Thursday, August 4, 2016

ANANDA KRISHNAN KRONI MAHATHIR KAYA RAYA CBI INDIA KELUAR WARAN TANGKAP KES PENGUBALAN WANG HARAM


339149618


Pihak Biro Penyiasatan India (CBI) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atas dua rakyat Malaysia dan dua syarikat Malaysia berhubung kes pengubahan wang haram antara Aircel dan Maxis melibatkan bekas Menteri Komunikasi India Dayanidhi Maran serta saudara kandungnya, Kalanithi Maran.

Laporan portal agensi media New Indian Press menyebut, dua rakyat Malaysia yang disyaki terlibat ialah bilionair telekomunikasi Ananda Krishnan dan Augustus Ralph Marshall serta empat syarikat iaitu Sun Direct TV Pvt Ltd (SDTPL), Maxis Communications Berhad, South Asia Entertainment Holding Ltd, Astro All Asia Network.

Pihak CBI turut memberitahu Hakim Mahkamah Khas O P Saini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan tapi masih belum disampaikan kepada tertuduh.

OB-XK855_icbi05_G_20130510042638
Badan Penguatkuasaan Direktorat (ED) India pada 25 Mei lepas telah mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) untuk menyiasat Ananda.

Keesokan harinya, satu lagi saman dikeluarkan untuk menyiasat Ralph Marshall dan kedua-dua saman itu telah dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, keluarga Maran mencabar bidang kuasa mahkamah khas dengan menyatakan bahawa kes tersebut bukan sebahagian daripada spektrum penipuan komunikasi dan skandal politik (2G) dan tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan untuk mengendalikan kes-kes 2G secara eksklusif.

Bekas Menteri Komunikasi India Dayanidhi Maran; saudara kandung­nya, Kalanithi Maran; isteri kepada Kalanithi, Kavery Kalanithi; Pengarah Urusan Asia FM Ltd. (SAFL), K. Shanmugam dan syarikat-syarikat SAFL dan SDTPL adalah antara mereka yang dipanggil oleh mahkamah sebagai tertuduh.

Dalam pada itu, ED menentang pengakuan adik beradik Maran dengan menyatakan aspek pengubahan wang haram masih disiasat dan berkemungkinan mengganggu bukti serta mempengaruhi saksi.
Mahkamah memerintahkan sebutan kes dilanjutkan pada 27 Ogos ini.

Perkembangan terbaru ini adalah amat menarik kerana Ananda sebelum ini memang dikenali sebagai antara tokoh perniagaan yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta dianggap antara kroni beliau di negara ini sehingga berjaya mencipta nama sehingga hari ini

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.