Wednesday, August 27, 2014

PKR DAN DAP BIADAP TETAP NAMAKAN WAN AZIZAH SEORANG MOHON TUANKU SULTAN SELANGOR BUBARKAN DUN UNTUK PILIHANARAYA NEGERI


DAP dan PKR kurang ajar, biadap dan derhaka apabila secara terang-terangan mencabar titah Tuanku Sultan Selangor yang mahu agar Pakatan Rakyat mempersembahkan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan untuk jawatan menteri besar dan kuasa menetukan siapa yang bakal dilantik untuk menteri besar adalah hak milik pertimbangan Tuanku Sultan Selangor.


DAP dan PKR sengaja menamakan hanya seorang iaitu Wan Azizah bertujuan menekan Tuanku Sultan Selangor secara halus untuk secara tidak langsung memaksa Tuanku menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Rujuk sahaja kenyataan media Pakatan Rakyat bertunjangkan DAP dan PKR.

Saya sebagai rakyat Selangor memohon limpah kurnia Tuanku Sultan Selangor untuk menolak Wan Azizah dari di lantik sebagai MB Selangor yang baru. Seterusnya agar Tuanku dapat mengumumkan pembubaran DUN Selangor agar terlaksana Pilihanraya Negeri.

Permohonan ini kerana Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor kerana beliau BUKAN ANAK JATI Selangor, TIDAK Berpengalaman, TIADA karisma dan DILIHAT SEBAGAI BONEKA serta PAK TURUT kepada Anwar Ibrahim. Malah Wan Azizah bersuamikan bekas banduan dan pesalah laku seks songsang yang memiliki banyak kontroversi serta skandal yang jika di kaitkan dengan Selangor bakal membawa aib dan implikasi besar kepada imej Negeri. Wan Azizah dicadangkan Pakatan Rakyat dengan tujuan tersirat agar pentadbiran, hala tuju dan hasil mahsyul Negeri Selangor dapat mereka kawal dan kuasai secara tidak langsung. Ini terbukti dengan pendedahan dokumen sulit langkah kajang.


Saya sebagai anak jati selangor juga amat marah apabila DAP dan PKR memaksaTuanku Sultan Selangor  secara menerima Wan Azizah. Sikap biadap dan kurang ajr DAP dan PKR ini patut DIBERIKAN PENGAJARAN dengan Tuanku Sultan Selangor agar mengumumkan pembubaran DUN Selangor agar terlaksana Pilihanraya Negeri.

InsyaAllah rakyat Selangor akan memberikan pengajaran dengan menolak Pakatan Rakyat secara total kerana terbukti sepanjang berkuasa mereka memperkudakan rakyat dan merobek kekayaan negeri selangor untuk kepentingan mereka sahaja. Malah rakyat selangor teraniaya apabila pelbagai janji manis Pakatan Rakyat tidak ditunaikan sebaliknya kami dibebani kenaikan pelbagai cukai serta masalah seharian seperti masalah air dan sampah.

Terbukti pakatan rakyat hanya tahu berpolitik dan gagal memelihara kebajikan rakyat negeri. Kami memohon Tuanku Sultan Selangor mengumumkan pembubaran DUN Selangor agar terlaksana Pilihanraya Negeri dan biarkan kami menghukum kebobrokan Pakatan Rakyat seterusnya menentukan nasib Negeri Selangor tanah tumpah darah yang kami cintai ini.


DAP dan PKR biadap dan kurang ajar mahu memaksa Tuanku Sultan 
menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.