Friday, August 17, 2012

PAS KORBANKAN UTZ NASHARUDIN MAT ISA DEMI SOKONG KAFIR HARBI DAP

Ketika ini ada beberapa perkara yang HARAM di ungkapkan atau disebut dalam PAS yang mana NATIJAH menyebut perkara ini akan mengakibatkan anda dituduh PENGKHIANAT, DI CABAR LETAK JAWATAN, DI PECAT KELUAR PAS atau DISISIH DAN DI SABOTAJ seterusnya disekat dari MENDAKI TANGGA HIRAKI POLITIK PAS. Perkara tersebut adalah :-

1. Gejala MURTAD dan GERAKAN KRISTIANISASI terhadap umat ISLAM  di Malaysia
2. Usaha terhadap penyatuan dan perpaduan total Ummat ISLAM di Malaysia
3. Mengkritik Pemimpin ANUgerah TUHAN PKR Anwar Ibrahim
4. Tegur tindakan melacur agama dan longgar hukum ISLAM demi halalkan tindakan seterusnya raih sokongan orang KAFIR
5. Mempersoal kerelaan PAS berkerjasama dengan KAFIR HARBI DAP yg terang-terang menentang ISLAM

Seorang demi seorang PEMIMPIN IDEALIS PAS di sepak dan diterajang keluar dari PAS kerana cuba mengingatkan Pemimpin PAS tentang prinsip asal perjuangan PAS atau menyuarakan kebenaran menegur kepincangan dan penyelewengan terutama berkaitan Agama ISLAM. Antaranya Hassan Ali, Hassan Basri dan kini Nasharuddin Mat Isa bakal di KORBANKAN...




NIK AZIZ NIK MAT tanpa usul periksa meminta NASHARUDDIN MAT ISA keluar PAS hanya kerana teguran membina demi ISLAM...

Mana lagi penting wahai pemimpin PAS???? kemaslahatan ummah dan Agama ISLAM atau hubungan kerjasama dengan KAFIR HARBI DAP yg terang terang menentang ISLAM demi kuasa???

BACA BERITA LANJUT:-


PENJELASAN NASHARUDDIN MAT ISA

alt
 
KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Saya merujuk kepada laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.
 
Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.


Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada
'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf  'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam
'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.


Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum.
Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.
 
Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.


Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.


Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.


Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?


Tiba tiba saya dikaitkan dengan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

 

Nasharudin Mat Isa.
16 Ogos 2012

Sumber : klPOS

ULASAN PENULIS

Walau berlainan ideologi POLITIK Utz Nasharuddin Mat Isa telah kita anggap "sahabat" sekian lamanya atas sikap profesional dan keterbukaan pemikiran dalam apa jua aspek. Beliau tokoh yang amat dikagumi ramai diluar dan di dalam PAS. 

Tewasnya Beliau dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS adalah kerana "percaturan" politik dan campurtangan Anwar IBRAHIM menerusi kumpulan Anwaris yg mahukan golongan profesional lebih mendominasi PAS berbanding kumpulan ulama.

Dimanakah LOGIK akal fikiran untuk kita memilih MAT SABU berbanding Nasharuddin Mat Isa jika melihat faktor KARISMA, Ketokohan, Pendidikan, Pengetahuan umum dan ISLAM, Jaringan dalam dan luar negara dan banyak lagi. Habis kenapa dan bagai mana MAT SABU boleh menang Timbalan Presiden PAS... jawapannya ada tangan-tangan yang meliwat perwakilan PAS sehingga tewas Utz Nasharuddin Mat Isa... Masih mahu terus bersyubahat bersama PAS menghancurkan ISLAM dan Ummah??? Tepuk dada tanya IMAN...

Teruskan perjuangan, Kepada Allah berserah

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.