Nampaknya
puak-puak Pakatan Haram ini tidak pernah puas kalau mereka tidak menipu
sehari dalam hidup mereka, seolah-oleh menipu itu merupakan satu
“makanan ruji” yang wajib mereka lakukan.
Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya, bukan?
Ini Muka Pembohong, Penipu dan Kaki Putar Alam
Begitulah
yang terjadi mengenai fitnah Pakatan Haram yang cuba menabur persepsi
jahat dengan menuduh Kerajaan BN mengarahkan agar kad-kad pengenalan
yang tidak dituntut di bawa ke Sabah untuk diberikan kepada pendatang
tanpa izin untuk mengundi BN.
Antara
mereka yang bertanggungjawab menyemai syubhah fitnah itu ialah Ahli
Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, dan portal
yang tidak serik-serik disaman, portal pro-Pakatan Haram,
Malaysiakini.com.
Dalam
kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah telah
mendedahkan bahawa terdapat lima fakta yang sangat meragukan dari
sekeping surat pekeliling yang dicanang keliling kampung oleh Mahfuz dan
Malaysiakini.
Kononnya,
surat tersebut merupakan bukti sahih, berkreadibiliti dan ampuh!
Padahal, surat itu terbukti palsu, sama palsunya dengan fitnah yang
ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar menyiarkan cerita-cerita karut
marut itu.
1. Menurut
Datuk Jariah, kepala surat pada dokumen itu sangat meragukan kerana ia
jelas menggunakan alamat dari Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi. Apa
ke jadahnya Bahagian Pengurusan IT dan Komunikasi yang beri arahan
begitu? Pelik bukan?
2. Mengejutkan
lagi, beliau menegaskan bahawa tajuk nombor rujukan yg digunakan pada
surat ditangan Mahfuz itu tertera kod “JPN.MK.(S)” dan ia dikenalpasti
bukan nombor rujukan arahan Jabatan berkaitan.
3. Tambahan
pula, arahan Jabatan Bil.14/2012 juga sebenarnya tidak wujud
sebagaimana yang tertulis di atas surat itu dan bukti menunjukkan bahawa
arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah “Arahan Bil.10/2012” yang
melibatkan mengenai “Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007”
4. Selain
itu, Arahan Jabatan di dalam surat itu juga tidak ditandatangani oleh
Pengarah Bahagian serta tiada sebarang catatan “bagi pihak” sebagaimana
kebiasaannya.
5. Dan
keraguan juga dikesan apabila cetakan nama kementerian yang terletak di
kaki surat tersebut merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri!
Peliknya,
siapa sebenarnya yang membuat onar mereka-reka surat palsu itu? Saya
yakin, pihak Kerajaan BN tidak pernah terfikir untuk melakukan fitnah
bodoh sebegitu melainkan puak-puak Pakatan Haram.
Antara
standard modus operandi mereka ialah mencipta “bukti palsu”, menuduh
kerajaan BN dengan fitnah jahat dan mereka mendesak para pemimpin BN
untuk menjawab segala tohmahan yang mereka lakukan.
Skrip
fitnah mereka sudah boleh dihafal memandangkan sudah ramai pemimpin BN
yang sudah menjadi mangsa tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram ini,
termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya,
Datin Seri Rosmah Mansor.
Datuk
Seri Najib dikaitkan dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan Datin Seri
Rosmah pula dikaitkan dengan isu cincin berlian. Walaupun dah
berkali-kali melafazkan sumpah dengan bersaksikan Allah, puak-puak
Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah tersebut dengan bangga!
Mungkin
itulah nasibnya bila menjadi pemimpin kerajaan di akhir zaman. Para
pemimpin yang bersih pun akan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu
demi memuaskan nafsu mengejar kuasa politik di dunia.
Orang
Islam yang sepatutnya bersatu, telah dipisahkan kerana fahaman politik
singkat. Kononnya, bersahabat dengan syaitan pun “dihalalkan” demi
menjatuhkan BN. Malah mereka lebih sanggup bersekutu dengan
“syaitan-syaitan” pula. Islam ajar begitu, kah?
MYKMU
No comments:
Post a Comment