Thursday, September 5, 2013

MINYAK DENGAN AIR MANA PENTING? PAKATAN RAKYAT PENANG NAIKKAN SURCAJ AIR GILA-GILA TAK MARAH PUN



“Syukur Alhamdulilah” inilah yang ayat yang pertama pasti keluar dari mulut pencinta dan mereka yang berimamkan Lim Guan Eng.
Ini sumbangan yang diberikan oleh regim DAP hingga ke pili air didalam rumah yang sukar dilakukan oleh kerajaan BN.

Rakyat Pulau Pinang menyuarakan sokongan yang tak berbelah bahagi apabila kadar surcaj dinaikkan sekali lagi kali kedua dalam tempoh 2 penggal pemerintahan Regim DAP.


RAKYAT PENANG RELEKS JE TAK MARAH PUN. BIJAK SUNGGUH GUAN ENG MENTADBIR PENANG TAK SAPA NAK BANGKANG MAIN REDHA N PASRAH JE... 

BN KENA BELAJAR DARI DAP TAU CAMNA DEPA BULEH BUAT LAGU TU... NI NAIKKAN MINYAK 20 SEN DAH MENGAMUK SATU MALAYSIA... CUMA AIR DENGAN MINYAK MANA PENTING YA... ERMMM... TAK KISAHLAH... 

INI PASTINYA BERKAT DOA TUAN GURU LIM GUAN ENG... AMINNNNN...


GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 September ini.
Pengurus Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan.

"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi di negeri ini dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan, bagaimanapun Pulau Pinang sebuah negeri yang kekurangan air dan kita perlu fikirkan masa hadapan.

"Kedah juga telah memberi amaran untuk mengenakan bayaran air mentah dan kerajaan persekutuan belum memulakan kerja Projek Bekalan Air (Mentah) Sungai Perak, oleh itu kita perlu memulihara air dari sekarang untuk memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi menjelang 2020," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata, PBAPP sudah tidak mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 302 l/k/h sehingga 30 Jun 2013 berbanding hanya 294 l/k/h pada 2012.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.