Thursday, October 28, 2010

KAFIR HARBI MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM UMNO


Memang benarlah jika dikatakan bahawa PAS itu menjadi punca keruntuhan imej umat Islam di Malaysia. Cara mereka berceramah dan juga berhujah sahaja sudah membuktikan kebenaran kata-kata tersebut.


Setiap tindakan atau usul yang diutarakan oleh PAS, pasti akan memberikan kesan yang buruk terhadap ukhwah umat Islam dan melayu amnya. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dikatakan sebagai alternatif kepada masyarakat bukan islam untuk menyertai PAS, sebenarnya telah dijadikan lesen besar untuk puak kafir menyemarakkan perpecahan dikalangan bangsa melayu dan juga umat islam sendiri.

Ini boleh dilihat melalui cara berucap yang dikeluarkan oleh wakil-wakil DHPP ini terhadap melayu/Islam bukan PAS khususnya yang berada didalam UMNO. Baru-baru ini, ucapan wakil DHPP iaitu Dr Chandra didalam Ijtima’ PAS kali ke 14 di Batu Rakit, ternyata amat biadap sekali apabila dia telah mempertikaikan keimanan dan juga taraf keislaman ahli-ahli UMNO.

Wakil DHPP ini berhujah sambil memperalatkan surah al-Maidah yang menyebut tentang keadilan islam yang bersifat sejagat yang kononnya di amalkan dalam PAS sahaja. Kafir ini juga dengan berani telah menuduh bahawa UMNO lah parti yang merosakkan Islam didalam negara Malaysia.

Si kafir dari Dewan Himpunan Penyokong Pas juga terang-terang menyifatkan bahawa UMNO sedang melakukan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Baginya, ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh PAS yang memartabatkan Islam.

Dr Chandra ini telah mewar-warkan didalam Itjima’ tersebut bahawa UMNO sendiri telah menentang hukum hudud yang cuba dibawa PAS. Dan disinilah dia mengeluarkan pandangan bahawa dari sudut pemahamannya bahawa UMNO itu sudah kafir dan murtad!

Mungkin inilah hasil “dakwah” PAS kepada bukan Islam tentang ukhwah Islamiyah. Dan dengan hasil didikan PAS ini menjadikan puak kafir semakin berani menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap umat Islam lainnya. Apatah lagi terhadap bangsa melayu yang beragama Islam didalam UMNO yang telah lama dikafirkan oleh PAS.

Sebab itulah dikatakan bahawa dengan menjadi penyokong PAS itu sendiri adalah umpama lesen besar bagi kafir-kafir didalam negara memperlekehkan keimanan dan juga keislaman umat Islam lain yang tidak berada didalam lingkungan parti Cap Bulan tersebut.

PAS juga telah menjadi laluan mudah untuk para kafir yang tak bersetuju dengan pentadbiran negara pimpinan kerajaan Islam BN yang ditunjangi oleh UMNO untuk memporak perandakan umat Islam dan juga memecahkan persaudaraan Islam di pentas politik.

PAS kini telah bertukar fungsi menjadi “trojan horse” yang digunakan oleh musuh-musuh Islam di Malaysia untuk melaga-lagakan sesama bangsa melayu. PAS hari ini juga telah dijadikan sebagai alat puak kafirun untuk meruntuhkan kekuatan umat Islam dan memecah belahkan lagi ukhwah islamiyah umat Rasulullah SAW.

Sebab itulah PAS harus ditolak sepenuhnya sebelum bangsa-bangsa pengkhianat agama ini memusnahkan kesucian Islam di bumi melayu ini!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.