Ini adalah dakyah baru dari porta pembangkang - buang air kena GST. Bagi
sesiapa yang pernah melawat KLCC pastinya tahu bahawa tandas ini
mempunyai bayaran masuk RM2. Bayaran ini dikenakan sejak tahun 2001
lagi. Apa yang bagusnya tandas ini, bayaran yang dikenakan seleas GST
turut sama iaitu RM2. Tiada kenaikan harga.
Tidak perlu mengeluh atau membuat kecoh di laman sosial kerana anda
boleh mencari tandas percuma di tingkat lain. Tandas RM2 mempunyai
keistimewaan tersendiri sesuai dengan harganya RM2. Tands ini dikhaskan
untuk orang-orang yang mahukan kesempurnaan dan 'privacy'. Tandas ini
mempunyai perkhidmatan pelayan, yang akan memberikan kepada anda tisu
wangi untuk mengelap muka anda (tidak pasti pula jika pelayan berkenaan
memberikan kepada juak-juak pembangkang tisu untuk mengelap bontot
mereka atau tidak). Kebersihan tandas berkenaan sentaiasa terjaga.
Tidak dipastikan sama ada macai yang memuatnaik resit tandas berkenaan
datang dari hulu banat mana atau beliau sekadar ingin memburukkan
Kerajaan dalam isu GST. Yang pasti mereka mungkin hanya mampu untuk
menipu orang kampung yang tidak pernah menjejak kaki di KLCC, tetapi
orang Lembah Klang yang pernah ke sana pasti mencebik betapa bodohnya
dakyah pembangkang ini.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/04/buang-air-kena-gst-minda-bangang-dari.html#EbTT0xzEqy1fyKE2.99
No comments:
Post a Comment