Beberapa pemidang kain telah dipasang sekitar Ampang. PKR sedang
mengiatkan usaha untuk pendaftaran ahli baru. Saguhati diberikan iaitu
sebanyak RM100 untuk seorang ahli baru. Adakah RM100 yang diberikan
adalah berbentuk derma, bayaran penghargaan atau sumbangan tulus ikhlas
dari parti? Cuba perkara yang sama diamalkan oleh parti Kerajaan Pusat
seperti UMNO. Habis macai-macai Pakatan Harapan terutamanya PKR sumpah
seranah dengan perkataan rasuah.
Adakah pemimpin-pemimpin PKR akan turut menyalahkan UMNO dalam soal kain
pemidang ini? Seperti mana kalimah yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan
Muda PKR, Nik Nazmi, "semua masalah negara salah UMNO". Mungkin bini
dia mengandungpun salah UMNO. Terlanjur bercakap pasal Nik Nazmi ini,
CTS ada menerima kiriman Whatsapp dari ahli parti PKR mengenai usul undi
tidak percaya kepada beliau. Betulkah?
No comments:
Post a Comment