Tuesday, October 9, 2012

DATUK HARON DIN MINTA TIDAK DIKAITKAN MENYOKONG ISLAM LIBERAL DAN MENJAUHI ANWAR IBRAHIM

DATUK DR HARON DIN minta tidak dikaitkan PAS dengan Anwar terbukti penyokong ISLAM LIBERAL yang sesat lagi menyesatkan umat ISLAM....

Persoalannya apakah HUKUM dalam ISLAM berdosa atau tidak sebagai kumpulan yang berjuang demi ISLAM iaitu PAS BERSYUBAHAT dengan INDIVIDU dan KUMPULAN iaitu PKR yang terang terangan memesongkan, menyesatkan dan mencabar ISLAM menerusi IDEA ISLAM LIBERAL... apakah dalam hukum ISLAM perkara itu dibenarkan?

Tambahan kalau diambil konteks pendekatan ANTI ISLAM dan MELAYU oleh DAP apakah tidak BERDOSA dan HARAM bersekongkol dan menghalalkan ISLAM DIHINA dan DILACURKAN demi kepentingan KUASA oleh PAS....

Sebaiknya pendapat penulis TUAN GURU DATUK DR HARON DIN keluar dan meninggalkan PAS sehingga PAS kembali kepada perjuangan asal dan menamatkan hubungan HARAM dan BERDOSA bersama DAP dan PKR... ini bukan perkara pelik... contohnya TUN MAHATHIR pernah meninggalkan UMNO kerana UMNO sesat dibawah PAK tidoLAH...

Moga Allah memandu kita membuat pemilihan dan keputusan terbaik dalam kumpulan yang betul seterusnya istiqomah dalam memartabatkan ISLAM di dunia ini.... amin

Baca FAKTA


TUAN GURU DATUK DR HARON DIN TEGUR JANGAN KAITKAN PAS DENGAN ANWAR

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara. 

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS. Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.


ANWAR SOKONG PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia. Akbar berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.


"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.


Kredit : MyMASSA 

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.