Monday, April 18, 2011

ANALISIS IDEALIS MALAYSIA TEPAT : BN MENANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Salam Perjuangan
Salam 1Malaysia...

Pada 15 April lalu Idealis Malaysia telah menerbitkan artikel Analisis Awal : BN menang PRN Sarawak yang bertujuan menangkis dakyah pembangkang yang kononnya menggambarkan bahawa BN Sarawak sedang parah... terutama berita yang menyiarkan statistik bohong pembangkang.

Keputusan rasmi - BN 55 kerusi dan Pembangkang+Bebas 16 kerusi
Ramalan Idealis Malaysia - BN 54 kerusi dan Pembangkang+Bebas 17 kerusi

Walaupun statistik yg dipaparkan pada artikel Idealis Malaysia adalah sehingga 14 April 2011 (12 tgh malam) dapatan data adalah hampir tepat dan Idealis Malaysia mengucapkan terima kasih pada "rakan" di Sarawak yg terbukti cekap, hebat dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab beliau...


azlankalau Pak tidoLAH dengar dan percaya pada "kerja" kami nescaya BN dan negara tidak akan menghadapi saat getir seperti sekarang ini... KESILAPAN Pak tidoLAH adalah mengabaikan maklumat yg "dipersembahkan" sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu... apapun nak buat macam mana Pak tidoLAH lebih percaya menantu dia dari orang halimunan seperti "kami"... lantas melingkuplah negara...

Apapun terima kasih kepada DS Najib (PM) kerana melakukan pendekatan yg berberbeza... maklumat serta cadangan tindakan "kami" sentiasa diambil berat... sebenarnya statistik awal PRN Sarawak tidak begitu "cantik" dimana BN mungkin hilang banyak kerusi ( tp tak seteruk gambaran pakatan)... namun langkah pro aktif DS Najib turun ke setiap kawasan dan memenangi hati rakyat "amat" membantu menaikkan rating BN dan akhirnya memperbaiki keadaan... Beliaulah "BRAND" atau JENAMA atau IKON terbaik buat BN kini... TERIMA KASIH DATO' NAJIB...

Kesimpulannya ialah... Berita atau maklumat dari Pembangkang aka Pakatan Rakyat TIDAK BOLEH dipercayai... mereka gemar memanipulasi isu demi keuntungan dan kepentingan mereka... lihat sahaja berapa banyak pembohongan, fitnah serta penipuan yg mereka jaja yg akhirnya terbongkar hinggakan rakyat merasakan tertipu dan diperdaya...

Kepada penduduk Sarawak kerana memilih BN... TERIMA KASIH!
Org Berbudi Kita Berbahasa... Kemenangan BN di Sarawak pasti dibalas dengan "janji" yg akan tertunai kelak...

Kepada YB yg telah terpilih oleh rakyat... tunaikanlah tanggungjawab sebaiknya... ingatlah pangkat dan kuasa itu adalah pemberian rakyat... bekerjalah demi rakyat yg memilih kamu...

Kepada Allah Berserah
Teruskan Perjuangan

1 comment:

hafiz said...

hidup idealis..
BN menghadapi tentangan yang paling sengit. namum masih berjaya mengekalkan 2/3.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.