Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah disaman oleh MCA menerusi surat tuntutan (letter of demand) kepada Lim Lip Eng, meminta permohonan maaf secara terbuka, menarik balik fitnah yang dibuatnya dan sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.
Surat tuntutan ini berikutan dakwaan Lim Lip Eng bahawa MCA menyeleweng dana yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai dan kerajaan yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam surat tuntutan bertarikh 29 Mac, MCA diwakili oleh firma guaman Ng & Farah, kata kenyataan Lim telah menyebabkan "kecederaan parah (severe injuries)" kepada reputasi parti.
Lim Lip Eng dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today, baca di sini berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak RM100 juta. Jika ditanya kepada saya, tiada masalah. MCA akan menyaman Lim Lip Eng sehingga beliau menjadi muflis. Atau berkemungkinan MCA boleh memberikan diskaun seperti mana Setiausaha Partinya menikmati diskaun pembelian ke atas banglo tanpa kolam renang.
Saman sampai dia muflis... Tahniah MCA
No comments:
Post a Comment