Wednesday, May 15, 2013

RAHSIA : WAR ROOM BN HANYA BERTARAF ICE ROOM TERBUKTI GAGAL, TEWAS DAN HAMPEH!!!

Kalau Pemimpin ELIT UMNO dan DS Najib nak marah lepas pendedahan ini silakan kerana yang penting bagi Idealismalaysia adalah kita perlu BERUBAH dalam erti kata yang SEBENAR bukan "transform" syok sendiri macam UMNO dan BN buat sepanjang 4 tahun lalu.

BERUBAH dalam erti kata SEBENAR bukan sahaja dari segi penampilan,penjenamaan, ideologi dan pendekatan MALAH dalam soal TAKTIKAL, ahli PEMIKIR serta pengendalian MODUS OPERANTI, pelaksanaan KEMPEN, Penyusunan JENTERA, Penyeragaman KOMUNIKASI dan RISIKAN politik antara yang terpenting sebelum peluang MENANG itu boleh kita perkatakan. 

Yang PALING TERPENTING SEKALI adalah Woor Room yang menjadi punca segala macam tindakan taktikal BN dan UMNO perlu dan WAJIB DIROMBAK SEPENUHNYA... kepada Datuk Seri Alies Anor Abdul you kena rendahkan lah EGO dan SIKAP POYO tu... tak payah lah nak berlagak macam Anda lah PALING STRATEGIS sekali dalam UMNO... sekarang terbukti anda GAGAL...GAGAL dan GAGAL... tak salah merendah diri, bersikap terbuka dan mendapatkan pendapat orang lain... orang lebih HORMAT dan KAGUM jika anda bersikap Begitu... kadang kala pedapat MACAI macam kami lebih betul tepat dan BERNAS... dan untuk ahli War Room yang lain rasanya elok bagi peluang orang lain... tak malu ke nak claim anda ahli WAR ROOM yang menyumbang kegagalan UMNO-BN???

Kepada DS Najib Tun Razak... anda perlukan Think Tank yang SEBENAR-BENAR nya dalam erti kata lain yang bebas dan tiada kepentingan POLITIK namun memiliki pengalaman, kepakaran, kemahiran dalam segenap aspek. Cadangan kami adalah ANDA memerlukan GABUNGAN muda dan veteran, ahli politik dan bukan ahli politik serta golongan akademik dan kumpulan pelaksana berpengalaman... kalau perlu pilih dan hantar kursus dengan OBAMA dan pulang membawa ILMU berguna...

Tak belajar ke dari Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PKR yang memiliki WAR ROOM yang amat MANTAP... hasil sokongan dalam dan luar negara... 

Tak malu ke UMNO-BN??? Sampai bila kita perlu TEWAS... KALAH dan GAGAL...


CUKUPLAH WAR ROOM BN DIHINA DENGAN DIANGGAP HANYA BERTARAF ICE ROOM KERANA DIKENDALIKAN MEREKA YANG BERLAGAK TAHU TAPI SEBENARNYA TAK TAHU APA PUN...





Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim - Bilik Gerakan 'War Room' BN Pusat gagal mengemukakan strategi yang boleh diguna pakai jentera BN bagi memenangi hati pengundi dan Kegagalan Bilik Gerakan War Room menyalur maklumat serta memaklumkan kehendak pengundi menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi  - Kekalahan di beberapa kawasan sedikit sebanyak dikatakan berpunca daripada kelemahan Bilik Gerakan War Room parti itu sendiri yang gagal menyalurkan maklumat secara terperinci kepada jentera parti untuk menyerang balas dakwaan-dakwaan pihak pembangkang.“Kebanyakan yang menjadi anggota War Room ini tidak pernah terlibat dalam peringkat bahagian mahu pun cawangan parti. Mereka bukanlah yang sentiasa turun ke padang dan sudah tentu maklumat yang diterima kurang jelas. 

JANGAN NAK NAFIKAN LAH WAR ROOM BN GAGAL LU NAMPAK BODOH KALAU CUBA TUTUP BANGKAI GAJAH DENGAN GUNA SPANDER  MUSTAPA ALI JE...

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor : tuduhan kekalahan parti itu di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berpunca daripada kelemahan Bilik Gerakan War Room mereka sendiri dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berada dalam jawatankuasa bilik berkenaan.

FAKTA BILIK PERANG BN

1. AHLI WAR ROOM BN : Antaranya Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Alies Anor Abdul, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Idris Jusoh ini merupakan sebahagian daripada ahlinya.

2. DANA BESAR : Woor Room BN ini menggunakan jumlah dana yang cukup besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu. 

3. FUNGSI WOOR ROOM BN : Antara tugas adalah memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. 

4. SUMBER LUAR WOOR ROOM : Paul Stadlen hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang. Antaranya menasihati BN untuk membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
 

5. BUKTI IMPAK GAGAL OLEH WAR ROOM

i) - SENARAI PUTIH YANG TAK PUTIH “Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah,” kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider 

ii) - RAMALAN MELESET TERUK - Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

iii) - ANALISIS DATA TIDAK TEPAT - Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah,


iv) - KEPUTUSAN SALAH - meletakkan Zulkifli dan  meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang.

v) - KAEDAH ANALISIS SALAH - analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008.


vi) - STRATEGI SALAH - tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.

vii) - GAGAL MELAKUKAN KOORDINASI TEPAT - jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008

viii) - GAGAL MENGAMBIL LANGKAH STRATEGIK - Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain

ix) - MENERIMA DAN GUNAKAN MAKLUMAT SALAH - Bilik perang memikirkan Raja Nong Chik adalah menteri dan  boleh menang di Lembah Pantai jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka

x) - TIADA KEPAKARAN TAKTIK DAN STRATEGI - Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi sebagai contoh calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah “akan tetapi bilik perang panik hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar.


AKHIR SEKALI UMNO-BN NAK KALAH KE NAK MENANG PRU14 NANTI???
KALAU NAK SILA IKUT NASIHAT KAMI...
TAPI KALAU NAK RASA JADI PEMBANGKANG DI MALAYSIA ABAIKAN JE ARTIKEL NI...

1 comment:

Anonymous said...

banyak sgt org tua yg buta it dlm tu

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.