Tuesday, March 16, 2010

PAS SOLAT HAJAT TERBUKA MEMOHON HUKUM ALLAH UNTUK YB MOHSIN : BUKAN SUNNAH NABI


Salam Perjuangan...


PAS telah laksanakan solat hajat memohon 'hukum ' Allah kepada YB Mohsin kerana kononnya beliau pengkhianat parti... sampaikan seminggulah YB Mohsin dok senyap menenangan diri... dulu sokong Anwar bab lompat parti ni... hukum harus dan sebagainya... sekarang???

Teman teringat ceramah uztaz tempat teman yg cerita Allah SWT mengharamkan kita berdoa untuk keburukan/kecelakaan saudaranya... abis yg PAS buat ni betul2 ikut Islam ker?

Malahan nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah berdoa memohon kemurkaan dan bala daripada Allah untuk ummatnya... malah sewaktu di Taif Baginda dibaling batu oleh penduduknya Rasulullah SAW masih mendoakan kebaikan mereka malah tidak ada sekelumit dendam pun buat penduduk Taif... malahan tindakan Mohsin ini disebabkan tidak setuju pandangan parti berkenaan membenarkan kalimah Allah digunakan Kristian hingga membawa maksud 3 tuhan iaitu mother, son & holly spirit.... masya Allah

Sekiranya PAS benar-benar Parti Islam (kononnyalah) kenapa tak ikut sunnah malahan sikap terpuji Rasulullah SAW??? tu kita kata PAS sebenarnya perkuda dan peralat Islam untuk kuasa - ikut bila perlu sahaja Islam ni malahan tidak mengamalkan 100% apa yg Islam ajarkan...

Baca Artikel Berikut - Sumber Malaysia Kini

Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.

“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.

Mohsin bagaimanapun memberikan jaminannya akan terus memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya secara lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana parti.

TOPENG-TOPENG DIBUKA SATU PERSATU OLEH ALLAH SWT... KEBENARAN TERBENTANG DI DEPAN ANDA... FIKIRKAN KEBENARAN SEBENAR YANG HAKIKI...

KEPADA ALLAH BERSERAH...


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.