Wednesday, August 12, 2009

PEMUDA DAP BANGSAT! : HINA ISLAM TERBUKA

Berikut penulis perturunkan sebahagian artikel dari blog ahli Parlimen Kulim, YB Zulkifli Noordin yang bertajuk “BIADAPNYA PEMUDA DAP” untuk dinilai oleh semua:

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan.

Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna seperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves, if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......? Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan.

Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran?

Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk "Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut

Sekian, wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Sumber: Zulkifli Noordin. (6 Ogos 2009).

BIADAPNYA PEMUDA DAP.

*************
Mujur juga ada pemimpin Pakatan Rakyat yang berani bersuara memberitahu kepada umum rahsia kepincangan Pakatan Rakyat yang mana
DAP mahu PKR dan PAS menari mengikut rentak tari DAP. Hakikatnya, itulah yang berlaku. DAP mengawal segala hala tuju Pakatan Rakyat.Bukan sebab UMNO tak ambil peduli tetapi tak guna nak tegur, sebab semua yang keluar dari mulut UMNO mana pernah diambil peduli oleh pendokong PR yang terlalu taksub dan sebati dengan kebencian mereka terhadap UMNO.

Malah lebih teruk lagi, UMNO akan dikatakan cuba meretakkan hubungan akrab tiga beradik (DAP, PKR & PAS) jika bersuara menegur kelancangan rakan dalam pakatan mereka.Pesanan penulis kepada semua rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk menentukan sama ada mahu melihat pemimpin dan pendokong Ketuanan DAP ini masih lagi diangkat di masa akan datang atau meletakkan tanda noktah kepada kebiadapan mereka ini melalui peti undi.Cukuplah dengan kesilapan semasa PRU12 dahulu. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka ini sepanjang tak sampai setahun jagung diberi kuasa oleh pengundi.

Jadi, usah diberi kuasa kepada mereka ini lagi.Semenjak kemenangan yang tidak disangka-sangka oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu, rakyat melihat seolah-olah para pemimpin dan pendokong Ketuanan DAP ini sewenang-wenangnya begitu biadap dari segala segi. Benarlah seperti dikata YB Zulkifli Noordin, DAP berlagak sebagai golongan hebat dan 'untouchables' Katakan tidak kepada Ketuanan Rakyat (dibaca Ketuanan DAP)!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.