Thursday, September 18, 2014

TUAN GURU HARON DIN MAHU KERJASAMA PAS DENGAN PAKATAN RAKYAT DI KAJI SEMULA - MUKTAMAR PAS DI JOHOR

PAS sememangnya sudah jauh sekali terpesong dari jalan lurus yang dirintis semasa zaman utz fadzil noor... Wajar sekali PAS bermuhasabah se dalamnya... segera putuskan hubungan dengan PKR dan DAP... golongan munafik dan kafir harbi...

Semasa bersama Pakatan Rakyat... PAS tunduk dan patuh serta dikudakan sepenuhnya oleh PKR dan DAP... lihat sahaja PAS dirantai duduk diam semasa isu murtad gereja DUMC, rampasan arak, malah hanya mampu melihat kafir harbi sewenangnya menggunakan ayat serta memesongkan ayat Al-Quran... kemuncaknya PAS boleh terperdaya bersetuju kalimah Allah boleh digunakan pihak kristian dan kafir... malah PAS acap kali di tinggalkan dalam membuat keputusan penting... terus menerus dibohongi Anwar dan DAP...

PAS digunakan selama ini sebagai perisai untuk mengalalkan perkara yang merosakkan ummah ... oleh puak-puak munafikun yg mendokong liberalisme dan pluralisme agama... PAS dimamah anai-anai anuwaris dari dalam... Hasan Ali di terajang keluar dari PAS kerana menyuarakan dan bertindak benar demi islam kerana desakan DAP... Ustaz Nasharuddin difitnah... tewas dan di hukum kerana berpandangan jauh mahu menyatukan ummah... mensabotaj dari dalam PAS ini tidak lain demi menjayakan cita-cita Anwar Ibrahim berkuasa dan memerintah Malaysia bukan kerana erti perjuangan sebenar...

Barakah kah perjuangan sedemikian untuk PAS...??? di mana redha Allah yang dicari??? Sebelum segalanya terlambat... demi Umat Islam, demi Perjuangan dan demi jalan yang di redhai Allah PAS perlu segera memutuskan kerjasama dengan DAP dan PKR....

TUAN GURU HARON DIN MAHU PAS PERTIMBANGKAN SEMULA KERJASAMA DENGAN DAP DAN PKR DALAM PAKATAN

haron dinTimbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata “setiap hari ada fitnah” yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.
Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi “suasana politik yang gawat” pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.


“Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu. “Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).
“(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci,” katanya.
“Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah,” katanya.
Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.
“Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,”katanya.

– Malaysiakini

http://youtu.be/DxcwKFUDiD8

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.