Thursday, May 23, 2013

SYARIKAT SAYA TELAH BERHENTI MENGGUNAKAN AIR ASIA ANDA BILA LAGI??? SOKONG MAS KERANA MAS TERBUKTI SENTIASA ADA UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Aku telah arahkan anak buah selepas ini untuk memaklumkan travel agent company agar company tidak lagi menggunakan khidmat penerbangan menggunakan Air Asia selepas ini. Semua staf aku lepas ni hanya akan menggunakan MAS atau syarikat penerbangan lain. ANDA bila lagi???

Kenapa??? Air Asia bukanlah satu-satunya syarikat tambang murah di Malaysia dan tambangnya pun bukanlah PALING MURAH sebenarnya... kena buka minda danbuat researh sikit anda akan dapati kadangkala MAS, Firefly dan MALINDO Air sebenarnya menyediakan tambanag JAUH lebih MURAH dari Air Asia... 

Air Asia dilihat semakin BANGSAT akhir-akhir ini... mereka rasa mereka BERKUASA sangat kerana mendominasi pelanggan sampai semakin CELAKA akhir-akhir ini...

1. Ugut kerajaan mahu pindah operasi utama ke Jakarta
2. Tak mahu bayar hutang pada MAHB
3. Air Asia tidak PATRIOTIK - klik artikel
4. Air Asia ugut mahu tarik iklan di UTUSAN... hey pegi mampus lah lu...
5. Air Asia ANTI- Kerajaan BN dibuktikan menerusi kenyataan CEO Air Asia X
6. Kes Kematian pelanggan di Jogjakarta - Air Asia tidak berperi kemanusiaan
7. Kes bayi dan ibu DITINGGALKAN di Vietnam - Air Asia KEJAM dan BANGSAT
8. Tambang Air Asia bukan selalunya termurah bermakna anda tertipu
9. Air Asia menerusi Tony dan kuncunya Bangsat kerana putar belit fakta dan berbohong demi WANG semata-mata.
10. Air Asia mempromosi dan sokong LGBT menerusi event lelaki berpakaian wanita.. khakkhh Thuiiih..!!! bangsat lu Tony



KES 2


Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.
Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kuala Lumpur malam ini.
Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.
Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.
''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.
Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.
Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.
Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.
Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.
''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.
''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.
sumber : UTUSAN MALAYSIA

KES 1


KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.
TONY AND AIR ASIA IS GOING DOWN
Kes  ini  turut mendapat  liputan akhbar Utusan Malaysia, klik di sini  dan Agenda Daily, klik di sini.
Berita   juga dipaparkan oleh New Straits Times, klik di sini.
Ibu dan bayi  sengsara di Vietnam :  Air  Asia usah  lepas  tangan  Klik di sini.
MAS membantu  membawa  pulang  penunmpang Air Asia  didakwa bermasalah Klik di sini.
Terkini : Kisah Izan dan  Maryam Klik di sini.
Adakah  doktor di Vietnam  berpekaian  seperti jururawat? Klik di sini.

1 comment:

Anonymous said...

saya akan menyampaikan kepada rakan-rakan untuk memboikot Air Asia sehingga air asia diubah....hehehe

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.