Thursday, July 12, 2012

PENGAKUAN IBU BAPA ANAK JADI DERHAKA AKIBAT PEMBANGKANG




'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'

REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.



''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.

''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.

Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.

Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.

''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.

Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.

''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.

''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.

Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.

''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

*Kepada Ahmad Shukri dan rakan-rakan yang terlalu taksub Anwar Ibrahim, mungkin anda boleh derhaka dengan orang lain. Tetapi jangan jadi macam Azmin Ali sampai mak sendiri pun dia sanggup derhaka. Duit PTPTN pun mak bapak yang bayar, bukan Anwar Ibrahim atau Azmin yang bayar.

4 comments:

Megat Alam Gempita said...

Budak Sodomi Malas Mengaji (SMM) ni memang dah tersesat jauh akibat fatwa songsang N.ajis dan Nuar Berahim.

Setakat muka hensem sekupang (jambu...peewitt), mulut capoi bercakap berdegar-degar dengan idealisme songsang, belajaq tak pandai tak de maknenye. Harap kotei jer keras budak ni!

RH said...

Kalau nak jadi hero sangat, masuk BN. Nah! berjuanglah untuk Agama, Bangsa & Negara. Tak silap haribulan boleh jadi menteri. Dok sokong PKR tu apa dapat? Nampak hensem, tapi otak corrupt.

Anonymous said...

adoii mangkuk sorang ni..belajar dah la x abis..ptptn pun mak bapak yg bayar..camni nak jd pemimpin masa depan..nak jd ketua keluarga pun x tentu lg..

Dot said...

IM,

kalu ibubapa yg dizalimi anak derhaka mcm ni hingga terpaksa menerima rawatan, ambo sungguh kesian kpd mrk. anak mrk patut tengok balik siapa dibelakang kejayaan mrk sekluarga. apakah selama ini mrk dibantu oleh pembangkang? elokla budak ahmad shukri ni balik jumpa ibu & bapanya memohon ampun & maaf sebelum terlambat...jgn jadi anak derhaka nak oi! jgn ikut gelagat assmin! punah sudah hubungan ibubapa dgn anak krn pkr...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.