Monday, August 10, 2009

SELANGOR DIKUASAI DAP : KETUANAN DAP BUKAN KETUANAN RAKYAT - ISLAM DI HINA & DIPERLEKEHKAN

Nampak gayanya maksud sebenar Ketuanan Rakyat semakin jelas di mata rakyat. Maksud sebenar Ketuanan Rakyat yang dicanang oleh Pakatan Rakyat semakin menampakkan hasil, diterjemahkan dengan 'baik' oleh segala tindak tanduk setiap ahli dalam Pakatan Rakyat.

Hasil yang paling ketara ialah kelancangan mulut dan tindakan ahli politik, aktivis dan para pendokong DAP yang menggunakan platform Ketuanan Rakyat. Dalam hal ini, penulis menyifatkan Ketuanan Rakyat sebenarnya ialah Ketuanan DAP.

Jika diteliti, sebenarnya tidak wujud pun keadaan 'Ketuanan Rakyat' tersebut di dalam kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ini. Lihat sahaja Selangor. Suara majoriti rakyat Selangor sebenarnya tidak pun diambil kira. Banyak isu yang berlaku di Selangor mengukuhkan lagi bahawa perkataan rakyat hanya digunakan untuk kepentingan survival politik DAP.

Isu Ronnie Liu menghalang penguat kuasaan yang hangat dibincang sekarang bukanlah suatu isu yang baru. Terdahulu, pada 3 November 2007, akhbar melaporkan tindakan beliau mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan pelacuran. Rujuk laporan Utusan Malaysia pada 3 November 2007 untuk laporan penuh.

Terkini, pada 4 Ogos 2009, PAS Selangor menggesa agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan. Berikut sedutan laporan Utusan Malaysia:

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh pegawai pegawai kerajaan negeri bahawa mereka tidak senang dengan campur tangan pihak tertentu termasuk Liu di dalam usaha untuk mengawal pengurusan dan penjualan arak di kalangan masyarakat Islam di Selangor.
Liu telah mempertikai keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8 di sini pada 30 Julai lepas. Menurut satu laporan akhbar, minuman keras itu telah dipulangkan kemudian.Liu dilaporkan berkata bahawa peraturan penjualan arak di Selangor yang sedia ada kekal sehingga satu garis panduan penjualan arak yang baru dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata keputusan untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti penduduknya Islam seperti di Seksyen 8 telah diluluskan dalam satu mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.MBSA mengambil keputusan itu dan mengambil tindakan atas desakan-desakan para penduduk setempat, katanya.

Jika dilihat situasi di atas, mana perginya 'Ketuanan Rakyat' seperti yang dicanang? Apa fungsi para penduduk setempat yang merupakan rakyat dalam istilah 'Ketuanan Rakyat' tersebut? Apa yang rakyat Selangor lihat ialah DAP yang menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Ronnie Liu turut dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock seperti dilaporkan oleh blog Truth for Teoh Beng Hock (T4TBH) . T4TBH mengaitkan Ronnie Liu dengan salah guna kuasa dan memaparkan hubung kait beliau dengan pelbagai syarikat Cina yang berkait rapat dengan dunia jenayah.

Oleh itu, lebih elok kalau DAP ubah sahaja dari Ketuanan Rakyat menjadi Ketuanan DAP. Atau Ketuanan Samseng. Atau Ketuanan biaDAP. Baru sesuai!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.