Tuesday, August 25, 2009

PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR - CALON PAS DIBERITAKAN MENDAHULUI : CERAH UNTUK MENANG

.
TERKINI : Kemaskini 4.40 Petang
.
Pusat Pengundian akan ditutup sebentar lagi dan dari maklumat 76% pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Namun berita-berita tidak rasmi memberikan gambaran bahawa Calon PAS akan menang dengan majoriti yang masih menjadi persoalan dan tanda tanya... penganalisis berpendapat akan berlaku pengurangan ketara jumlah undi majoriti yang diterima calon PAS hasil isu setempat dan semasa yang dilihat tidak memihak kepada Pakatan Rakyat... bersama kita tunggu pengumuman keputusan PRK Permatang Pasir sekitar jam 8.15 malam nanti di saluran TV3, RTM atau saluran lain... bersama kita nantikan...
.
Kemaskini 3.05 Petang

Dari maklumat diperolehi 65% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil Rakyat DUN Permatang Pasir. SPR Menjangkakan sekurang-kurangnya seramai 85% pengundi akan kelua mengundi sehingga masa pengundian tamat.


.
.
Kemaskini 2.24 Petang
.
Maklumat diperolehi terus dari Permatang Pasir calon mendedahkan calon PAS kini mendahului dengan agak selesa dengan majoriti undian sekitar 56% - 65 %. Namun begitu trend pengundian di akhir nanti akan memainkan peranan penting kerana kebanyakan pengundi pro Umno & BN akan turun mengundi di saat-saat akhir pengundian. Peluang kelihatan cerah untuk PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir... namun kita tunggu & lihat perkembangan seterusnya.
.
..
2.00 Petang - Sebuah buku yang cuba mendedahkan ‘dua wajah' Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui di kawasan pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh hari ini. Buku tersebut menonjolkan petikan-petikan ucapan Anwar yang mengecam PAS dan DAP - dua anggota Pakatan Rakyat - sewaktu beliau bersama Umno dahulu. Ia mengandungi petikan ucapan Anwar pada 1986, 1987 dan 1995 yang meminta rakyat menolak PAS dan DAP bagi memastikan kemakmuran di negara ini berterusan. (Baca Berita Lanjut Di Sini)
.
.
.
Buku itu bertajuk ‘Siapakah Sebenarnya Anwar? Wirakah.... atau petualang
bangsa & negara'. Bagaimanapun tidak tertera nama penerbit dan pencetaknya.Parakata dalam buku tersebut ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Pena MAS.
.
Kandungan buku itu membariskan sebelas bab. Bab pertama bertajuk Penderhakaan 1 memaparkan gambar angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Manakala di bawah bab bertajuk ‘Lidah bercabang', ia memuatkan petikan ucapan Anwar pada 21 April 1995 di majlis pemimpin bersama rakyat di Gombak, yang menyebut bahawa kerjasama PAS dan DAP jelas mengkhianat perjuangan orang Melayu dan mencetuskan isu kaum.
.
.
1.55 Tengahari – Calon BN, Rohaizat Othman berkunjung ke Peti Undi Cross Street menemui jentera BN dan juga pengundi-pengundi kawasan terbabit.
.
1.40 Tengahari - Ekoran kekecohan dan insiden baling batu di Peti Undi Bukit Indera Muda, dilaporkan bahawa dua jentera Pemuda BN Pulau Pinang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
.
.
1.15 Petang - Jumlah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari tadi mencecah 53.3 peratus atau 10,812 orang. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang. Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
.
.
apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak". Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.
.
12.40 Tengahari – Ketua Penerangan UMNO, YB Ahmad Maslan melakukan kunjungan ke Peti Undi Cross Street untuk berjumpa dengan para penyokong BN dan pengundi-pengundi kawasan tersebut.
.
12.20 Tengahari – Sehingga tengahari ini bilangan pengundi yang keluar kurang dari 50 peratus iaitu hanya sekitar 47.2 peratus atau 9573 daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 20,290.
.
12.00 Tengahari – Berlaku kekecohan di kawasan Peti Undi Kampung Pelet yang mana melibatkan insiden membaling batu antara penyokong BN dan penyokong PAS. Namun demikian, keadaan tersebut tidak berlarutan dan terkawal apabila kedua-dua penyokong parti bertanding mula berkurangan. Lalu lintas juga terkawal di semua kawasan peti undi.
.
10.45 Pagi – Peratusan keluar mengundi sehingga jam 10.00 pagi tadi dilaporkan 28.5 peratus atau 5,775 orang. Sehingga kini, dilaporkan proses pengundian di semua Peti Undi berjalan dengan lancar.
.
10.20 Pagi – Naib Presiden UMNO, Dato Mohd Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengunjungi Peti Undi Permatang Pauh bertemu dengan para pengundi tempatan.
.
10.00 Pagi – Calon BN, Rohaizat Othman berada di Peti Undi Permatang Pauh bersama-sama dengan para penyokong untuk bertemu dengan para pengundi yang menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh.
.
.
9.50 Pagi - Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini (rujuk Berita Di Sini). Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.
.
25/08/2009 9:31am
.
Lapan pusat mengundi DUN P.Pasir dibuka pagi ini
sumber :
UTUSAN
.
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos — Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi ini.
.
Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.
.
Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.
.
Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala Pas diwakili Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.
.
Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir. Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.
.
Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan hujan di beberapa tempat petang ini. - Bernama
.
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.