Thursday, January 24, 2008

Kereta Baru Proton

Salam Perjuangan...

Selepas Model Pesona kini proton mengeluarkan satu lagi model baru iaitu saga baru yang mana menggantikan model yg lama... tahniah sebagai anak Malaysia kita perlu rasa bangga kerana ini membuktikan semangat Malaysia Boleh, yg kita boleh meletakkan diri kita setanding dengan bangsa lain asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan anjakan paradigma...

Lagipun kini kita sudah ada enjin sendiri, kemudiannya model yg tulen tanpa menciplak model syarikat lain dan teknologi terkini yg kini mula dibangunkan sendiri... terima kasih pada Tun Dr. Mahathir kera membeli LOTUS dahulu yg membolehkan kita mengambil "short-cut" 10 tahun kehadapan dengan pemilikan teknologi LOTUS hasil pembelian syarikat berkenaan.

Harapannya adalah supaya proton dapat berkembang dan akhirnya menjadi pemain utama industri automotif seperti syarikat kereta lain didunia seperti Hyundai, Kia dan mungkin Honda satu hari nanti... apapun sebenarnya byk lagi perlu dilakukan sebelum kita mampu mencapai tahap itu.

Proton perlu mempelbagaikan jenis kenderaan yang dikeluarkan bukan sahaja model yg pelbagai yg dikonsepkan dari kemampuan pemilikan... contoh saga baru/iswara LMST/savy- utk golongan berpendapatan rendah, waja/pesona/wira/neo- golongan sedikit pertengahan, perdana-golongan berada tetapi juga perlu diambil kira jenis kegunaan. Proton hanya mengeluarkan kereta sedan dan kompak yang tidak jelas fokus dan golongan sasaran. Berita nak keluarkan MPV membuka lembaran baru kepada proton... namun kajian pasaran yg teliti perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang pembangunan model baru agar bertepatan dgn pasaran... contoh model yg gagal... savvy-kecil, kompak, namun harga mahal... kurang sambutan kerana ada kereta yg lebih besar n selesa harga lebih baik... lepas ni fikirkan MPV kemudian mini MPV, SUV mini SUV mungkin sport car....

lagi satu jgn suka-suka turunkan harga... menyebabkan mereka yg beli proton kecewa... tak dpt kepercayaan sbb harga yg tak stabil... contoh Iswara LMST mula keluar arga 35K sekaran 26.9 K dah dapat kecewa lah menyebabkan yg dah beli dulu nak jual kereta tak ada harga.... harga dah jatuh... macam mana dia org nak beli model baru proton... Interest rates juga tinggi berbanding kereta import yg jauh lebih berkualiti... contoh HONDA interest rates dia cuma 1.99 proton 3.99 jauh tu beza... tu ada kawan buat kira-kira daripada beli PERDANA dgn interest 3.88 baik beli HONDA CIVIC dgn interest 1.99 siap free service 3 thn... kira-kira lebih kurang sama... so dia beli HONDA CIVIC... proton kene bijak bab ni...

Apapun goodluck lah... nak tgk lagi kemajuan dan pembangunan proton...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.