Salam Perjuangan,
Siapakah mereka yang mahu mempertikaikan kenyataan Tuan Guru Haron Din berkaitan isu ini... sekurang kurangnya Tuan Guru ada asas kefahaman mendalam berkaitan isu ini berdasarkan latarbelakang pendidikan beliau.... walau pun ada Ph.D tetap zuhud dengan tidak menggunakan gelaran Dr.
Pemerhatian ana... tuan guru amat berhati-hati mengeluarkan kenyataan... lihat jarang sekali Tuan Guru mengeluarkan kenyataan... dan hanya berbuat demikian jika hal itu maha penting demi Agama dan masyarakat....
Kepada mereka yang merasakan tinggi darjat dan ilmu agamanya... sila cerminkan diri terlebih dahulu... muhasabah kembali diri dan bandingkan diri dengan tuan guru Haron Din... dimanakah adab anda... lama manakah anda hidup di dunia ini... jangan hanya kerana mahu mencari populariti anda menggadaikan maruah dan rasa hormat anda...
Ingatlah pohon hanya akan subur dan merendang dengan struktur kukuh dan bagi PAS Tuan Guru Haron adalah umpama akar tunjang perjuangan... anda umpama ranting yang bercambah megah... JADI USAH LUPA DIRI!
‘Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur’
BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah itu atas alasan Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaannya.
Haron berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam hal siasah dan politik, namun dalam hal berkaitan agama, semua umat Islam mesti bersatu dan berbalik kepada kaedah agama.
KENYATAAN MEMPERTIKAI ULASAN TUAN GURU HARON DIN (DI SINI)
Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.
Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.
"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?
"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.
Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.
"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.
“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.
Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.
Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).
3 comments:
salam....
Pelbagai pihak memberi pandangan dan
ada yg membantah dan ada yg menyokong..
Tetapi kita mungkin terlupa untuk
memberi justifikasi yg tepat asas
permohonan pihak HERALD guna kalimah
ALLAH didalam penerbitannya...
Untuk lebis jelas..jika penerbitan
atau kandungan artikal,rencana dan
apapun bentuk teks yg dikeluarkan
berbentuk nasihat,pandangan,perbandingan
,perbezaan,seruan dan tegahan yg baik
dari perspektif Agama Islam oleh pengamal media dan agama selain islam,
apa salahnya?
Sebaliknya kalimah ALLAH diguna dengan
apa-apa cara yg menyeleweng,merendah,
menghina,fakta yg tidak benar mengenai
islam dan ALLAH...tegahan dan larangan
ada asasnya.
Untuk lebih adil kepada semua pihak
penapisan dalam penerbitan,teks dan
rencana perlu dikuatkuasakan.
Penapisan dari pihak berwajippun ada
kekurangan dan masalahnya...dikhuatiri
nanti penyelewengan di dalam penerbitan
itu akan menjadi satu ancaman kepada
anak-anak muda dan yg kurang didikan
agama.
Apa-apapun larangan kekal adalah dituntut utk mengelakkan polemik
yg berpanjangan.
......
sekadar pandangan....
Salam Perjuangan
saya yakin anda yg menulis komen diatas bukan beragama Islam... apakah anda Kristian? Buddha? Ateis? atau mencari maut dengan mahu mencabar dan mengkotak-katikkan agama Islam?
Dalam Islam tiada istilah "apa salahnya" andai melibatkan hal hukum/syariat lebih-lebih lagi melibatkan kalimah Allah SWT. ini soal Akidah dan kemaslahatan ummat Islam... ini soal usaha menghakis dan mencabar agama Allah... usaha lick mubaligh Kristian yg bermatlamat jangka panjang mendekati orang melayu ISLAM kerana jelas pendokong agama ALLAH di sini adalah org ISLAM dan bagi golongan melayu ISLAM - ALLAH is GOD tiada satu atau duanya...
Isunya jelas kalimah Allah SWT jelas hak mutlak orang Islam yg mana Allah tafsiran kalimah Allah ini merupakan kata nama khas yang merujuk sifat-sifat agung maha pencipta, tuhan yang satu dan tidak beranak mahupun di peranakkan (terjemahan ayat Al-Quran.
Manakala kristian malaysia mahu menggunakan kalimah Allah untuk emrujuk "tuhan" dan dalam konsep ini tuhan kristian merujuk konsep trinity iaitu The Christian doctrine of the Trinity teaches the unity of Father, Son, and Holy Spirit as three persons in one Godhead.[1]- winkipedia.
Ini adalah jelas amat-amat bertentangan dengan maksud Kalimah Allah SWT itu sendiri... malah dalam siasah syariah jelas umat Islam yg terpesong akidahnya (dalam kes ini menyokong keputusan penggunaan kalimah oleh kristian) adalah kufur - seperti ulasan tuan guru Haron Din.
Persoalannya adalah kenapa mereka mahu di Malaysia dan indonesia sahaja kalimah Allah ini mahu digunakan dan merujuk kepada tuhan mereka... kenapa tidak kristian satu dunia atau negara-negara lain? didalam artikel sebelum ini ada dijelaskan perancangan licik mubaligh kristian untuk menggunakan kaedah - psychology indoctrine tecnique, dengan mempengaruhi idea & pandangan bahawa dengan penggunaan perkataan yg sama - ALLAH : tuhan adalah sama.
Persoalan nya... Apakah jiwa golongan muda Islam terutamanya telah kukuh Kefahaman Islam mereka, setebal manakah iman dan kemampuan mereka agar tidak terpengaruh dengan dokrin ini jika penggunaan Kalimah Allah ini dibenarkan dan digunakan mubaligh Kristian???
Jelas termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara yg tidak membenarkan usaha menyebarkan agama lain... tapi realitinya mubaligh kristian telah banyak merosakkan akidah ummat Islam... berapa ramai yg telah murtad??? dengan gerakan yg agresif dan tersembunyi... berpuluh ribu telah berjaya dimurtadkan... belum lagi golongan agama lain atau masyarakat asli yg telag berjaya di bawa memeluk kristian.
Bersambung.....
Sambungan
sedarlah... inikan pula dibenarkan secara terang-terang kalimah Allah digunakan merujuk tuhan mereka... apa akan jadi pada ummat islam???
Kesimpulannya... jangan kerana agenda politik... agenda ideologi Islam kononnya... kita sanggup menjadi KUFUR - menyokong sesuatu yg terang-terang menyalahi akidah...
SILA PILIH ANTARA DUA (2) DUNIA YG FANA ataupun SYURGA... KEBENARAN (HAK) atau KEBATILAN...
Kenapa kita mesti merosakkan jihad, jalan usaha kebaikan dan kemuliaan kerajaan hanya kerana kita berlainan pandangan dan ideologi... kenapa kalau usaha itu baik dan benar, mulia kita tidak sokong dan bantu... inikah ajaran ISLAM sebenar atau ISLAM mahzab PAS???
sedarlah - lihat PAS, PKR dan pakatan rakyat tuduh UMNO & BN mainkan sentimen rakyat berkaitan isu ini... masyaALLAH dalam saat genting mempertahankan kesucian Kalimah ALLAH pun masih mahu menjual teori politik murahan... ini hal kesucian agama...
kalau kerajaan dan tangannya bangkit siapa nak bela agama dan kalimah ALLAH ni? PAS ke? sila baca statment pendirian PAS - neutral... tak kata tak setuju atau sokong... sanggup menikus dan jadi bacul sebab takut rakan dalam pakatan seperti DAP (yg selamba badak ekstrem tak setuju langsung pasal ISLAM) terasa hati...
Maaflah kalau saya kata org dan iumpulan macam ni BANGSAT, LAKNAT & BACUL... jelas semua org tahu PAS mencangan memperjuangkan ISLAM tapi tengoklah... bila tiba masa dan saat serta situasi yg menuntut bangkitnya mujaddid... PAS MEMBACULKAN diri... kalau rakyat diluar sana tak insaf dan tak nampak lagi tembelang PAS... maksudnya ALLAH SWT sudah butakan hati dari melihat cahaya kebenaran...
Ayuh mujahid Islam bangkitlah... inilah jihad sebenar membela agama Allah... sokonglah gerakan ini...
Kepada Allah Berserah...
Post a Comment