Friday, April 15, 2011

ANALISIS AWAL : BN MENANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Salam Perjuangan...

azlanSenang cerita analisis terkini menunjukkan BN akan menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Terima kasih Pakatan Rakyat atas maklumat jangkaan pola pengundian serta perincian kajian sikap yang diberikan (klik sini). Anda memudahkan tugas jentera BN bagi menumpukan serangan terakhir kami untuk meranapkan Pakatan BOHONG Rakyat & pembangkang.

Kononnya data ini dari "sumber dalaman" UMNO... tapi datanya agak berbeza ya dari yg asli... he he he. Inilah gerak saraf perang saraf yang dimainkan Pembangkan... sebenarnya ini adalah analisa mereka sendiri dan mereka sebenarnya nak melemahkan semangat serta mengalih perhatian kita... usah khuatir... anggap ini positif saja...

Yang jelas Pakatan mensasarkan untuk meraih kemenangan di kawasan majoriti cina... kerana analisa mood cina sepanjang PRK lalu Cina tetap mengundi pembangkang walaupun kerajaan dah bekorban dan beri macam-macam...

Kepada kaum cina Sarawak jangan terlampau suka dengan janji DAP dan rasa seronok mengundi pembangkang... benar UMNO telah banyak mengalah beri macam-macam pada kaum cina... kita cuba macam-macam tarik undi kaum cina... kalau PRN Sarawak ini undi cina masih kepada pembangkang... jangan menyesal! Memberi ada batasnya...

Kawasan hitam dan kelabu dalam analisa BN tidaklah sebanyak itu... data ini mahu menggambarkan seolah-olah parah sangatlah BN Sarawak ni... mungkin terdapat sedikit tekanan namun BN sebenarnya confirm boleh menang majoriti mudah dan untuk kekalkan majoriti 2/3 kena bergelut sikit...

Apapun buat rakan, saudara dan sahabat jentera di sarawak jangan sesekali kita lapa & leka... kuatkan tekad, semangat dan kerjasama...

Pilihanraya Sarawak ini bukan sebarang pilihanraya... PRN sarawak ini satu perjuangan untuk "MENYELAMATKAN" Sarawak & Malaysia amnya dari dikuasai pemimpin tamak & gila kuasa, jijik moralnya, gemar memecah belahkan masyarakat dan opurtunis yang sanggup menggadaikan Islam, Agama, Bangsa dan Negara demi kesenangan diri dan kroni mereka... berjuanglah bermati-matian demi menyelamatkan anak, cucu serta generasi masa depan kita dari jatuh ke tangan mereka...

Analisa rakan penulis : Statistik setakat jam 12 tgh malam14 April 2011
BN Menang : 54 kerusi & Pembangkang + Bebas Menang : 17 kerusi
BN Kekalkan Majoriti 2/3

Kepada Allah Berserah... Teruskan Perjuangan...

2 comments:

Anonymous said...

Berilah peluang dan ruang terbaik bagi rakyat Sarawak.

Usahlah rakyat Sarawak ditipu, diugut, dipaksa dengan pelbagai kepalsuan dan manipulasi politik kapitalis UMNO/BN....

Takkanlah ‘politik rakyat Sarawak’ hanya sekadar memperjuangkan POLITIK MURAHAN mengikut sentiment sempit feudalisme dan umpanan gula-gula politik UMNO/BN seperti isu sex/lucah orang2 tertentu, liwat, video lucah bikinan UMNO, Jam OMEGA atau lain2 saja …….?

Apakah tahap politik rakyat Sarawak hari ini ( selepas 48 tahun merdeka) masih tidak mampu memikirkan politik negara dan masa depan generasi mereka yang melibatkan isu2 negara dan rakyat yang lebih besar seperti
- HAK TANAH & ketidakadilan pemerintah,
- pembolotan KHAZANAH negeri/ negara,
- agihan pembangunan yang berat sebelah & pilih bulu,
- amalan RASUAH dan penyelewengan kerajaan,
- penyalahgunaan jentera kerajaan untuk parti,
- kerosakan nilai AKHLAK & budaya bangsa,
- DADAH, krisis sosial, jenayah & kesejahteraan rakyat,
- keselamatan & kedaulatan Negara,
- sistem kerajaan demokrasi yang betul & konsep ‘separation of power’,
- kepimpinan negeri/negara yang berkredibiliti, progresif & berintegriti,
- dll.

BN tak payah lah lagi mempolitikkan dan mengeksploitasikan ‘dana rakyat & pembangunan infrastruktur’ untuk kepentingan politik peribadi ketua2 mereka. … kononnya “politik pembangunan”?

Yang ada peruntukan adalah kerajaan, bukan parti/ individu tertentu dari UMNO/BN.

Siapa yang diberi kuasa untuk tubuh kerajaan, maka dialah yang memegang kunci dana dan peruntukan negeri/ Negara!

Sesiapa yang berkuasa dialah yang mampu memberi peruntukan projek/ pembangunan kepada rakyatnya.

Oleh itu, rakyat perlu focus kepada siapa yg tadbir kerajaan negeri Sarawak selepas 16 April 2011?

BERILAH KEBEBASAN DAN KEADILAN DEMOKRASI bagi rakyat Sarawak.
Hanya rakyat Sarawak menentukan nasib dan bentuk kerajaaan negeri yang dinginkan.
Kerajaan Negeri Sarawak adalah hak mutlak rakyat Sarawak dan dengan izin Allah.

anak sarawak.... said...

Persoalan dan hujah yang baik dari ananimus di atas...

sekarang aku nak soal...
tak ada perubahan/pembangunan/kemajuan langsungkah di sarawak???

tak ada jasa langsungkah jasa pengorbanan dan janji yang tertunai oleh BN???

apa tak bertanggungjawabkah kerajaan BN kepada penduduk sarawak dan teraniayakah mereka semuanya???

PERSOALAN PALING BESAR... APA KALAU TUKAR KEPADA PEMBANGKANG SEMUA MASALAH BOLEH SELESAI???

CUBA KO JAWAB!

Tengok di selangor, pulau pinang, perak, kedah dan kelantan... makin baik kah keadaanya???

MALAHAN KEADAAN MAKIN BURUK DAN RAMAI TERANIAYA... KRONI PEMBANGKANG SAPU SEMUA... MALAHAN CINA NAIK KEPALA DAN DI INJAK-INJAK KEPALA MELAYU DAN BUMI PUTERA...

Kalau di Sarawak apatah lagi... yang kaya semua Cina...

Sudahlah... semua yg ko lontarkan itu retorik semata-mata...

BAGI AKU SYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA... DAN CUBA BAIKI... DARI PILIH PIHAK/PARTI YANG KUCAR KACIR DAN BELUM TENTU DAPAT TADBIR NEGARA DENGAN BAIK...

sebab ini bukan soal main-main atau cuba-cuba... ini nasib dan masa depan negara serta anak cucu kita....

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.