Monday, October 28, 2013

P.KAMALANATHAN TIMBALAN MENTERI TAMBI FLIP FLOP KEJAP LARANG KORBAN KEJAP TAK

Kementerian Pendidikan tidak perlu mengeluarkan garis panduan baharu mengenai kegiatan yang hendak dijalankan di sekolah termasuk ibadah penyembelihan korban kerana panduan serta pekeliling yang sedia ada sudah mencukupi.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, berdasarkan pekeliling sedia ada sebarang aktiviti boleh dijalankan di sekolah termasuk ibadah korban walaupun terdapat pelajar bukan Islam, asalkan ia dijalankan mengikut garis panduan ditetapkan dan mengambil kira sensitiviti antara kaum.

Justeru, kata beliau, isu penyembelihan korban di Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini tidak perlu diperbesarkan kerana diyakini ia dijalankan mengikut garis panduan yang betul dan pihak sekolah juga telah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Tidak ada isu sebenarnya, kementerian sememangnya tidak pernah memberi halangan kepada sekolah-sekolah mengadakan penyembelihan korban, cuma di dalam konteks adanya pelajar-pelajar bangsa lain, kita perlu menjalankan dengan pendekatan yang lebih berhemah dan saling menghormati.


"Tidak perlu satu garis panduan lain, kerana garis panduan yang ada sudah mencukupi cuma saya berharap, budaya diantara kaum di Malaysia ini sentiasa dipratikkan bukan sahaja di sekolah, malah dimana-mana tempat sekalipun," katanya

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesenian dan Keusahawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang individu yang mempersoalkan hukum penyembelihan lembu bagi ibadah korban yang dijalankan di Sekolah SK Puchong Jaya, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.