Tuesday, September 23, 2014

CERITA PANAS SEPANJANG 24 JAM MENUJU DETIK ANGKAT SUMPAH AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU

Update: Azmin Ali telah siap berbaju melayu, bertanjak dan bersongkok sedang kini dalam perjalanan ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai MB selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim... watikah lantikan rasmi dari Istana selamat diterima jam 5.08 petang walaupun cuba dirahsiakan namun salinan warkah ini telah dibocorkan kepada ANUwar BERAHIm....




Dipercayai sekitar jam 8.25 malam telah berlangsung satu mesyuarat tergempar di tropikana akibat watikah lantikan sebangai MB Selangor kepada Azmin Ali... kehadiran dirahsiakan namun melibatkan 'top gun' PKR dan sekurangnya 5 orang strategis ANUwar BERAHIm bagi memberikan input....

REAKSI PIMPINAN PKR PUSAT

Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berdegar-degar menyalahkan istana dalam isu perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor, yang mengatasi calon favorite Wan Azizah.
 

MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.
Mereka turut mendakwa,memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini adalah tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.



Namun strategis yang hadir menasihatkan agar satu swing perception plan dilaksanakan... bagi berbaik-baik dengan Azmin Ali memandangkan dia sudah confirm menjadi MB disamping Azmin juga menawarkan 'kaw tim' menarik... untuk tidak meminggirkan sesiapa...

PKR, ANUWAR BERAHIM DAN WAN AZIZAH KIPAS MAIN WAYANG...

9.08 PM : Oleh kerana tiada jalan lain maka wan azizah mengeluarkan kenyataan kononnya beliaulah yang mencadangkan nama azmin ali sebagai calon MB... wal hal kenyataan ini hanyalah bersifat damage control shj kerana Azmin sudah sah menjadi MB... kalau benar-benar ikhlas kenapa tak buat pengumuman awal-awal lagi... kenapa perlu tunggu last minutes...  Apa wan azizah ingat azmin ali bodoh ke nak percaya wayang basi cap kipas tu... 

Sudahlah... nostalgia drama swasta ANUwar dan WaN AZIjah dipercayai akan terkubur... dibungkus terus oleh Azmin Ali selepas ini... Azmin Ali sehebat kesan ubat "Asthmin"...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.