Friday, January 2, 2009

CALON PAKATAN RAKYAT - PAS PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Salam Perjuangan... Renung Renungkan

Maklumat terkini diperolehi : Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, dipilih sebagai calon PAS untuk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu - SumberDunia Tiger

Sumber MyMassa

Gambar: Nyenyaknya YB PAS ini tidur. Lepas ini tidak boleh tidur lena lagi. Mungkinkah ini yang dikatakan undi membawa kebaikan oleh Nik Aziz?).

YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS. Pastinya ada yang tidak berpuashati dengan pemilihan tersebut.


Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.

Jika sudah mengakui bahawa PAS tidak membawa pembangunan pun, mengapa masih lagi mahukan jawatan sebagai Ahli Parlimen pula? Jika masuk ke dalam parlimen pun, bolehkah PAS menjadi parti yang dominan melebihi PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Kuala Terengganu adalah medan pilihan raya secara demokrasi, jangan jadikan Kuala Terengganu medan membaling batu, meraba, memukul orang dan memprovokasi orang lain. Amalkanlah demokrasi tersebut dengan baik, jangan salah gunakan terma demokrasi untuk berbuat sesuka hati sahaja.


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.