Tuesday, August 11, 2015

PANAS NAJIB TIPU KITA SEMUA DANA PRU13 SATU MALAYSIA TAK SAMPAI RM 2.6 BILLION HANYA PERLU RM 10 JUTA SAHAJA


Jom kita cuba kira perbelanjaan kasar bagi pilihanraya umum untuk menguruskan satu kawasan parlimen yang mana ini hanya anggaran dan bagi melihat kewajaran dengan 10 juta boleh memenangi pilihanraya umum satu Malaysia.

PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN : 

1. Banner : RM 200 x 1000 buah = RM 200,000
2. Billboard : RM 1,300 x 500 buah = RM650,000
3. Bendera pelbagai : RM 8 x 30,000 = RM 240,000
4. Poster pelbagai : RM 5 x 40,000 = RM 200,000
5. Risalah pelbagai : RM 3 x 100,000 = RM 300,000
6. Handbill : RM 1 x 100,000 = RM 100,000
7. Makan Minum petugas : 20 hari x RM 10 x 5,000 = RM 1,000,000.00
8. Saguhati Petugas : RM 200 x 5,000 = RM 1,000,000
9. Sewa/saguhati kenderaan RM 500 x 100 x 5 hari = RM 250,000
10. T-shirt dan lain-lain : RM 25 x 5,000 = RM 125,000
11. Rencam Bilik gerakan : RM 20,000.00
12. Program Kempen : 15 hari x 6 program x RM 15,000 = RM 1,350,000
13. Komunikasi sistem, bil telefon dan sms kempen dll : lump sum : RM 50,000
14. Rencam lain-lain : RM 210,000
15. wang cagaran : RM 10,000.00

JUMLAH : RM 5,705,000.00

PENGIRAAN MUDAH

Parlimen : 222 x RM 5 Juta = RM 1.110 Billion
DUN : 576 x RM 2 juta = RM 1.152 Billion
Kempen Berpusat : RM 0.100 billion 
(kempen, alatan, media massa, cyber, sistem dan lain-lain)

JUMLAH BESAR : RM 2.262 Billion :

APAPUN KAMI TABIK TUN HEBAT SEBAB BOLEH BELANJA 10 JUTA SAHAJA UNTUK MENANG 2/3 KEMPEN SATU MALAYSIA
 

'Jenaka Politik: Tun Mahathir, RM 10 juta dan Kesalahan Pilihan Raya'

http://azmykelanajaya.com/wp-content/uploads/2015/06/mahathir-pengsan-265x300.png1. Jika anda membaca tulisan terbaru Tun Mahathir dalam blognya anggap sahajalah ia merupakan jenaka politik dewasa ini. Jika saya bertugas sebagai pegawai beliau, tulisan tersebut tidak akan menemui pembaca tanpa pergaduhan antara saya dengan beliau.

2. Selain mengeluarkan perkataan kasar seperti orang kecewa, Tun Mahathir juga membuat beberapa kenyataan tidak masuk akal terutamanya, apabila beliau mendakwa hanya memerlukan kurang dari RM10 juta untuk setiap kempen pilihan raya BN yang diketuainya.

3. Kenyataan ini sangat tidak masuk akal dan bertujuan merendah-rendahkan pemikiran rakyat terutamanya ahli UMNO. Kita ambil contoh pilihan raya 1999. Terdapat 193 kerusi Parlimen. Sekiranyanya setiap Parlimen membelanjakan RM 100, 000 sahaja ia sudah mengambil jumlah 19.3 juta.

4. Tapi semua calon ahli Parlimen dan Ketua Bahagian tahu bahawa jumlah yang dibelanjakan pada 1999 di setiap bahagian mencecah 5-10 juta jika diambil kira enam bulan sebelum pengumuman pilihan raya, termasuk peruntukan projek kerajaan dan pelbagai lagi. Ini pada 1999 ketika jumlah pengundi hanya 9 juta dan jumlah keluar mengundi hanya 6 juta orang.

5. Itu belum diambil kira perbelanjaan UMNO Pusat menyediakan poster, kain rentang dan iklan di media massa. IKlan di media massa pada 1999 sahaja boleh mencecah RM 10 juta, bagaimana Mahathir menyatakan ia hanya memerlukan RM 10 juta untuk keseluruhan pilihan raya. Maafkanlah Mahathir. Beliau mungkin tidak tahu jumlah yang dibayar oleh Daim, Tengku Adnan, Vincent Tan, Ananda Krishnan, Syed Mokhtar, YTL dan ramai lagi.

Taktik Takutkan Ahli UMNO

6. Dalam usaha menarik ahli UMNO menyokong beliau, Mahathir menyatakan jika benar Mohd Najib membelanjakan RM 2.6 Bilion maka ia merupakan satu kesalahan pilihan raya.

7. Ini merupakan taktik Mahathir untuk menakutkan ahli UMNO bahawa keputusan pilihan raya akan dibatalkan jika mereka mengakui Mohd Najib membelanjakan RM 2.6 bilion untuk pilihan raya. Dengan cara ini, Mahathir berharap ahli Majlis Tertinggi UMNO dan ahli UMNO menggesa Mohd Najib berundur supaya parti diselamatkan.

8. Perbelanjaan politik secara umum oleh mereka yang tidak bertanding tidak dianggap sebagai perbelanjaan pilihan raya. Misalnya dalam pilihan raya 2008, Ketua Bahagian UMNO di Selangor yang tidak menjadi calon mendapat RM 100,000 seorang untuk membantu kempen parti. Ini belum termasuk peruntukan kepada Ketua Pemuda, Puteri dan Wanita.

9. Ini bukan perbelanjaan calon pilihan raya. Di bawah undang-undang sedia ada hanya perbelanjaan calon pilihan raya diambil kira iaitu, “Had perbelanjaan bagi seorang calon kerusi Parlimen adalah RM200,000 manakala bagi seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000.”

10. Apakah anda percaya had ini dipatuhi oleh semua calon bertanding? Anwar Ibrahim sendiri saya fikir membelanjakan sekitar RM 10 juta untuk Parlimen Permatang Pauh.

11. Namun garis kasarnya di sini ialah, perbelanjaan RM 2.6 bilion itu tidak menyalahi apa-apa peruntukan pilihan raya kecuali terdapat bukti setiap Ahli Parlimen BN membelanjakan melebihi had pilihan raya.

12. Cukuplah Tun Mahathir! Tulisan Tun tidak akan menjatuhkan Mohd Najib kerana semua ahli Majlis Tertinggi UMNO tahu realiti politik yang cuba Tun putar belitkan. Ia hanya memburukkan UMNO dan Tun sendiri. – MyKMU.NET

1 comment:

Anonymous said...

Plan AhJibNgok back fired!!

MAnsuh ISA konon nak ambil hati penmbangkang but "ALL HELL BREAK LOOSE"

Bombarded front/Back/Left/Right dan populariti merundum!!

Tahniah AhJIbNgok kerana memberi laluan untuk Pembangkang Cina Bansat, Keling Musibat dan Melayu Tak kenang dek Untung bermaharajalela!!

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.