Wednesday, August 17, 2011

ISU WARGANEGARA : PAKATAN RAKYAT TIPU DAN BOHONG RAKYAT LAGI

Salam Perjuangan,

Allahuakbar! cukup-cukuplah dengan penipuan dan pembohongan selama ini... apa nak jadi... semua benda yg dipolitikkan pembangkang aka PAKATAN RAKYAT bohong dan tipu belaka...

Kalau kerajaan BACUL dan BODOH sgt di bawah menteri-menteri "KAYU" ... Cadangan penulis eloklah NGO atau orang perseorangan je  "SAMAN" je mereka yg menabur fitnah ni... menyusahkan semua pihak dan menimbulkan "keresahan" dan perpecahan dikalangan rakyat... 

Ingat semua! PKR adalah - Pakatan Kencing Rakyat

Berikut adalah skrip ikrar yang kononnya diberikan oleh pihak kerajaan kepada pendatang asing. Skrip palsu ini didedahkan oleh MiloSuam. Ini satu lagi kerja pembohongan besar yang dibuat oleh MiloSuam setelah berbohong mengenai video kematian Suhardi. Beberapa orang wakil rakyat pembangkang termasuklah Nik Nazmi perlu melihat kembali blog MiloSuam ini. Blog ini yang perlu terlebih dahulu disaman oleh Suhardi dan diambil tindakan oleh SKMM.

Tukang yang berbohong itu sendiri mempunyai kad pengenalan 71 (baca sini). Apakah ada ikrar antara Zuraida, Saifuddin Nasuiton, Azmin Ali dan Wan Azizah untuk menyokong pakatan pembangkang? MiloSuam, Nik Nazmi dan Zuraida hendak divert isu berkaitan kes murtad yang berlaku di DUMC. Sudah-sudahlah berbohong, akhirnya pembaca sudah muak dengan pembohongan blogger-blogger pembangkang.

Sumber dan artikel asal : http://anginperubahan.blogspot.com/

Mismah Perlu Saman Malaysiakini & Akhbar Pembangkang



Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap hari ini menyuarakan rasa kesal kerana pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan.
 
Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata, dia berasa sedih dengan tindakan pembangkang tersebut dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan oleh pembangkang walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

Menurut Mismah, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan atau mempedulikan tuduhan berkenaan setelah dimaklumkan mengenai kontroversi tersebut kerana mendakwa, dia sangat faham dengan sikap pembangkang di negara ini.

"Saya dan suami, Mawasi Mawardi, 51, telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.
"Malah, kami langsung tidak mendapat bantuan mana-mana pihak termasuk UMNO dan kami telah melalui proses yang agak sukar sama seperti yang dilalui oleh penduduk tetap lain yang mahu memohon status warganegara," katanya.

Mismah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar di kediamannya di Desa Coafields, dekat sini hari ini.

Sementara itu, anak sulung Mismah, Shuhaifah Mawasi, 28, berkata, dia kecewa kerana usaha ibunya selama 29 tahun untuk menjadi warganegara Malaysia dijadikan isu politik oleh pembangkang.

Katanya, dia turut mengambil pendekatan tidak mahu ambil kisah apabila isu mengenai ibunya itu dijadikan modal politik pembangkang kerana tahu ibu dan bapanya tidak pernah menggunakan cara mudah termasuk mendapatkan bantuan UMNO bagi mendapatkan status berkenaan - UTUSAN.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.