Friday, November 18, 2011

TAHNIAH! SELANGOR TERBUKA PROMOSI MASAKAN BABI HARAM KEPADA UMAT ISLAM


Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana sebuah kerajaan negeri dengan sengaja mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat Islam. Bahkan ketika Sabah dipegang oleh PBS pada tahun 1990 dahulu pun, perkara sebegini tidak dilakukan.

Berbeza benar apabila DAP mendapat kuasa dan apabila mereka menjadikan PKR sebagai proksi di Selangor. Sensitiviti umat Islam diuji dan DAP cuba ‘memperkenalkan’ sesuatu yang selama ini menjadi taboo kepada umat Islam, kononnya untuk mengajar umat Islam di negara ini agar lebih berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian dengan mendidik mereka menerusi kebiasaan.

Itulah yang berlaku pada Julai 2011 apabila akhbar Selangor Times yang merupakan akhbar milik Kerajaan Negeri Selangor menyiarkan satu muka surat penuh promosi produk daging babi. Keluaran yang dimaksudkan adalah keluaran 1-3 Julai 2011. Ianya mengenai Restoran Tean Kitchen di SS2, Petaling Jaya yang menjual lapan jenis produk babi.


Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah tidak sensitif dengan mempromosikan makanan tersebut pada ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa.
Promosi yang sama turut dilakukan oleh sebuah akhbar arus perdana. Walaupun akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf, namun berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Pakatan dalam isu ini, sememangnya mereka tidak pernah berminat untuk melihat keharmonian kaum dan agama berlangsung secara aman sebaliknya, Pakatan cuba memastikan umat Islam menerima pemaksaan nilai-nilai yang selama ini dibentengi oleh Perlembagaan dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Pakatan seolah-olah cuba mendidik, produk babi bukanlah satu kesalahan. Umat Islam di negara ini perlu menerima babi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Pakatan dan DAP mahu umat Islam di Selangor tidak marah, tidak jijik dan tidak bencikan babi.

Sumber : Unspinner

2 comments:

Anonymous said...

Malaysia 3 indon 2... rasa akulah...

Anonymous said...

khalid ibrahim suka wanita cina so kena biasakan mencintai makanan kegemaran kaum cina lahanat iaitu masakan berasakan BABI... promosi ini turut sebagai usaha merakyatkan penduduk selangor bagi menyokong projek antara terbesar dalam pendapat selangor iaitu Penternakan BABI

tahniah kerajaan selangor... sokonglah lagi Pakatan Rakyat dan PKR Samdol tu ha aha ha

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.