Wednesday, July 15, 2009

KEPUTUSAN PAS MENANG : PILIHANRAYA N 41 MANIK URAI

.

Salam Pejuangan...
.
Dahsyat dan penuh debaran... 87 % pengundi keluar menunaikan tanggungjawab melebihi daripada jangkaan awal 85% oleh SPR...
.
Tak silap 3 kali pengiraan semula dilakukan sama ada diminta oleh BN atau PAS...
.
Habis je mengundi (pusat undi ditutup) mula-mula PAS declare akan menang majoroti undi dalam 1000-2000 undi... dan sewaktu pengiraan di 9 peti undi keadaan amat mencemaskan dengan BN & PAS saling bertukar untuk mendahului jumlah pengiraan UNDI.... pengakhiran secara tidak rasmi BN menang 30 Undi... kemudia tak puas hati kira semula balik PAS pulak menang 70 Undi... kira balik last sekali PAS menang 65 undi... dahsyat! penuh emosi hinggakan ada penyokong menangis dan hiba melihatkan BN & UMNO hanya tewas 65 undi dan penyokong PAS walaupun gembira tetapi kelihatan muram kerana sokongan padu kepada PAS dengan majoriti lebih 1,300 undi dulu telah dikurangkan lebih 600% hingga hanya tinggal 65 sahaja.
.
KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
.
Pilihanraya Kecil 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
.
Pilihanraya 2008
Ismail Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
.
INSIDEN / KEJADIAN
Banyak juga ketegangan berlaku namun kebanyakannya adalah kejadian pertengkaran dan provokasi melampau yang kebanyakannya dilakukan oleh penyokong PAS dengan mengeluarkan sorakan berbaur lucah dan tuduhan kafir... namun begitu pengamatan rakan penulis... kejadiaan ini berlaku akibat kehadiran penyokong PKR yg menjadi dalang yg membawa kepada beberapa insiden pentengkaran dan pergaduhan....
.
Bermula dengan tindakan ganas penyokong PAS/PKR membaling batu dan botol mineral hinggakan 5 anggota puteri cedera dan dimasukkan ke hospital...Berlaku kejadian 300 penyokong BN dan PAS bertempur/gaduh pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari hinggakan sebilangan yang terlibat dihantar ke hospital akibat cedera... sebelum itu 5 orang ahli Puteri UMNO telah dimasukkan ke hospital akibat dibaling batu dan botol mineral (besar). Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang, manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu itu...
.
Penyokong PAS juga tidak bermaruah dan profesional kerana kehadiran pemimpin UMNO/BN akan di ejek dan di "boo" mereka berbeza dengan penyokong BN/UMNO yang lebih spoting dan bermaruah. Mengulas keadaan ini rakan teman kata "itulah contoh penyokong sebuah parti yg menganggap diri merekalah yg paling ISLAM... walhal apakah sikap dan perangai sebegitu yg ISLAM mahukan"
.
Isu kempen saat-saat turut memasukkan unsur-unsur fitnah dengan tuduhan"altantunya", tuduhan kepada TS Khir Toyo - isu harga rumah, tuduhan rasuah - walhal jelas kerajaan dan individu terlibat dah jelaskan dan tidak terbukti kaitan atau penglibatan.....PAS turut memainkan sentimen Islam hingga sesetengah penyokong terbuka bersuara melabel "UMNO Parti Kafir"... PAS lebih ISLAM... Tengok Gambar Nik Aziz "sejuk" dapat pahala... ISLAM dijadikan alat kemenangan politik.... walhal semua tahu PAS menolak penyatuan Ummah (kerajaan perpaduan) demi menjaga hubungan dengan KAFIR HARBI (DAP) yg jelas tolek negara Islam....
.

KESIMPULAN

Apapun tahniah kepada keseluruhan jentera yang telah berusaha keras untuk menjamin kemenangan calon masing-masing...

KEPADA PAS

Tahniah buat PAS walau calon PAS Mohd Fauzi, tokeh ikan menang kali ini pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan (fauzi & ikan tidak dapat dipisahkan)... berkhidmatlah dengan baik kepada masyarakat walaupun "mereka" tidak mahukan kemajuan sekurang-kurangnya masyarakat mahukan pemimpin yang dapat membela mereka bukan pemimpin yang hanya tahu di arah dan diusang seperti boneka (berlaku pada mohd fauzi) untuk mana-mana hatta bercakap sekalipun bukan calon yg bercakap sebaliknya org lain.... fikirlah sendiri bagaimana calon ini mahu menegakkan dan berjuang demi kesejahteraan masyarakat di manik urai nanti...

Terbukti jalan yg dipilih PAS kian tidak disenangi penyokong PAS sendiri & PAS harus memikirkan semula hala tuju mereka sama ada mahu terus menghancurkan dan perpaduan ummah dengan bersama pimpinan ANWAR (PKR+DAP+PAS) dan kerjasama dengan KAFIR HARBI (yg jelas tolak negara ISLAM) atau melakukan sejarah yg akan diingati sampai bila-bila dengan mengutamakan kemaslahatan perpaduan UMMAH dengan kembali ke arah merialisasikan kerajaan perpaduan MELAYU ISLAM...

KEPADA BN

Kepada BN jangan kecewa... ISLAM bagi mereka (pengikut & penyokong PAS) adalah pengisian spiritual semata-mata... jihad ekonomi untuk kemajuan & jihat pendidikan demi ilmu itu KAFIR kerana itulah yang diperjuangkan UMNO & BN... UMNO Bukan Amal Islam sebenar (kata PAS) kerana berani tegak bersuara & berdepan dengan org yg mahu menyamaratakan ISLAM dengan agama lain (DAP)... merendahkan kedudukan agama dan menegur orang yang bukan ISLAM yang menuduh dia lebih faham dan "ISLAM" seperti syaidina umar berbanding sesetengah org ISLAM... berbanding PAS yang lebih ISLAMIK dengan sanggup bertolak ansur walaupun dalam soal ISLAM dengan DAP - KAFIR HARBI yang terang-terang menolak negara ISLAM... hingga sanggup jadi boneka ibarat lembu dicucuk hidung... itukah ISLAM???

Walau kalah harapannya agar calon BN dapat terus berkhidmat kepada masyarakat secara tidak langsung... buktikan anda lebih baik berbanding YB pembangkang yg menang nescaya waktu Pilihanraya akan datang anda akan kembali dicalonkan dan akan masyarakat akan mengundi seterusnya anda memperoleh kemenangan...

Semangat dan keyakinan BN kian tinggi... impak perubahan kepimpinan tertinggi negara mulai menarik keyakinan rakyat... moga momentum perjuangan akan dikekalkan seterusnya ditingkatkan... moga PRU13 nanti kebenaran yang hakiki dapat diterjemahkan sekali lagi demi perjuangan membela ISLAM, MELAYU & MALAYSIA...

Kepada Allah Berserah... Teruskan perjuangan.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.