Monday, April 28, 2014

WALAU AIR TAK ADA SAMPAI MINUM AIR LOMBONG JOM SOKONG KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Kami rakyat selangor amat BAHAGIA dan akan tetap menyokong kerajaan Pakatan Rakyat Selangor walaupun kena minum air lombong serta menderita sebab catuan air yang berlaku kerana kedegilan kerajaan pakatan rakyat selangor yang mensabotaj projek Langat 2 semata-mata atas sebab politik yang akan dijadikan senjata mengugut kerajaan pusat walaupuan akhirnya kami rakyat selangor yang menderita.

Kami tak kisah dan gembira walau dirumah kami tiada air dan terpaksa beratur menadah air lombong dari lori kami tetap rela RUMAH pemimpin pakatan rakyat terus menerus mendapat air bersih tanpa perlu menderita macam kami... 

Banyak kebaikan dan perubahan kerajaan pakatan rakyat selangor dah buat demi kami rakyat selangor yang menderita selama dibawah kerajaan BN sebagai contoh buat duit juta-juta dengan korek pasir sana sini, naikkan cukai perniagaan 300%, projek-projek mega kroni  hingga berjaya melahirkan ratusan jutawan segera dan banyak lagi... walau hidup kami tak berubah manapun lepas tukar kerajaan.

JOM terus sokong pakatan rakyat jelas sungguh mereka prihatin dan jaga kebajikan kami walau kami susah nak masak, nak mandi, nak basuh baju sebab air tak ada tak mengapa... abg Khalid kan ada... ermmmm....

TAK FAHAM... NAK SOKONG JUGA... JUGA TAK TAHU LAH NAK KATA APA...

DUN SELANGOR TOLAK LANGAT 2 : KLIK 








1 comment:

air LOMBONG satu.. ais kasi kurang ye said...

tahniah rakyat selangor... lepas ni boleh beli insurans banyak2.... ramai bakal mampus kerana kanser..

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.