Monday, December 12, 2011

MAJLIS SYURA ULAMA PAS LAWAN KEPUTUSAN DIKTATOR PAS NIK AZIZ DAN GODFATHER DAP HAPUS HUDUD



Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama' PAS mempertikai Buku Negara Berkebajikan yang dilancarkan PAS semalam kerana tidak tertera sebarang cadangan perlaksanaan Hukum Hudud di dalam Buku tersebut. 

PAS yang sekian lama berjuang menentang UMNO kerana dasar Perundangan yang bercanggah dengan Dasar Hukum Syariah Hudud kini telah sampai masanya mempamerkan cadangan tersebut. Mereka mendakwa tiada bezanya kerjasama Pakatan dan BN jika perlaksanaan Hukum Hudud tidak dilaksanakan tatkala pencapaian PAS menawan 2 Negeri dan bekerjasama dengan 2 Kerajaan Negeri di bawah Pakatan.

"Bila disoal perkara ini, pihak PAS Pusat menjawab Hukum Hudud adalah langkah jangka panjang. Sekarang PAS sudah ditubuhkan lebih dari 50 tahun. Dan kita telah mencapai rekod ke tahap ini. Kenapa takut sangat hendak pamerkan ideologi perjuangan kita di dalam manifesto parti? Ini asasnya. Laksana Hudud hilanglah segala penyelewengan rasuah dan korupsi. Semuanya terkandung dalam Hudud." Luahan salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama' PAS.


Malah mereka juga mempertikai arahan PAS Pusat agar menyebut Hukum Hudud dalam mana2 program dakwah yang mereka jalankan kerana tidak mahu sebarang kekecohan dalam hubungan Pakatan.

Mereka turut mendakwa apa yang diperjelas di dalam Manifesto Negara Kebajikan yang dilancarkan semalam tidak mampu dilaksanakan dengan telus tanpa perlaksanaan Hukum Hudud yang jelas dan nyata tidak akan berlakunya sebarang jenayah sepertimana yang terkandung dalam Al Qur'an dan Sunnah.

 

"Tiada bezanya bekerjasama dengan Pakatan waimah BN sekalipun jika tunggak perjuangan tetap disekat. Nak cakap Hudud pun tak boleh. Dulu kita bagi alasan Kelantan tak dapat laksana Hudud kerana UMNO sekat. Sama juga jika Pakatan perintah Negara ini. Kita akan tetap disekat daripada melaksanakan hukum ini. Dan lebih memalukan kita tunduk pada Kafir yang menentang sekeras2 nya Hukum Allah ini. Apa perjuangan PAS sekarang?"

 

"Ada pemimpin PAS guna kempen tindakan Presiden MCA yang memburuk2 kan Hukum Hudud. Pedulikanlah MCA. Dia bukan sekutu kita. PAS lupakah DAP pun satu nada dengan MCA?"

Majlis Syura Ulama' PAS akan mengadakan pertemuan tertutup bersama Presiden Parti bagi mendesak Hukum Hudud dicadangkan melalui Buku Negara Berkebajikan.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.