KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Wednesday, April 12, 2017
PANAS!!! DS HADI AWANG DEDAHKAN AGEN ASING DAN KUMPULAN MUBALIGH KRISTIAN DALANG DISEBALIK PENENTANGAN RUU 355
Abdul Hadi menjelaskan, PAS mendapat maklumat, ada “ejen asing” di belakang penentang RUU355 itu, khususnya kumpulan mubaligh yang ingin mengembangkan agama mereka di negara ini.
Berucap di Rusila malam tadi, Abdul Hadi berkata, Singapura adalah “bapa DAP” dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat).
“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
“Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia,” katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).
Usul persendirian dibawa Abdul Hadi itu dibentang di Dewan Rakyat pada 6 April lalu sebelum Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku speaker menangguhkan perbahasan ke sesi akan datang.
Abdul Hadi membawa usul berkenaan bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 – nama lain bagi Akta 355 – mempunyai had hukuman lebih tinggi.
Cadangan itu mendapat tentangan banyak pihak. Selain DAP, parti komponen BN juga tidak bersetuju dan sebahagiannya menganggap rang undang-undang berkenaan akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan usul yang dibawa itu bukan bertujuan untuk melaksanakan hudud di negara ini.
Katanya, ia juga tidak ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.
Abdul Hadi menjelaskan, PAS mendapat maklumat, ada “ejen asing” di belakang penentang RUU355 itu, khususnya kumpulan mubaligh yang ingin mengembangkan agama mereka di negara ini.
Anggota parlimen Marang itu juga mendakwa, penentang usul itu juga bimbang jika syariat Islam dilaksanakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan hukum Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment