.
Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 .
“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.
.
“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
.
Beliau yang juga Exco Biro Ke­selamatan Armada bersama lebih 30 ahli PPBM hadir menyatakan sokongan dan mendesak agar pe­mimpin parti memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
.
Muhammad Hafiz berkata, anak muda benar-benar mahu berjuang untuk parti tetapi jika pucuk pimpinan yang ada tidak mampu memberikan semangat yang sama, lama kelamaan keyakinan mereka semakin hilang.
.
“Dahulu mereka menjanjikan satu perjuangan yang bersih, tetapi kini mereka sendiri tidak bersih dengan skandal dan isu yang tidak dapat diselesaikan,” katanya