Wednesday, October 31, 2012

BILLBOARD TAYANG JANJI SYAITAN DAN IBLIS UNTUK MEMPERDAYA RAKYAT

Setakat berjanji tapi TERBUKTI GAGAL menunaikan janji namun masih tidak serik-serik untuk terus menipu, berbohong dan memperdayakan rakyat. Terbaru Billboard gergasi telah dinaikkan di negeri JOHOR dengan memaparkan JANJI yang "mengiurkan" rakyat namun hakikatnya ia hanyalah satu lagi "PEMBOHONGAN" untuk meraih sokongan dan undi... 

Mereka rela janji apa saja hatta bulan dan bintang asal menang dan berkuasa... selepas kemenangan diperolehi JANJI yang diberi DILUPAKAN dan LANGSUNG TIDAK DITUNAIKAN... ini bukan fitnah lihat sahaja di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan... malah Perak!


APA JANJI MEREKA...???

1. Turun Harga Minyak - penurunan harga minyak bermakna kerajaan perlu menambah wang dari hasil kutipan cukai untuk kegunaan subsidi minyak menyebabkan BEBAN KEWANGAN kepada negara...  walaupun FAKTA  SEBENAR harga minyak di Malaysia adalah antara TERENDAH di kalangan negara membangun.

2. Pendidikan Percuma - kerajaan perlu menambah wang dari hasil kutipan cukai untuk membayar kos pendidikan dari sekolah tadika ke universiti dan hingga mereka mendapat PhD menyebabkan BEBAN KEWANGAN kepada negara... walaupun FAKTA  SEBENAR lebih 90% kos pendidikan dari sekolah tadika ke universiti telah subsisdi kerajaan secara langsung dan tidak langsung.

3. Air Percuma 20m2 - Membekalkan air percuma walaupun sehingga 20m2 akan menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos dan membayar kepada syarikat bekalan air terlibat. Lihat sahaja Kerajaan Selangor GAGAL membekalkan air percuma kepada semua rakyat selangor malah BERHUTANG dengan SYABAS ratusan juta kerana tidak mahu membayar kos pembekalan air percuma tadi yang mana jika dilaksanakan terbukti akan menyebabkan BEBAN KEWANGAN kepada negara... walaupun FAKTA  SEBENAR lebih 60% kos rawatan air bersih telah disubsidikan kerajaan secara langsung dan tidak langsung.

4. Menurunkan Harga Kereta - Dengan menurunkan harga kereta bermakna cukai dan hasil kutipan pendapatan untuk negara turut berkurangan yg akan menyebabkan BEBAN KEWANGAN kepada negara... selain itu syarikat kereta PROTON dan PERODUA turut bakal terlingkup bersama-sama syarikat vendor bumiputra mereka yang bakal mengakibatkan 50,000 orang bakal kehilangan pekerjaan... malah masalah kesesakan jalan raya, peningkatan kemalangan dan sebagainya bakal berlaku. Apakah mereka tidak berfikir panjang... walaupun FAKTA  SEBENAR harga kenderaan di Malaysia masih kompetetif dan bakal diturunkan berperingkat agar tiada kesan negatif kelak selaras dengan perjanjian AFTA yang dipersetujui kerajaan.

LIHAT SAJA SIS AND BRO... SEMUA JANJI MEREKA MENJURUS KEPADA MELINGKUPKAN  KERAJAAN DAN MENAMBAH BEBANAN KEWANGAN NEGARA!!!

Ini dibuktikan dimana BAJET "perasan" Pakatan rakyat 2013 lalu konon nak menandingi bajet KERAJAAN SAH MALAYSIA dikritik banyak pakar dan ahli ekonomi bakal membawa bencana dan keterhutangan serius negara...

Jadi... Berhenti lah sokong kumpulan manusia MUNAFIK yang SUKA berjanji tapi tidak ditepati... JOM TOLAK PAKATAN RAKYAT!!!


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.