Tuesday, August 18, 2015

MUKHRIZ MAHATHIR TAKUT BINI NAK DUIT 2.6 BILLION KONON MALU PEMIMPIN UMNO TAK TAHU URUS



Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir didalam satu kenyataan ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Umno Kampar mempertikaikan kegunaan duit RM2.6 Billion yang didakwa sebagai dana politik untuk Umno pada PRU 13 lalu.

Mukhriz dengan nada serius mengatakan, beliau amat malu dan risau tentang kegunaan duit tersebut yang didakwanya akan dipertikai oleh rakyat. Tetapi Mukhriz tak pula sedar bahawa dia sendiri telah menggunakan duit Dana tersebut pada Pilihanraya umum ke 13 lalu bagi menawan semula negeri Kedah daripada PAS.

Selepas hampir 3 tahun, baru Mukhriz mahu bertanya tentang kemana perginya duit tersebut? Ia sudah tentu sangat kelakar apabila seorang Menteri Besar bercakap dengan nada yang begitu tak sedar diri.

Amat memalukan apabila Mukhriz melibatkan rakyat didalam hal yang sebegini. Mukhriz tanpa rasa segan mengatakan, rakyat akan memandang serong kepadanya jika Dana politik RM2.6 billion itu tidak diperjelaskan segera.

Menurut Mukhriz, sewajarnya duit yang sebegitu banyak digunakan untuk membantu rakyat, dan bukannya digunakan oleh pemimpin Umno. Disini kita lihat betapa kuatnya dengki dan irihati Mukhriz terhadap Perdana Menteri Malaysia hanya kerana duit!

Lebih memalukan, Mukhriz memberikan contoh bahawa duit sebanyak itu boleh menyelesaikan isu perumahan rakyat jika duit tersebut dapat pada beliau. Kata Mukhriz, dikawasan Dewan Undangan Jerlun sahaja terdapat 4 ribu orang yang tak berumah dan masih tidak dapat diselesaikan masalahnya walaupun Mukhriz sudah menjadi MB selama 3 tahun.

Itu menunjukkan bahawa Mukhriz tak mampu menyelesaikan masalah rakyat dikawasannya sendiri walaupun ada jawatan sebagai MB Negeri!! Dan kini dia cuba menyalahkan duit Dana RM2.6 billion tersebut diatas ketidakupayaannya untuk mentadbir Kedah dengan baik? Apakah Mukhriz sudah jadi melayu mudah lupa seperti kata bapanya??

Jadi, jika selepas ini anak Mahathir ini digugurkan dari jawatan Menteri Besar, jangan salahkan sesiapa kerana dia sendiri mendedahkan ketidak mampuannya untuk menjaga rakyat dengan baik. Jangan pula meroyan salahkan pemimpin sebab diri sendiri tak tahu buat kerja. - Big B/Utaranews.com

5 comments:

Anonymous said...

Pada waktu wang itu diberi kepada Mukhriz adakah PM beritahu ini adalah sebahagian daripada wang derma sebanyak RM2.6 billion yg diterimanya daripada penderma Timur Tengah? Maklumat terbaru daripada PM pula mengatakan yang wang derma tersebut adalah atas sebab kesungguhan Malaysia dalam menangani isu ISIS. Mana satu yg betul? Boleh tuan blogger jelaskan? Janganlah hanya bila celik mata aja, asyik nak kipas!!

Anonymous said...

ko kena bayo ngan najib mmg la ko cakap camtu kat dato mukhriz...cuba ko cermin skit kalo najib x bayo ko ape agaknye tindakan ko

Anonymous said...

BLOG GOBLOG MUSIBAT PENJILAT AHJIBNGOK!!!

Anonymous said...

Blog GbloG SIAL!!!

Anonymous said...

Bila mukhriz kena lucut jawatan mb nanti, alasannya ialah selepas 3 tahun ada 4 ribu org di jerlun masih tiada rumah. Mb apa mcm ni, asyik nk ikut telunjuk bapak...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.