Jom kita menganalisis dan mendapatkan cerita sebenar yang berlaku disebalik krisis di terengganu.
LATAR BELAKANG KES

.
Ahmad Said mengambarkan PM Najib kejam kerana tidak memberi ruang penangguhan dan itu menjustifikasikan beliau dan rakan keluar UMNO dan jadi ADUN BEBAS... menyebabkan kerajaan BN terangganu goyah dimana kedudukan terkini BN 15 (termasuk speaker DUN), Pakatan Rakyat 15 dan Bebas 3.
IMBAS KEMBALI

Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan ianya telah mendapat perkenan Tuanku. YAB Datuk Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Mat Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu.
Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui dengan permohonan tempoh setahun yang diminta sendiri oleh Mat Said.
FAKTA KES
1. Ahmad Said tahu bahawa 12 Mei 2014 adalah tarikh akhir beliau sepatutnya melepaskan jawatan.

.
3.PM Najib telah memberikan tempoh secukupnya iaitu setahun bagi Ahmad Said menyelesaikan hal beliau dan mengapa Ahmad Said tidak merancang secara gentlemen??? berundur secara terhormat... menyegerakan majlis kenduri anak beliau???
.
4. UMNO Terengganu bersetuju untuk merubah kepimpinan dan Ahmad Said yang tahu keseluruhan skrip seharusnya bijak menyediakan satu peralihan kuasa yang lancar... namun sebaliknya tidak bertindak demikan dan mengambil kesempatan menimbulkan keadaan haru-biru dan kekecohan hingga UMNO hampir kehilangan kuasa di terengganu??? adakah itu perbuatan terhormat???
ANALISIS
1. PM Najib beliau mempersetujui dengan permohonan tempoh setahun yang diminta sendiri oleh Mat Said dan berhasrat agar peralihan kuasa pucuk pimpinan negeri dilaksanakan secara teratur dan lancar.
2. Namun Ahmad Said dengan sengaja mengatur kenduri anak pada tarikh-tarikh akhir beliau perlu melepaskan jawatan sebagai leverage dengan niat jahat mahu menimbulkan tekanan supaya beliau dapat kekal sebagai MB di terengganu...
3. Ahmad Said telah memperdaya ADUN dan anggota UMNO Terengganu dengan cerita separuh masak yang direka dan dirancangkan untuk menentang PM seterusnya melanggar perjanjian setahun yang dipersetujui sebelum ini...
4. Ahmad Said jelas dahagakan kuasa kerana rela mempergunakan majlis kenduri anak beliau sebagai taruhan demi mempertahankan kuasa sebagai MB...
5. Ahmad Said mementingkan peribadi dan diri terlebih dahulu berbanding UMNO, Melayu dan ISLAM dengan rela memporak-perandakan politik terengganu semata-mata kerana mahu kekal sebagai MB walaupun tindakan beliau mungkin meruntuhkan kerajaan UMNO diterengganu...
KESIMPULAN
1. Ahmad Said tidak layak mendapat sokongan, pembelaan dan simpati dari ahli UMNO, rakyat terengganu dan kita semua... dia merancang semua ini demi kuasa... demi pangkat... dan tidak mahu menepati janji yang dimeterai setahun lalu untuk berundur secara terhormat.
2. Semua pemimpin dan ahli umno terengganu perlu bersatu dan memberikan sokongan kepada PM Najib dan Razif selaku menteri besar yang baru... malah seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Malaysia wajar mengetahui cerita sebenar serta bersama-sama menyokong keputusan Presiden UMNO.
3. Jangan biarkan emosi membelenggu keputusan ANDA... carilah fakta dan cerita sebenar...
No comments:
Post a Comment