dan) saya tidak mahu bercakap untuk orang lain.

Saya telah katakan bahawa saya Perdana Menteri untuk semua dan saya tetap dengan pendirian itu, katanya.Petikan : Utusan Malaysia 11hb Mac 2008.

Berdasarkan kenyataan itu "Saya Perdana Menteri" oleh Abdullah Hj Ahmad maka jelaslah bahawa sebaik sahaja beliau di lantik semula sebagai Perdana Menteri dan mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya dia masih tidak berubah, malah masih angkuh dan sombong yang berterusan dan menunjukkan kebingungannya walhal semua tahu bahawa dalam Perhimpunan Agung UMNO di selalu menyebut slogan “Hidup Melayu”. Bukankah itu satu bentuk perjuangan untuk Melayu atau mungkin memperalatkan Melayu tetapi yang untung adalah Patrick Lim serta kuncu-kuncu anak dan menantunya yang sebilangan besar bukan Melayu dan sebenarnya perkataan Hidup Melayu tidak pernah disebut oleh mana-mana Perdana Menterinya sebelumnya.Rakyat hari ini telah menyaksikan bagaimana gilanya dia hendak dilantik menjadi Perdana Menteri dengan mengetepikan satu peraturan melantik seorang Perdana Menteri bila dia sendiri menyampaikan kepada Yang Di Pertuan Agong sehingga KSN - Ketua Setiausaha Negara tidak berperanan sebagai pegawai yang sepatutnya menjadi perantaraan bagi melantik Perdana Menteri dan mengumumkan perkenan Yang Di Pertuan Agung mengenai pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan majlis menghadap bagi tujuan mengangkat sumpah.

Persoalan besar kenapa BN-Barisan Nasional kalah begitu teruk sehingga terlepas bukan lima negeri malah enam negeri jika di ikut konsep majoriti bila Wilayah Persekutuan dikuasai oleh pembangkang 10 dari 13 kerusi yang di pertandingkan.Rakyat nampaknya mengikut fenomena yang pernah wujud dalam tahun 1969. Bila rakyat yang baru 12 tahun mengecap udara kemerdekaan dan yang memperjuangkan itu adalah UMNO tetapi apabila menyentuh soal kepentingan rakyat, pemilih atau pengundi mengetepikan jasa dan sumbangan UMNO dan Perikatan tetapi sungguhpun tidak menafikan sumbangannya.

Apakah sebab para pengundi bertindak sehingga menafikan 2/3 kekuatan Perikatan jika tidak dia bantu oleh ahli Parlimen Sabah dan Sarawak? Sebabnya ialah, selepas beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahman dalam beberapa isu semasa yang melibatkan orang Melayu dan keputusan mengeluarkan Singapura dari Malaysia serta dari segi orang bukan Melayu ialah soal kedudukan tanah yang diduduki dan gaji kaum buruh termasuk pekerja ladang.Dan yang terpenting ialah persetujuan Tunku Abd Rahman meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Tun Abd Razak setelah didesak oleh MKT - Majlis Kerja Tertinggi UMNO (sebutan masa itu) menjelang PRU ke 3 itu.

Tetapi apabila tibanya masanya, Tunku bertukar pendirian bila bertanding semula di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Dan soal Tunku sudah bersetuju berhenti menjadi Perdana Menteri itu telah tersebar dikalangkan orang-orang awam. Di sini segalanya bermula kekalahan teruk Perikatan di tahun 1969.Hari ini isunya sama, walau pun MT- Majlis Tertinggi UMNO menyokong penuh dan tidak pernah menyebut atau mendesak meletakan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah Hj Ahmad walau pun semua orang UMNO tahu dan sudah menjadi tidak rahsia lagi bagaimana garang Annuar Musa dari Kelantan meminta Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan Perdana Menteri selepas prestasi BN merosot selepas PRU ke 10 dan menikus di zaman Abdullah Hj Ahmad kerana melindungi beberapa kes rasuahnya yang ditahan pendakwaan oleh Abdullah Hj Ahmad.Begitu juga isu pembatalan jambatan baru ke Singapura, kenaikan harga barang walau rakyat ditipu dengan kenaikan gaji tetapi terdapat berjuta kaum buruh dalam sektor swasta masih gaji di tahap lama dan Abdulah Hj Ahmad tidak melayan gaji minima yang diperjuangkan kaum buruh dan banyak wang negara untuk dibelanjakan dicurah kepentingan perniagaan anak, menantu dan kroni.

Maknanya isu tahun 2008 sama dengan tahun 1969 kenapa UMNO tidak belajar darinya, atau semua orang UMNO tidur sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dengan tidurnya.Dan adalah tidak benar bahawa apa yang dikatakan oleh Johari Baharom seorang bekas guru jasmani yang dilantik menjadi Timbalan Menteri kerana jasa mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perwakilan UMNO di Kubang Pasu dalam TV 3 bahawa selepas PRU Ke 10, UMNO tidak mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan yang berbeza dahulu gesaan peletakan jawatan itu dibuat oleh Menteri-menteri atau Menteri Besar yang bermasalah yang di Ketuai oleh Shahidan Kassim dan Khalil Yaakob tetapi hari ini oleh akar umbi.

Kekalahan BN banyak faktornya dan jika hendak mengkaji sebab-sebabnya, Abdullah Hj Ahmad yang suka memecahkan masalah dengan menyerahkan orang lain menyelesaikan dan yang dia tahu hanya membuat Suruhanjaya Diraja, elok benar diwujudkan satu Suruhanjaya Di Raja membuat siasatan dalam ketelusan SPR-Suruhanjaya Pilihan Raya atau Suruhanjaya Bebas menyiasat kekalahan BN dan di mana akan sendirinya akan menjelaskan kenapa.Bagi mereka yang ada asas sains politik, mereka tidak ada apa-apa yang menghairankan akan kekalahan BN dan UMNO itu kerana dengan keputusan yang ada membuktikan bahawa BN sudah gagal dalam manifestonya yang bertemakan Cemerlang Gemilang dan Terbilang yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad dalam PRU ke 11 dan ditukarkan ke slogan yang pernah digunakan dalam tahun PRU ke 5 yang berbunyi “Keselamatan Keamanan Dan Kemakmuran, ini memberi pengertian bahawa pemikir yang berdamping dengan Abdullah Hj Ahmad seorang yang ketandusan ide dan pemikiran basi seperti ide Pembangunan Koridor yang menjadi ejekan yang dikenali dengan nama Pembangunan Kaki lima.

Dari malam kekalahan BN hingga ke Mesyuarat MT UMNO dan BN jelaslah bahawa Abdullah Hj Ahmad masih bersikap sombong, angkuh dan mental “disorder”. Kesimpulannya bahawa Malaysia walau mempunyai ramai intelek yang dikira cerdik pandai tetapi berada di dalam gua dan tidak pernah melihat cahaya seperti yang berlaku dalam siri ISU terbitan RTM, di mana seorang ahli panel mempertikaikan kemampuan Parti Pembangkang untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya.Nak kata bodoh kepada ahli panel keterlaluan, bukankah dengan kemenangan Parti Pembangkang menafikan 2/3 di Parlimen dan enam negeri akan menyukarkan kenaikan harga barang kerana akan mengakibatkan BN akan tidak popular dan hilang dari peta parti politik di PRU mendatang.

Bukan itu satu cara berjayanya Parti Pembangkang kalau tidak dapat menurunkan harga minyak melalui kuasa politik terhadnya sekurangnya menahan kenaikan harga melampau untuk kepentingan kapitalis yang didukung oleh UMNO dan BN.Bagaimana pun Abdullah Hj Ahmad tidak akan berubah, walau pun dia mendapat sokongan tidak melebihi 100 orang pemimpin UMNO dan BN tetapi ada 26 juta menolaknya, Jom kita bungkus UMNO dan BN dengan kertas belacan sama seperti Tajul Rosli Ghazali yang takut bini itu bagi duit dengan pemimpin UMNO Perak yang dibungkus dengan surat khabar yang dikenali dengan nama duit belacan pada PRU yang ke 13 yang akan menjadi nombor sial kepada Abdullah Hj Ahmad dan UMNO.

Pak Lah Oh Pak Lah

Semoga Pak Lah Serius Dan Tidak lena Lagi...
Jangan dengar sangat penasihat yg berada dikeliling mu...
yang sentiasa membawa perkabaran baik... membohongi dirimu
bukalah mata... usah tidur lagi...
demi agama bangsa dan negara...
Pak Lah oh Pak Lah...
Kawan yg baik bukan sahaja menyampaikan perkabaran gembira
tetapi juga perkabaran buruk dan menegur sahabatnya...
mungkin Pak Lah dah lupa pada sahabat-sahabat...
Yang bersama susah dahulu...
kini hatimu hanya teringat pada kaum kerabat sahaja...
yang mengumpul kesenangan...
bangunlah pak lah..
Pak Lah Oh Pak Lah
Jagalah dirimu...
Jadilah Imej pemimpin Islam sebenar...
bimbing lah keluarga mu
sebelum engkau boleh membimbing negara
Pak Lah Oh Pak Lah

Lembutnya... ermmm

Sempat Ni,Belum Ambik Gambar Lagi...

Ermmm... apalah hang cerita pasal perjuangan nie.... mengantuk....


Tiba-tiba pening ni... ermmm kene tidur kejap

Ermmm... Projek... Koridor... Masyuk nanti....

Cantik Isteri Hang Pakai Tudung.... Anak, Menantu, Isteri Aku Moden Sikit....

Amin... ermm.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

zzzzzzzz..... zzzzzzzzz.... Sejuk ermmm... zzzzzz

Ermmm... mendayu-dayu... buat aku terti.... zzzzzzzz

Khir aku tido abis ko kejut... hang jgn tido...


Ermmm Barisan Nasional Banyak kalah Takpa Tido Dulu.....


Barisan Nasional KEGAGALAN moral


Pak Lah perlu lepaskan jawatan Perdana Menteri


Suara rakyat sudah mula kedengaran - Kedudukan BN parah dan secara relatifnya Barisan Nasional dan parti dominannya UMNO sudah tewas. Ah ..ha tak tahu, apa yang Pak Lah dah buat pada Barisan Nasional dan UMNO. Keputusan buruk ini hanya menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pak Lah. Ini mungkin berpunca dengan harapan yang terlalu tinggi diletakkan oleh rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional sewaktu Pak Lah melangkah masuk menjadi Perdana Menteri tetapi keputusannya hambar.

Hari ini rakyat menyuarakan haknya. Suara kritikan yang sebelum ini tidak mahu beliau didengari kini diterjemahkan kepada keputusan untuk mencubit kerajaan Barisan Nasional dengan keputusan pilihan raya yang memalukan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang setakat penulisan artikel ini, telah rebah kepada pembangkang. Negeri lain yang bakal menyusur adalah Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Ini jelas menunjukkan Barisan Nasional GAGAL dan kegagalan ini seharusnya di pikul oleh Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Lebih dari itu pula Pulau Pinang – tumbang dan Pak Lah adalah anak negeri itu.
Pak Lah sewajarnya mengambil tindakan yang budiman, untuk tidak dilantik menjadi Perdana Menteri lagi. Itu sepatutnya satu keputusan yang perlu diambil bagi menebus dosanya yang membawa Barisan Nasional kepada lembah kehinaan ini. Kritikan mengenai Pak Lah hilang kuasa pegangan terhadap parti juga adalah sebab kenapa Pak Lah sepatutnya turut meletak jawatan.
Namun satu bentuk kritikan yang perlu Pak Lah soroti dosanya adalah perubahan dan reformasi dalam UMNO itu sendiri. Kegagalan UMNO dalam berubah, masih terikut retorik pemimpin sebelumnya dan ditambah pula dengan kehadiran orang seperti Khairy Jamaluddin dan angkatannya menyumbang kepada keruntuhan moral Barisan Nasional.

Kini apa susah terjadi. Kepimpinan lemah Pak Lah dan hilangnya pegangan sebagai Perdana Menteri Malaysia menghasilkan keputusan yang amat buruk. Maka sungguhpun kemungkinan Pak Lah dapat mengekalkan 2/3 majoriti untuk memerintah tetapi beliau sendiri perlu digugurkan akibat prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO sendiri.

Yang salah itu Melayu


Padan muka Melayu, padan muka kamu dan sekarang Malaysia khususnya Semenanjung sudah terlepas dari tangan kita. Selangor dan Perak akan mengikuti langkah Pulau Pinang sebagai negeri ketuanan Cina. Ini semua kerana Melayu mudah lupa dan kehadiran orang seperti kamu yang mengendali laman dan blog yang sentiasa menghentam kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO. Hari ini kamu perlu bayar dengan maruah Melayu yang terpaksa digadaikan.

Ini adalah simpulan dan bentuk-bentuk kritikan yang di terima oleh http://www.umno-reform.com/ bukan sahaja melalui email malah melalui hubungan langsung telefon. Kritikan dan tuduhan itu dilakukan oleh beberapa ahli UMNO yang menyalahkan bloggers, penyelia laman web dan mungkin seluruh pengundi Melayu yang dikatakan terpedaya angkara berita-berita dan hujah palsu http://www.umno-reform.com/

Menarik juga adalah salah satu email yang kami terima:Khir adalah antara pejuang Melayu Selangor. Kamu tidak faham hasrat beliau untuk menyaksikan Melayu maju. Kamu tidak nampak versi besar Khir Toyo dan hari ini kamu akan kehilangan bukan sahaja kepimpinan yang hebat tetapi Selangor akan hilang identiti Melayu. **** MakBegitu marah mereka kerana mereka telah mengambil http://www.umno-reform.com/ adalah musuh Khir Toyo yang utama. Rata-rata yang menelefon mengatakan betapa sayangnya mereka pada bangsa mereka dan betapa UMNO sahaja yang dapat membela Melayu dan Melayu yang ada ini terpengaruh lantas melakukan sesuatu yang paling berdosa – yakni mengundi selain dari Barisan Nasional.

Namun satu yang paling ketara dalam mereka berhujah adalah sikap keter-lupaan mereka mengenai kesalahan pada diri kita dalam UMNO. Mereka lupa melihat kenapa rakyat mual dan bosan dengan UMNO. Kita lupa melihat salah siapa yang menyebabkan pengundi beralih arah. Kita lupa untuk membaca kritikan, komen dan sebab musabab kenapa bloggers dan media Internet mengkritik UMNO dan dalam konteks yang lebih menyeluruh Barisan Nasional. Mereka gagal mencari kesilapan Pak Lah, kesalahan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang angkuh meletakkan rakyat sebagai peminta sedekah dengan konon-konon subsidi adalah anugerah kerajaan, anugerah wang Pak Lah dan menteri-menteri kabinet dalam UMNO dan Barisan Nasional. Mereka tidak melihat dan mengkaji mualnya anak-anak muda yang berkesedaran politik terhadap Pemuda UMNO seperti Khairi Jamaluddin dan yang seangkatan dengannya.

Kebongkakan slogan seperti pembangkang sifar dan Selangor sifar setinggan hari ini meletakkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional di Selangor sebagai pembangkang dan negeri itu terlepas ke tangan Barisan Alternatif. Tindakan rakus memecah rumah setinggan pada masa anak Melayu sedang menjalani peperiksaan, meruntuhkan rumah dalam bulan Syawal dan sewaktu hampir perayaan Deepavali adalah tindakan tidak bermoral Khir Toyo yang akhirnya meletakkan beliau di tengah-tengah kritikan hebat khususnya dari laman ini.

Semua ini kita dalam UMNO dan Barisan Nasional tidak mengambil peduli. Kita lihat juga komen kepimpinan usang yang mengatakan Internet tidak akan memberi impak langsung kepada masyarakat dan komen mereka yang bercorak angguk seperti kenyataan Hishammuddin mengenai yuran peperiksaan dan Samy Vellu dalam menaikkan harga tol. Ini semua memberi kesan dan akhirnya yang terlupa adalah untuk kita dalam UMNO dan Barisan Nasional menegur orang yang berdiri di depan cermin itu.

Hari ini ahli UMNO khususnya membicarakan kehilangan orang Melayu. Hari ini mereka melabel Parti Keadilan Rakyat dan PAS menjual maruah Melayu. Mereka menuduh kita dalam laman web sebagai agen penjualan bangsa.Hari ini sebenarnya adalah pembalasan pada dosa-dosa UMNO dan Barisan Nasional yang gagal duduk sebagai wakil kepada rakyat. Hari ini adalah dosa kita berlagak sebagai tuhan kepada rakyat sebaik sahaja kita menang setiap pilihan raya sebelum ini.

Oleh itu bagi yang banyak menelefon dan mengkritik kami sebagai agen menjual Melayu, hendaklah mereka tepuk dada dan tanya sendiri – sewaktu memerintah adalah kamu mendengar rintihan rakyat dan luka yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Semasa memerintah adakah kamu membaca keluhan rakyat dalam media-media Internet kerana media lain jelas tertutup hak dan kebebasan mereka melapur.UMNO dan Barisan Nasional perlu reform. UMNO dan Barisan Nasional perlu memperluaskan minda ahli-ahli yang selama ini disempitkan. Mereka perlu hadir dengan lebih peka dan mengakui kesilapan. Dengan ini baru kita boleh membuat penilaian semula – perubahan dan berani mengambil tanggungjawab.

Kalau ditanya sama ada Pak Lah perlu diubah, maka jawapannya adalah kerana kepimpinan lemah – benar dia perlu di ubah tetapi perubahan dalam UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri lebih perlu kerana kita tidak mahu yang naik itu membawa penyakit lama dalam Barisan Nasional dan UMNO khususnya.

Menangisnya Melayu


Ada yang bertepuk gembira dengan kemenangan dan prestasi baik parti pembangkang yang dapat menangkis 2/3 majoriti dari diperoleh Barisan Nasional. Satu kejayaan dan satu petunjuk kuat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat negara ini sudah mula berani bersuara. Rakyat sudah berani membuat pilihan lain dari terus tunduk di bawah kehendak kerajaan memerintah yang gemar melaksanakan perkara-perkara kononnya atas kepentingan rakyat tetapi tidak menampakkan sebarang keuntungan untuk rakyat.

Barisan Nasional tahu kenapa mereka dipinggirkan kali ini tetapi persoalan yang lebih penting, adakah mampu Barisan Nasional dan UMNO untuk melaksanakan perubahan bagi tujuan membeli kembali maruah yang telah hilang. Penebusan maruah ini harus dilakukan dan penebusan maruah ini perlu dilakukan agar UMNO khususnya tidak terus dilupakan pada pilihan raya akan datang.Laungan kejayaan rakyat khususnya di Semenanjung Malaysia kita semakin kuat. Suara rakyat kini memilih Barisan Alternatif dan suara ini sudah menentukan bahawa sokongan mereka beralih dari Barisan Nasional dan UMNO kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan DAP. Satu kejayaan di luar jangkaan.

Namun pernah dikatakan – kita merasai nikmat dalam kecelakaan dan dalam persoalan kecelakaan ini ada keperluan untuk kita hujah dalam konteks kejayaan Barisan Alternatif dan kesan kepada bangsa kita Melayu.Memang persoalan bangsa dan kaum adalah persoalan sensitif. Namun setidak-tidaknya dalam keadaan pembangkang yang telah menyapu bersih hampir 6 negeri termasuk Wilayah Persekutuan mungkin persoalan dan mempersoalkan isu bangsa akan dapat di buat secara lebih terbuka atas landasan kebebasan bersuara. Mungkin pembangkang akan lebih faham sekiranya keraguan masih wujud pada orang Melayu mengenai hak dan keistimewaan yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan. Jangan marah atau terus melulu menuduh bahawa ini adalah artikel perkauman – ini hanya persoalan yang menuntut penerangan dan juga menuntut untuk menghilangkan keraguan.

Melayu selepas pilihan raya masih tertanya-tanya persoalan mengenai keadilan dan kesamarataan yang akan dibawa oleh Barisan Alternatif. Adakah kesamarataan ini melibatkan pembasmian Agenda Nasional pada negeri-negeri yang di menangi? Adakah penghapusan DEB kerana DEB berbau kemelayuan? Adakah kenyataan Lim Kit Siang mengenai Menteri Besar Perak itu lebih kepada boikot kepada Kesultanan Melayu, atau keadilan dalam jumlah kerusi atau sebenarnya berbau penentangan Agenda Islam PAS? Apa pula pandangan ikhlas mengenai hak Keistimewaan orang Melayu yang di peruntukkan ?Isu ini perlu dijelaskan oleh DAP yang nampak dominan dalam Barisan Alternatif dan nampak lebih berani dalam memecah kolaborasi antara mereka atas dasar prinsip. Sebenarnya secara ikhlas kita perlu bertanya dan mereka perlu menjawab agar mungkin dengan kepimpinan cara baru Barisan Alternatif ini maka mereka akan dapat membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Sebenarnya suara keraguan ini perlu diperjelaskan kepada semua. Jangan salah anggap sebagai rasis atau melabel persoalan ini sebagai rasis dan bertindak sama dengan pemerintahan lampau yang tidak mahu menunjukkan perluasan minda dalam menangani isu sebegini. Perlu di maklumkan bahawa ini KERAGUAN dan bukan hasrat untuk menolak atau menimbul sebarang pra sangka lain.

Kita mahu tahu sama ada perlu kita kekalkan sokongan rakyat pada pembangkang atau sebenarnya kita merasa nikmat dalam kecelakaan.

Wednesday, March 12, 2008

PULAU PINANG 11 Mac – Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem baru yang memberikan keutamaan kepada semua kaum.

Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan.

“Kita akan mengamalkan pentadbiran telus. Selain memudahkan orang awam mendapat maklumat mengenai tender-tender tersebut, satu portal Internet akan diwujudkan.

“Kontraktor tempatan yang berpusat di Pulau Pinang akan diberi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, ekonomi di Pulau Pinang adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama serta berdasarkan prinsip perkongsian kemakmuran dalam cara yang saksama.

Pada sidang akhbar hari ini, Guan Eng, 48, menjelaskan agenda-agenda pemerintahan baru kerajaan negeri DAP-PKR dengan langkah ke arah bebas DEB menjadi fokusnya.

DEB adalah dasar yang dimulakan pada tahun 1971 untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula ekonomi Malaysia dengan matlamat menghapuskan pengenalan etnik berasaskan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang pada prinsipnya telah pun berakhir pada 1991, mengandungi polisi affirmative untuk kaum Melayu dan bumiputera bertunjangkan semangat kontrak sosial dan usaha untuk membaiki kedudukan ekonomi bumiputera yang ketinggalan.

Berikutan kenyataan Guan Eng pada sidang akhbar itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu.

Beliau menjawab: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

“Saya tidak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.”

Sebelum itu, Guan Eng mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini.

Pada istiadat itu, Guan Eng menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri.

Beliau yang pernah menjalani hukuman penjara mengetuai kerajaan negeri pakatan DAP dengan PKR setelah parti pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lepas.

Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pula, beliau berkata, ia adalah projek Kerajaan Pusat, justeru beliau akan menumpukan kepada projek-projek di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sambil menekankan mengenai pembinaan Pulau Pinang yang dinamik untuk semua, katanya, beliau akan mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan orang ramai pada pilihan raya umum yang baru berlangsung Sabtu lepas.

“Saya akan mencadangkan supaya hasil Petronas digunakan bagi membiayai sepenuhnya dana untuk pembinaan projek Jambatan Pulau Pinang kedua. Saya harap Kerajaan Persekutuan tidak akan memberhentikan pembiayaan kepada negeri ini.

“Kita percaya bahawa Perdana Menteri yang berasal dari Pulau Pinang tidak mahu penduduk Pulau Pinang sengsara hanya kerana mereka mengundi untuk perubahan,” tambah beliau.

Mengenai demokrasi dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, Guan Eng memberitahu, usaha mewujudkan pilihan raya PBT akan dilakukan mengikut Artikel 113(4) Perlembagaan selain mengkaji semula pelantikan ahli-ahli majlis di kalangan parti-parti politik.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan melantik profesional dan wakil daripada industri serta badan bukan kerajaan (NGO) sebagai ahli majlis PBT mengikut Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan.

Katanya, Ketua Menteri, anggota Exco kerajaan negeri, speaker serta timbalannya dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) akan diwajibkan mengisytiharkan aset peribadi mereka.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.