Persoalannya... kenapa bukan Presiden Haji Hadi atau Setiausaha Agong
Dato Mustapha Ali yang umumkan keputusan tapi Timbalan Presiden Mat Sabu
yg umumkan?
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar) berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.
Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi
krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang
lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.
"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.
"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur
kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan
individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari
ini.
Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan
nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya,
Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian
Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul
Khalid.
Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula
tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan
negara.
Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik
yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.
"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat
terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang
berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.
No comments:
Post a Comment