Wednesday, March 5, 2014

TERKINI HIMPUNAN SOKONGAN DI MAHKAMAH PUTRAJAYA MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DAN GAMBAR WANITA ISLAM SOKONG GEREJA PUN ADA


Lebih 2,000 orang individu dan ahli pelbagai NGO Islam dan Melayu berkumpul di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bagi memperlihatkan ukhwah mempertahankan Kalimah Allah daripada dipergunakan oleh majalah mingguan The Herald. Mereka yang datang dari seluruh pelusuk negara mula berkumpul sejak jam 8.00 pagi.

Ada yang datang membawa sepanduk, ada yang duduk membaca surah Yasin dan ada yang buat sembahyang hajat. Mahkamah Persekutuan yang bersidang pagi ini ditangguhkan tanpa membuat sebarang keputusan. Ketua panel 7 hakim, Tun Ariffin Zakaria memberitahu mereka akan buat keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian


Dalam masyarakat Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Putrajaya untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan Kalimah Allah, terdapat kelibat wanita Melayu Islam yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada golongan gereja.

Gambar-gambar di bawah diambil di kantin mahkamah. Wanita berkenaan yang dipercayai dari kumpulan NGO Sisters In Islam (SIS), memperkenalkan dirinya sebagai Siti Kassim, kelihatan memakai t-shirt ketat berwarna hitam bertulisan 'Allah Rabb Al Alamin'.

Wanita berkenaan kelihatan mendekati Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan beberapa ustaz di meja makan berkenaan sambil mengedarkan bunga. Kedengaran ustaz-ustaz yang berada di meja berkenaan beristighfar melihat keletah wanita berkenaan.

  
Kredit : Cucu Tok Selampit

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.