Wednesday, June 2, 2010

ROMBAKAN KABINET

Rombakan kabinet, Tee Keat gugur...
Jun 1, 10 5:56pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.

Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Ja

watan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.

Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

S

ementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat.

Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.

Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA yang baru, Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu.

Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.

P

erdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.

Berikut senarai rombakan berkenaan:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

FLOTILLA GAZA : 12 RAKYAT KITA SELAMAT

AKTIVIS keamanan Turki, Nilufer  Cetin bersama  anaknya Turker Kaan Cetin tiba di Istanbul, semalam selepas dibebaskan tentera Israel yang bertindak menyerang kapal Mavi Marmara, kelmarin.

AKTIVIS keamanan Turki, Nilufer Cetin bersama anaknya Turker Kaan Cetin tiba di Istanbul, semalam selepas dibebaskan tentera Israel yang bertindak menyerang kapal Mavi Marmara, kelmarin.

Tak cedera, kini ditahan tentera Israel di Haifa
Malaysia minta bantuan negara ketiga bawa pulang

SEPANG: Semua 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel ketika misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin, disahkan selamat dan kini ditahan di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, turut mengesahkan tidak ada warga Malaysia yang cedera dalam serangan itu.

"Kita sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan mereka dan tempat sebenar mereka ditahan kerana maklumat terakhir yang kita ketahui, kapal Mavi Marmara dibawa ke Pelabuhan Haifa, Israel.

"Beberapa negara seperti Jordan, Turki, Filipina dan Ireland yang mempunyai hubungan dengan Israel bersedia membantu kita membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu secepat mungkin," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean - Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), semalam.

Anifah juga menjelaskan angka rasmi rakyat Malaysia yang berada dalam Mavi Marmara sebenarnya 12 orang dan bukan 11 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata, seorang lagi rakyat Malaysia yang berada dalam kapal itu ialah Mustafa Mansur dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Menurut laporan semalam, 11 rakyat Malaysia termasuk sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan dua krew televisyen Astro Awani berada dalam kapal itu.

Anifah berkata, enam lagi rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama Rachel Corrie juga berada dalam keadaan selamat dan kini dilaporkan sudah bertolak dari Malta menuju ke perairan Gaza.

Beliau berkata, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-88874570 yang dibuka 24 jam.

Anifah juga berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas tindakan rejim Israel itu dan mahu supaya siasatan bebas secara menyeluruh dilakukan.

Katanya, Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang masih tidak mengutuk serangan rejim Israel terhadap kapal Mavi Marmara dari Turki yang membawa aktivis kemanusiaan ke Gaza.

"Malaysia mahu Israel segera membebaskan semua tahanan dan kapal terbabit dan Resolusi 1860 dipatuhi oleh Israel supaya membuka laluan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza," katanya.

Anifah menegaskan serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa.

Beliau turut membaca kenyataan bersama Menteri Luar Asean dan GCC yang dikeluarkan di Singapura semalam yang mengutuk keras tindakan rejim Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu.

Katanya, Menteri Luar Asean mahu semua aktivis yang ditahan dibebaskan segera oleh pihak berkuasa Israel.

"Semua Menteri Luar Asean-GCC bersetuju bahawa kerjasama antarabangsa perlu bagi memastikan Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya mengikut undang-undang antarabangsa. Semua Menteri Luar itu juga mendesak PBB melakukan siasatan terperinci terhadap serangan Israel itu," katanya.

Tuesday, June 1, 2010

PROTES GAZA DI SELURUH NEGARA - ISRAEL LAKNATULLAH

Protes Gaza: Lelaki Arab kelar diri depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur

Suasana depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kecoh seketika bila seorang lelaki Arab dipercayai warga Palestin kelar badannya dengan pisau kerana protes serangan tentera Israel keatas kapal konvoi misi kemanusiaan Gaza.

Kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi sejurus Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali selesai mengetuai kira-kira 300 orang wakil pelbagai NGO mengadakan demo depan kedutaan.

Mereka adakan demo itu mulai jam 11 pagi.

Ibrahim juga telah menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan itu.



Orang ramai telah bertindak segera untuk mengelak dari dia mencederakan lagi dirinya.Badan dan tangannya berlumuran darah.

Polis terus mengejarkannya ke hospital untuk rawatan.

Pada jam 12 tengahari pula seramai 80 orang dari pakatan rakyat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sampai untuk menyampaikan nota bantahan.Turut serta Tian Chua,Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu di pejabat perwakilan Bangsa-bangsa Bersatu di Kuala Lumpur,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengetuai rombongan 200 orang ahli pergerakan itu menyampaikan nota bantahan.



Turut serta Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.Nota berkenaan disampaikan kepada ketua perwakilan itu Kamal Malhotra.- 1/6/2010







Satu lagi sejarah hitam…

Serangan flotila: Rakyat Malaysia protes...
Jun 1, 10 11:26am
Rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor hari ini bersatu untuk menyatakan keberangan mereka terhadap tindakan rejim Israel yang menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.

Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur, lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional membawa sepanduk menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang menyerahkan memonrandum dua muka surat itu berkata PBB perlu melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel kerana sering-kali mencabuli undang-undang antarabangsa.

Kami menggesa ahli-ahli Majlis Keselamatan, - Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, China dan Perancis tidak menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang sebarang tindakan yang bakal diambil ke atas Israel,” katanya kepada wartawan.

Khairy juga menggesa Amerika Syarikat agar tidak bersekongkol dengan Israel kerana “dunia telah menyaksikan kekejaman mereka menyerang tanpa sebarang sebab di perairan antarabangsa”.

Beliau berkata Malholtra memberi jaminan bahawa memorandum berkenaan akan disampaikan kepada ibu pejabat PBB di New York hari ini, memandangkan Majlis Keselamatan sedang membahaskan perkara berkenaan.

"Kami difahamkan setiausaha agung PBB (Ban Kin Moon) tidak memandang ringan isu ini dan besar kemungkinan Majlis Keselamatan akan mengeluarkan resolusi berhubung perkara itu, dengan Turki sebagai anggota sementara menaja usul berkenaan,” katanya selepas perbincangan 15 minit dengan wakil PBB itu.

Timbalan ketua pemuda Umno, Razali Ibrahim juga senada dan berkata "Buat kali pertamanya, PBB mesti bertindak".

Jika tidak, katanya, badan dunia itu akan kehilangan rasa hormat daripada masyarakat dunia.

Khairy
juga mengumumkan perhimpunan besar-besaran di Kedutaan Amerika Syarikat, Jumaat ini yang bakal dihadiri oleh NGO dan juga parti-parti politik kerajaan serta pembangkang.

"Kami ingin menunjukkan bahawa rakyat malaysia bersatu menentang Israel. Ini bukan soal keagamaan tetapi isu sejagat.

"Langkah seterusnya ialah memberi tekanan kepada negara-negara kuasa dunia supaya tidak berpihak dengan Israel,” katanya.

Hadir sama adalah ketua pemuda MIC T Mohan dan perwakilan dari MCA dan PPP.

Kedua-dua protes berkenaan dipantau oleh sekumpulan polis yang ditugas memastikan ia dijalankan dalam keadaan terkawal.

Pejabat kedutaan Amerika Syarikat akan juga menyaksikan tiga bantahan di perkarangannya.

Selain, bantahan jam 10 pagi tadi yang diketuai oleh NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA0, Majlis Perundingan Melayu (MPM)dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), terdapat dua lagi protes.

NGO Islam yang diketuai oleh Talian Hayat untuk Gaza atau Lifeline4Gaza berhubung pada jam 11 pagi tadi manakala PAS dan parti-parti pembangkang pula akan berada di sana pada jam 12 tengahari.

JIHAD & SYAHID :TERKINI ISRAEL SERANG FLOTILLA BANTUAN, SUKARELAWAN TERBUNUH


Surah al-Baqarah ayat 120 maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut agama mereka".

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

KAPAL TURKI MAVI MARMARA

Hari ini kita seluruh dunia di kejutkan dengan kekejaman Rejim Zionis bila menyerang konvoi kapal sukarelawan Misi bantuan Gaza yang setakat ini di sahkan 19 orang telah terkorban dan 30 mendapat kecederaan. Ternyata kekejaman Rejim Zionis ini semakin melampaui batas dan wajib di kutuk oleh seluruh Dunia kepada pemerintahan Israe ini.

Pasti ramai yang tidak menyedari bahawa Misi Bantuan Gaza ini turut di anjurkan oleh Kerajaan Malaysia itu sendiri. Malah mantam PM Tun Dr Mahathir merupakan Presiden misi Bantuan Gaza ini. Kerajaan Malaysia mengeluarkan belanja dalam membantu rakyat palestin bukan sahaja kali ini namun telah di lakukan sejak zaman berzaman lagi.

Kapal Turki Mavi Marmara itu yang membawa aktivis misi bantuan kemanusiaan di Gaza serta dua kakitangan stesen televisyen Astro Awani diserang tentera Israel pagi semalam dalam pelayaran bagi melaksanakan misi berkenaan.

Serangan ke atas kapal-kapal kargo dan kapal penumpang Turki itu dilakukan tentera Israel yang menggunakan peluru hidup. Kononnya ketika kejadian, pasukan mereka terpaksa melepaskan tembakan kerana mendakwa diserang oleh kumpulan aktivitis tersebut dengan menggunakan batang besi dan objek lain. Kesemua suspek juga berlaku agresif menyerang dengan niat untuk merampas senjata yang digunakan tentera Israel.

Setakat ini 11 orang dilaporkan telah terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera dalam serangan kejam tentera Israel tersebut. Kebanyakan yang terbunuh adalah warga Turki. Sebagai tindakbalas dan bantahan terhadap serangan di ke atas kapal Flotila Turki, mereka telah memanggil pulang dutanya ke negara itu. Gambar kejadian di bawah;


GAMBAR dirakam daripada siaran TV Turki menunjukkan bot komando Israel mendekati kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gambar bawah, komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh. - Foto AFP - May 31, 2010 5:50 pm







KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza. Gambar bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza. Foto sebelahnya pula dirakam saluran televisyen Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati kapal aktivis.

KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza. Gambar bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza. Foto sebelahnya pula dirakam saluran televisyen Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati kapal aktivis.

sebelum - selepas
" border="0"> " border="0">














Gambar sukarelawan cuba menyelamatkan mangsa tembakan dan mayat-mayat penumpang yang terbunuh oleh kekejaman Israel di bawah





NASIB RAKYAT MALAYSIA

Keganasan Rejim Zionis

Tergantung jalur gemilang bersebelahan dengan bendera Palestin di atas kapal yang diserang oleh komando Israel. Nasib 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut masih belum lagi diketahui. Israel sudah melampaui batas kemanusiaan.

Menyerang mereka orang awam yang dalam misi kemanusiaan. Majlis Keselamatan perlu bertindak segera menghalang kerakusan Israel. Lihat video keganasan Israel ini. Mari kita mendoakan keselamatan anggota misi keamanan. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka daripada keganasan rejim Zionis.

0 comments

NASIB 12 RAKYAT BELUM DIKETAHUI

Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin.

Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla.

Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut.



Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut. Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.

Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
Mustafa bin Mansur, MAPIM
Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.






Foto Ashwat bin Ismail ketika membuat lintas langsung 2 hari lalu dari Mavi Marmara. Lagi foto dibawah yang dipetik dari AwaniTV

2 WARTAWAN AWANI DI TAHAN ISRAEL

Hj.AnuarHashim - Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka termasuk dua wartawan Awani Astro.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza. Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia. Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan. Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman yang kini berada di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu. Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil. Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera. Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel.

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI KAPAL RACHEL CORRIE SELAMAT
Mei 31, 10 3:28pm

Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.


Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini. "SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di Kuala Lumpur.

Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza. "Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya. Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

NOTA :

- tiada kata-kata atau tulisan yang dapat menggambarkan perasaan penulis ketika ini... apa yang dapat kita lakukan adalah berdoalah... berdoalah sepenuh hati moga Allah SWT memberikan bantuan, kekuatan dan ketabahan kepada rakan sukarelawan yang telah dipilih Allah untuk berpeluang menempuh jalan jihad yang penuh kemanisan dan ganjaran Allah ini ... kepada keluarga dan sahabat kepada pejuang yang syahid dalam usaha jihad ini usahlah bersedih dan berduka malahan ucapkanlah syukur kerana sesungguhnya janji Allah itu syurga buat mereka...

- kepada sahabat penulis... kami tidak tahu khabar berita sejak semalam namun tabahlah, tetapkan niatmu. Kami disini tidak akan putus untuk mendoakan segala yang terbaik buat mu... andai kau syahid kami di sini redha dengan janji Allah itu... akan kami ceritakan betapa besarnya kisah pengorbanan ini kepada anak-anak mu... semoga kelak sifat mulia dan tingginya cita mendaulatkan Islam di dalam dirimu menjadi warisan kepada mereka...

Berangkatnya Para Sukarelawan LL4G

Ibarat lebah menghurungi sarang. Begitulah ramainya sahabat handai dan sanak saudara kepada relawan NGO-NGO Malaysia yang berlepas ke Gaza malam 18 Mei melalui KLIA ke Istanbul, Turki.

Semacam ada debaran semasa setiap ahli diberikan peluang untuk berucap kepada 80 orang hadirin pengiring pada malam itu. Ada yang tekun mendengar, ada yang terkelu, ada yang tersenyum dan ada pula yang menitiskan airmata. Apa tidaknya.

Misi kali ini jelas buat pertama kalinya melibatkan kepimpinan kanan NGO-NGO Islam dari Malaysia memasuki kancah peperangan yang masih tiada tanda hentinya. Bak kata ketua misi Lifeline for Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini”. Kenyataan beliau disambut isakan seorang isteri relawan yang sedang memegang tangan anak kecilnya yang belum mengerti mengapa ayahnya membawanya ke KLIA pada kegelapan malam dan samada ayahnya akan kembali untuk mencium pipiya lagi.

Orang ramai mula berhimpun di terminal berlepas KLIA

Orang ramai mula berhimpun di terminal berlepas KLIA

Kami bertekad menerobos tembok kematian!

Kami bertekad menerobos tembok kematian!

Begitulah kekentalan dan tekad jiwa-jiwa yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai misi sulung menyusuri flotilla kapal kargo dan penumpang dalam hasrat meroboh tembok kematian binaan Israel, Mesir dan konco-konco mereka. Kental juga adalah semangat para-para isteri yang telah merelakan suami mereka pergi mencari keredhaan Allah SWT. Lapan orang relawan itulah yang Allah telah pilih untuk membawa amanat rakyat Malaysia yang telah berkorban wang ringgit mereka demi menyelamatkan Al-Quds dan membebaskan Palestin bumi para anbiya’ itu. Inilah saatnya wira-wira Malaysia berlepas pergi.

Suasana di KLIA seakan suram, tidak seceria seperti selalu bila ahli-ahli NGO Islam bertemu setempat. Anak-anak serta isteri para relawan seakan tidak mahu melepaskan genggaman tangan ayah dan suami mereka. Basah mata mereka, basah juga mata para sahabat dan sahibah yang mengirim rombongan ini. Isteri dan anak-anak dicium, dipeluk erat-erat.

Muslimat cekal redha dengan ketentuan Illahi

Muslimat cekal redha dengan ketentuan Illahi

Bagaikan tidak mahu melepaskan ayah ku pergi

Bagaikan tidak mahu melepaskan ayah ku pergi. Mungkinkah ini kali terakhir?

Laporan propaganda pihak Zionis Israel beberapa hari yang lepas yang mengatakan mereka tidak akan membenarkan sama-sekali sebarang flotilla merentasi lautan malahan akan menggunakan kekerasan bermain di benak setiap yang hadir di KLIA malam itu.

“Kita tidak gentar, dan kita tidak akan berpatah balik. Seandainya kami syahid, maka itulah ketetapan daripada Allah SWT. Kami mengharapkan doa anda, kerana doa itu adalah senjata mustajab orang-orang mukmin. Jangan lupa bersolat hajat agar misi kita untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza ini akan dikabulkan akhirnya oleh Allah SWT. Seandainya kami gugur, maka maafkanlah kesilapan kami, dan relakanlah pemergian kami menemui Allah SWT,” berkata Haji Noorazman yang juga Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang telah diamanahkan oleh IHH (The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarion Relief) untuk mengatur delegasi Malaysia sempena projek trans-samudera LL4G ini.

LL4G Malaysia dan HALUAN Malaysia mengucapkan selamat bertugas, selamat kembali dan semoga Allah SWT meredhai anda semasa melaksanakan misi ini. Wira-wira NGO Islam kita terdiri daripada :

  1. Haji Noorazman Mohd Samsuddin, Biro HALUAN Palestin selaku Ketua Misi LL4G Malaysia
  2. Haji Jamuliddin Bin Elias, Yayasan Amal
  3. Selamat Ali, Jamaah Islah Malaysia
  4. Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
  5. Dr Arbaai Shawal, Biro HALUAN Palestin
  6. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Biro HALUAN Palestin
  7. Ustaz Alhami Husain Suhaimi, Biro HALUAN Palestin
  8. Mohd Nizam Awang, Biro HALUAN Palestin
Berita Terkini

Malaysia Kini : 12 Rakyat Malaysia dalam Kapal Diserang Israel
Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'
Semua rakyat M'sia di kapal Rachel Corrie selamat
Flotila bantuan tak bawa senjata
Flotila Gaza diserang Israel
EU desak siasatan segera kematian aktivis pro-Palestin



KEPADA ALLAH KAMI BERSERAH...

SEDUTAN BERITA TERKINI: FLOTILA PEMBEBASAN GAZA DISERANG ISRAEL

Israel tahan 480 orang aktivis pro-Palestin

01/06/2010 1:29pm

BAITULAMAQDIS 1 Jun – Israel kini menahan 480 orang aktivis pro-Palestin yang ditangkap dalam serangan komando berdarah ke atas flotila bantuan ke Gaza dan akan menghantar pulang 48 yang lain, lapor sebuah radio awam hari ini.

Mereka yang ditahan ditempatkan di penjara bandar Ashdod, manakala 48 lagi dihantar ke lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion untuk dihantar pulang ke negara masing-masing. – AFP


PM arah Wisma Putra dapatkan maklumat terkini sukarelawan negara
01/06/2010 12:51pm

KUALA LUMPUR 1 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra mendapatkan maklumat terkini nasib sukarelawan Malaysia yang telibat dalam misi ke Gaza selepas kapal mereka diserang oleh pihak rejim zionis.

Beliau berkata, Malaysia juga akan megusulkan tindakan pencabulan dan keganasan Israel ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan bagi membolehkan satu tindakan diambil terhadap Israel. - Utusan


Malaysia kutuk keganasan Israel


Najib Tun Razak bersalaman dengan kakitangan Maybank semasa melawat Menara Maybank, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Mei - Kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh dunia juga harus mengutuk serangan terhadap konvoi yang berada di perairan antarabangsa itu yang sepatutnya sebarang tindakan dalam bentuk ketenteraan tidak dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa.

''Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kekuasaan mengikut sesuka hati mereka.

''Ia dilakukan tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan ini boleh membawa kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa sama sekali.

''Oleh itu, seluruh dunia patut mengutuk dan mengecam kerajaan Israel sekeras-kerasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka yang juga presiden alumni berkenaan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Najib berharap insiden itu akan membawa kepada satu bentuk tindakan yang boleh dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk tindakan mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Israel.

''Kita sedang fikirkan mungkin kita akan mengusulkan supaya perkara ini dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB supaya satu ketetapan dibuat terhadap kerajaan Israel.

''Sama ada ia boleh dilakukan dengan segera, ia bergantung pada persetujuan dari negara-negara lain," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau sedang menunggu butir-butir perkembangan selanjutnya tentang apa yang berlaku.

''Kita belum dapat lagi apa-apa maklumat yang sahih tentang nasib rakyat Malaysia. Saya difahamkan ada beberapa rakyat kita yang berada di atas kapal tersebut yang telah diserang oleh pihak Israel," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib menggesa alumni pertubuhan belia membantu kerajaan menjelaskan kepada rakyat segala perubahan yang telah dan sedang dilakukan kerajaan bagi memastikan mereka dapat menerimanya dengan baik.

Perdana Menteri berkata, langkah untuk memperjelaskan agenda nasional itu boleh dilakukan melalui rangkaian sosial dan politik di peringkat nasional, negeri dan akar umbi yang dipunyai oleh alumni-alumni berkenaan.

''Kita kena berkomunikasi secara jelas dan tepat kepada rakyat supaya segala sesuatu yang baik yang dibuat oleh kerajaan untuk jangka panjang dapat diterima baik oleh orang ramai," katanya.

Sempena majlis berkenaan, alumni berkenaan menganugerahkan Darjah Bapa Pembangunan Belia kepada Najib.

PBB adakan mesyuarat tergempar
01/06/2010 12:36pm

NEW YORK 1 Jun - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan satu mesyuarat tergempar semalam selepas pasukan komando Israel menyerang flotila pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, dengan rakyat Palestin dan negara-negara Arab mengutuk serangan tersebut dan menuntut satu siasatan bebas dilakukan.

Rakyat Palestin dan negara-negara Arab yang disokong beberapa anggota majlis termasuk Turki, turut menggesa Israel menarik balik sekatan terhadap Gaza, segera melepaskan kapal-kapal serta aktivis kemanusiaan terlibat dan membenarkan para aktivis menghantar bekalan bantuan.

Penolong Setiausaha Agung Oscar Fernandez-Taranco dalam taklimatnya kepada badan paling berpengaruh PBB itu berkata, insiden maut pagi semalam boleh dielakkan sekiranya desakan berulang kali yang meminta Israel menarik balik sekatan yang tidak boleh diterima terhadap Gaza, dipatuhi rejim Yahudi tersebut.

Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu, yang negaranya merupakan sekutu lama Israel, menyifatkan serangan itu sebagai tidak ubah seperti ‘perbuatan merompak dan melanun’ di laut lepas dan ‘pembunuhan yang dilakukan sebuah negara’. - AP

3 kumpulan hak asasi Israel mohon Zionis keluar nama mangsa

01/06/2010 3:11am

BAITULMAQDIS 31 Mei - Tiga buah kumpulan hak asasi Israel memohon perintah mahkamah hari ini supaya kerajaan rejim Zionis mengeluarkan senarai nama mereka yang terkorban dan cedera dalam serangan terhadap kapal misi bantuan ke Gaza.

Kumpulan itu berkata, mereka memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan maklumat seperti nama, lokasi serta keadaan mereka yang ditahan.

Selain itu, mereka turut memfailkan permohonan harbeas corpus terhadap Menteri Pertahanan Israel, Jabatan Penjara, Polis serta pihak imigresen dengan mendakwa penahanan beberapa aktivis keamanan itu sebagai tidak sah.

Petisyen permohonan itu dilakukan oleh ahli jawatankuasa pertubuhan Anti Penyeksaan dan Hak Asasi Manusia Israel, Adalah. - AFP


Gaza: Jakim seru solat hajat, qunut nazilah di seluruh negara.

Gaza: Jakim seru solat hajat, qunut nazilah di seluruh negara.

01/06/2010 1:36pm

PUTRAJAYA 1 Jun _ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah mulai malam ini bagi memohon keselamatan semua anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, solat hajat itu diharap dapat diadakan serentak di seluruh negara selepas solat Maghrib hari ini dan juga selepas solat Jumaat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai reaksi terhadap keganasan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang

terlibat dalam misi `Flotila Kebebasan' bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Utusan

Isteri sukarelawan Malaysia yakin misi ke Gaza selamat


Isteri sukarelawan Malaysia yakin misi ke Gaza selamat
Oleh Nor Hatina Shuib dan Mohd Idris Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2010/06/01



YUHANIS Fazlina memangku anaknya Mohd Nursharir selepas mendapat berita satu dari kapal misi Gaza diserang rejim Zionis.

Berita dinanti penuh debaran, keluarga doa keselamatan konvoi

SHAH ALAM: Isteri kepada sukarelawan Malaysia yang menyertai Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) mendoakan keselamatan suami masing-masing ketika menanti berita daripada Gaza dengan penuh debaran.

Isteri kepada Ketua Misi LL4G, Mazlina Ghazali berkata, kali terakhir beliau menerima panggilan telefon daripada suaminya pada jam 10 pagi semalam yang menceritakan kapal Marvi Marmara yang dinaikinya itu diawasi Israel melalui tinjauan helikopter dan beberapa kapal yang muncul sebelum tiba-tiba hilang.

“Suami saya, Noorazman Mohd Samsuddin, sempat menelefon saya semalam dan hanya sempat bercakap sekejap saja. Beliau menceritakan bagaimana kapal dinaikinya diserbu Israel Deffence Forces (IDF) ketika berada di perairan antarabangsa.

“Saya yakin Allah akan selamatkan suami saya dan beliau akan pulang dengan selamat. Marilah kita sama-sama membuat gesaan supaya Israel dapat menghentikan kekejaman ini, " katanya pada sidang media semalam.

Beliau dan beberapa isteri sukarelawan lain hadir bersama pada sidang media yang diadakan Pengerusi LL4G, Zulkifli Mohd Nani bagi memaklumkan perkembangan terkini misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, selepas sebuah flotila keamanan diserang Israel kira-kira jam 11 pagi semalam.

Nor Dalilah Abdul Halim, berkata suaminya Abd Halim Mohamed Redzuan sempat menyampaikan wasiat kepadanya supaya membiarkan jasadnya berada di Gaza jika beliau terkorban dalam misi bantuan itu.

“Suami ada berpesan sebelum pergi ke sana supaya jangan dibawa pulang mayatnya jika beliau terkorban, " katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, isteri Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, Dr Yuhanis Fazlina Fazil, 36, ketika dihubungi berkata beliau sudah melahirkan kerisauan terhadap suaminya sejak tengah malam kelmarin lagi apabila beliau mencuba lebih 10 kali untuk menghubunginya namun gagal.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapat panggilan telefon daripada suaminya kira-kira jam 6 petang semalam bagi memaklumkan dirinya terselamat daripada serangan itu.

Dalam perbualan telefon selama 10 minit Mohd Nizar sempat bertanya keadaan bayi lelakinya, Mohd Nursharir yang baru lahir pada 22 Mei lalu dan ibu mentuanya masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, kerana sakit

Nasib 11 rakyat kita masih samar

Nasib 11 rakyat kita masih samar
Oleh Haspaizi Mohd Zain, Sukhairi Abd Thani dan Nor Hatina Shuib
bhnews@bharian.com.my
2010/06/01
sebelum - selepas

sebelum - selepas
" border="0"> " border="0">

Dua krew TV turut berada atas kapal
Dua krew TV turut berada atas kapal










SHAH ALAM: Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui.

Setakat tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera dalam serbuan komando Israel ketika kapal itu berada di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Pengerusi LL4G, Zulkifli Mohd Nani, pada sidang media di sini, berkata ketika menghubungi bahagian komunikasi di Gaza pada jam 3.15 petang semalam, beliau dimaklumkan lebih 10 mangsa terbunuh dan 30 cedera dalam kejadian itu.

"Saya hanya sempat membuat panggilan telefon tidak sampai dua minit dan diberitahu sebarang komunikasi atas kapal Mavi Marmara sudah diputuskan oleh Israel," katanya dan menambah misi bantuan kemanusiaan itu membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan, antaranya ubat-ubatan bagi pesakit kanser di Gaza, selain pakaian dan makanan.

"Kapal Induk Marvi Marmara adalah satu daripada tujuh kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan. Ia diserang ketika menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi diketuai sebuah NGO dari Turki, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan kapal Marvi Marmara yang dinaiki sukarelawan Malaysia diserang jam 11 pagi," katanya.

Beliau berkata, ketua misi LL4G, Noorazman ketika dihubungi sebelum ini berkata tidak ada sebatang paku pun dalam kapal itu untuk sebarang tujuan tidak baik dan misi hanya untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza tetapi Israel dalam kenyataannya menyatakan tembakan bermula daripada kapal Mavi Marmara sebelum dibalas oleh tenteranya," katanya.

Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz, mengesahkan Ashwad, 26, dan Shamsul Kamal, 43 wartawan berada dalam kapal Mavi Marmara tetapi sehingga malam tadi, tidak dapat menghubungi mereka.

“Kami masih gagal menghubungi mereka selepas serangan pada awal pagi tadi (semalam). Kami masih menunggu sebarang maklumat daripada penganjur dan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua krew berkenaan berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki pada 23 Mei sebelum ke Pelabuhan Antalya, untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan itu.

Sementara itu, sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.

Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Dalam SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza tahu Mavi Marmara diserang dan merancang untuk terus maju.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.