Tudia AHLI Parlimen
Jelutong (DAP) Jeff Ooi telah menulis surat kepada Majlis Bandaraya
Pulau Pinang bagi menggesa (mengarahkan sebetulnya) MBPP untuk tidak
meluluskan permohonan tukar syarat kegunaan bangunan dari pejabat ke
hotel kerana pemilik Maritim Waterfront Hotel adalah seorang ahli UMNO.
Ia siarkan di dalam akhbar Cina dan dibidas oleh bekas MP PKR Nibong Tebal Tan Tee Beng dalam facebooknya .
Patutlah selama ini projek perumahan mampu milik oleh JKP Sdn Bhd tidak diluluskan oleh kerajaan DAP kerana sebab diketuai oleh pemimpin UMNO. Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang masih menunggu rumah mampu milik dibina .
Lhatlah betapa sungguh demokratiknya amalan berpolitik seorang Ahli
Parlimen yang mewakili Parti Tindakan Demokratik. Peluang perniagaan
disekat hanya kerana pemilik adalah ahli UMNO. Ini adalah diskriminasi terhadap ahli parti politik yang bukan sekutu DAP.
Apakah di Pulau Pinang sekarang, hanya ahli-ahli DAP sahaja boleh
menjalankan perniagaan sejak DAP jadi kerajaan negeri pada 2008?
No comments:
Post a Comment